Followers

June 12, 2013

Cerita Pertama Kali

Walaupun kami dah kahwin selama enam bulan, tetapi perasaan pengantin baru itu masih terbau bau lagi hehe, shadaplah kau sibuk je nak gelakkan aku. Betul la tu cakap orang, duduk jauh ni lain macam sikit. Asal jumpa sahaja, mesti nak ehem.. manja lebih lebih. Tapi bahagian tu jelah yang best, bahagian lain macam gaduh-baik-gaduh, drama sentap, air mata adalah selingan untuk pasangan jarak jauh macam kami.

Macam aku cakap haritu, suami dah habis kursus hazab lima bulan yang membuat jiwa raga dan zahir batin kami terseksa. Lega sangat, tak adalah aku asyik nak tanya 19 kali, dia dapat balik weekend ke tidak. Sekarang ni, setiap minggu jumpa. Kalau tak dia ke sini, aku ke sana. Nasib baik KL-Melaka dekat. Tak dapat bayangkan pasangan yang jauh, Sabah Sarawak ke apa ke kan, kesian. Bersyukurlah ye Hanzemah, bawa bawa istighfar.

Dua minggu lepas, aku ke Melaka. Ha ah, suami dah dapat rumah sewa yeay bolehlah ehem ehem dengan privasinya. Alhamdulillah, kebetulan kawan suami berpindah, rezeki kami agaknya dapat rumah itu.

Seronok aku, rasa macam sirih pulang ke gagang kata orang. Bila lalu Lendu, teringat kenangan tiga tahun belajar di situ. Lepas tu lalu Masjid Tanah, rancak aku bercerita pasal pasar malam lah, pasal bas Patt Hup la. Lalu Tanjung Bidara, cerita pula aku mandi manda kat situ. Kesian suami aku.

'Sorry, kita tak belajar kat UiTM. Kita tak duduk Melaka.'

Ceh, perli la tu. Mesti bosan kan aku membebel, entah dengar ke tak tu.

Masa suami beritahu dapat rumah ni, cepat cepat aku suruh beliau hantar gambar. Rasa teruja melebihi segalanya.




Dah sampai, bila betul betul rumah tu depan aku, rasa terharu nak nangis pula tiba tiba. Haha, drama betul nak rasa terharu bagai. Walaupun rumah tu rumah sewa je pun, tapi aku rasa macam dah hampir sempurna keluarga kecil kami.

Sebenarnya ni semua barang barang kawan suami, tunggu dia nak angkut nanti. Tak sabar nak beli perabot sendiri, lepas tu nak hias hias lagi. Ceh, berangan lebih. Tak apa slow slow ye.. Slow slow.




Esoknya, aku memasak. Masak pakai jari, hebat tak hebat tak hewhew. Nasib ada pinggan mangkuk hadiah  kahwin, lantas kami pun bersama sama sediakan makanan tengahari pertama kami berdua. Tak ada apa pun kat rumah. Minum pun air mineral sahaja tssk tsskk.  Rasa looser betul, rasa macam tak reti memasak langsung -_-'

Tapi, tak rasa kurang kat mana mana pun. Rasa kelakar adalah.

Sama sama pasang gas dekat tong gas tu, siap siap test. Check ada tak bau gas. Bila ada bau, masing masing takut nak hidupkan api takut meletup ke apa ke. Padahal aku rasa, entah bila entah dapur tu nak berasap.

Sama sama beli keperluan rumah yang tak cukup walaupun ehem.. duit tak berapa ada.

Sama sama angkat tilam queen yang berat ya ampun, semata mata nak bentang depan tv, tengok movie. Akhirnya, tv tengok kami entah apa apa.

Kali pertama yang indah.
Aku pernah cakap kat suami, kalau boleh biar duduk jauh dari keluarga. Biar sama sama jauh. Biar kita sahaja yang susah senang sama sama tak ada nak susahkan orang tua, waima orang lain. Biar nanti kalau satu hari, ada benda datang nak jauhkan kau, benda kali pertama ni boleh rapatkan balik kau. Biar kali pertama yang mulanya kecil ni, akan jadi besar satu hari nanti.

Kalau siapa siapa yang berjauhan dengan suami tu, tak apa. Rezeki ada mana mana. Banyakkan bersabar dan berusaha.

Insya Allah.
:)







11 comments:

  1. Great Post jims..baca post ko lega sikit perasan..mcm2 perasaan da bercampur ni (lg 3bln ni)..debar, takut, xbersedia, rasa kekurangan..

    -Sry Haryane-

    ReplyDelete
  2. nasib kita serupa..every weekend kena ulang alik Melaka-KL..asal hari Jumaat je, eksited lain macam..hahahhaha

    ReplyDelete
  3. insyaALLAH ziema... semoga dipermudahkan segalanya.. amin

    ReplyDelete
  4. seronoknye dah dapat rumah!
    kte still hunting ;(

    ReplyDelete
  5. so sweet r ziemah~~~huhuhuh
    thanks kawan alam maya..sebab tips2 awk lpekan ur ex...
    I dapat yg lagi better~~~huhuhu
    semoga kekal sampai bila hubungan ziema and adli..
    even x knal tapi bace story cukup mengambarkan betapa bahagianye n sweetnye korg...

    ReplyDelete
  6. KL-Melaka berapa jam? kila pun jumpa husband weekend je, everywiks terpaksa lah... travel dalam 2jam...

    ReplyDelete
  7. best kan bila dh dpt duduk sendiri dgn husband walaupun jumpa hujung mggu je :)

    kita walaupun jumpa hari2 tp sbb duduk dgn mertua rasa dia tu lain sikit..hehe

    selamat membna keluarga kecil ziema :)

    ReplyDelete
  8. ye..sgt seronok berdua duaaaaaa..lagi2 rmh baru..kehkeh..selamat berdua2an okay ziema :D

    ReplyDelete
  9. hai...sewa umh kt mne sis???heeee...blh r terjah...

    ReplyDelete
  10. hehehe... ziema sbt psl lendu trs nk komen... hahhahaa...
    lendu air pa'abas tu kg kiteee... hurm .tu je nk ckp.. psl bus tu pun tau dahh.. haha.

    kdg2 sayu ati bace org kawen yg duk jauh2 ni.. weeken abis ms utk jumpa , tu pn klu jumpaa.
    klu x pat jumpa meroyan jg kan... bile rs nk manja2..bile jumpa mmg syok...
    pape pn hrp ziema tabah ye hadapi hidup berjauhan... hihi.


    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.