Followers

August 12, 2013

Keanehan Syawal Tahun Ini

Amboi, tahun ni tajuk semua nak aneh aneh. Dahlah jarang update belog lepas tu nak feeling aneh. Aneh sangat ke?

Ahh, tak kira nak cerita juga sebab aku rasa memang aneh ehehehee.

Kalau ikutkan Syawal pertama kami, suami dah booked awal awal balik Jengka. Tak kisahlah, sebab arwah abah pun baru pergi. Kesian kat suami sebenarnya :'(

Macam aku jangka, Syawal tahun ni, suami kena on duty. Aku kan, masa suami bagitahu tu, terus rasa serba salah. Nak ikut keluarga aku balik kampung abah ke, nak ikut beliau. Tapi aku masih rileks. Bini askar kena macho, padahal dalam hati penuh dengan kekeliruan -_-'

Dahlah ni raya pertama suami tanpa arwah abah. Dan ini tahun kedua suami kena bertugas di pagi hari raya. Jadi sebagai isteri, aku kena faham tugas suami. Rahmat lah aku dapat sambut dengan suami. Ada kawan aku tu, raya pertama tak sambut dengan suami, lantaran suami beliau terlibat dengan operasi. Jadi pada aku, benda ni nasib masing masing. Tak kisahlah pegawai ke, LLP ke semua sama sahaja. Jadi marilah kita bersyukur sebab dah berlaki. Orang lain sampai terlajak umur masih tak berlaki. Haaa kan dah tiba tiba aku emosi. Garang tak?

Dah dah balik semula cerita.

-----

Masa kat dapur nak siap berbuka, emak cakap,

"Pergilah raya kat rumah mak uda (kat Muar)."

Terus hati aku girang gembira. Biasalah, baru lapan bulan kahwin semua nak girang gembira, nak selalu dekat. Kalau boleh masuk toilet pun nak sama sama. Sweet tak sweet tak? Puiii.

Maka, Isnin tu aku dah mula cuti sebab keluarga aku pun dah balik kampung abah hari tu. Pleaselah nak duduk rumah berseorangan, baik aku pergi Melaka. Dapat juga manja manja dengan suami auwwww manjeww tak titewww?

Memandangkan rumah aku tak ada apa apa, hatta seketul bawang pun, maka juadah berbuka semua beli kat param. Ingat nak berbuka kat luar seperti yang dilakukan oleh pasangan romantis, tapi bila memikirkan jammed dan bersesak segala, maka baik kita lupakan sahaja niat suci murni itu. Kitorang pun jenis tak makan banyak. Lagi satu, aku tengah berlumba dengan suami body siapa paling slim. Eleh, mestilah dia menang. Mencik.

Bermulanya Rabu.

Aku punya eksaited nak beraya, dan untuk memainkan peranan isteri solehah tunjang kebahagiaan suami, terus bersemangat nak masak juadah raya untuk kami. Bila aku usulkan dekat suami,

"Tak payahlah masak, kita berdua je pun. Kan lepas sembahyang raya ada jamuan sikit. Lepas tu kan balik Muar,", jawab suami.

Terus luntur semangat aku. Rasa looser. Rasa macam aku ni isteri millenium yang dikatakan tidak tahu memasak.

Tengahari macam tu, suami balik kerja.

"Jom balik Jalan Kebun (kampung asal mertua)," ajak suami.

"Eh, kata kena kerja?", soal aku pelik.

"Bos bagi balik. Tapi raya kedua kena kerja."

HAHA yes!
Terus aku packing baju semua. Tak kisahlah walaupun hanya beraya di rumah makcik suami, aku tetap rasa best.

Best sebab beraya dengan suami.

Best sebab dapat rasa balik kampung dengan suami.

Best sebab semuanya pertama kali dengan suami.

Best best best.

Hewhew gatalnya terajang kang. Biasalah, macam aku cakap baru baru kahwin semua best. Minta mintalah sampai bila bila best :')



Kenapa aku macam budak terencat ni?



By the way,

Salam Syawal kepada semua bloggers dan readers :)
Mohon ampun andai ada salah silap aku selama aku berblogging ni.

Nantilah sambung cerita raya.
Rasa macam panjang pula entry ni.
Bye.


*param- pasar ramadhan








1 comment:

  1. hahaha..ziema mmg aneh..hikhikhik! harap2 sampai mati tetap best berkepit celah ketiak suami kan..amin,amin :) tp mmg super konfius la raya ziema..sgt last2 minit yek? hehe :D

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.