Followers

August 21, 2013

#2 Keanehan Syawal Tahun Ini

Okay sambung cerita haritu.
Aku baca la balik entry aku kan, lepas tu tiba tiba rasa pening, apa aku tulis ni HAHA.

Dia sebenarnya, dipendekkan cerita macam ni.
Suami rancang nak raya sebelah beliau kat Jengka tu. Lepas tu tak dapat cuti raya, maka okey fine raya jelah kat office beliau. Sehari sebelum raya, eh boleh pula cuti, maka suami pun pergi rumah makcik beliau sahaja. Tu je pun, macam begitu complicated kan jalan cerita aku? Padan muka korang.

Kami sampai dalam pukul 6 petang macam tu. Nasib baik jalan tak jem ke apa ke kan. Dah sampai tu, suami cakap nak ambil kek lapis Sarawak dia kirim kat kawan kat sana. Mestilah aku ikut, sebab macam segan lagi dengan makcik suami, tambahan pula makcik tak masak untuk berbuka. Aku sekarang ni kenapa entah nak ikut bontot suami je. Sindrom LDR kot. Eh.

Gitu gini, pukul 7.15 petang macam tu sampai rumah. Terus ambil tempat nak makan, macam apa je tak malu betul. Tengok lauk, amboi banyaknya. Memang kalau kat kawasan Jawa ni, malam raya atau pagi raya mesti ada punjungan. Belum raya dah makan lauk raya untuk berbuka, tapi tak jumpa pun kuah kacang dan lodeh yang sedap macam mak buat :'(

Malam tu juga, pertama kali dalam hidup aku jahit sampin. Yelah, beli sampin last minit, dapat pula yang tak berjahit. Menggelupur kami laki bini nak cari kedai jahit malam raya memang tak buka la kan, nasib baik makcik suami memiliki mesin jahit. Aku tak tahu apa rupa jahitan aku, tapi nasib suami akak jenis redha. Kalau tak redha nah kau jahitlah sendiri ye.

Esoknya, sedar dalam pukul 7 pagi macam tu, terus kejut suami bangun mandi segala. Aku pula macam tiba tiba kelam kabut pergi dapur tolong apa yang patut.

Pertama kali dalam hidup aku terlepas seksaan gosok baju Melayu enam pasang amiin fuh fuh. Tapi terus macam kesian kat emak. Malam tu call mak tengah sibuk sibuk masak lauk raya semua. Hiba je rasa tapi tak adalah nak menangis macam entah apa apa je bukannya raya kat oversea pun. Mengada sangat tu.

Yelah, tak ada kuah kacang emak, kuah lodeh, sambal tumis ikan bilis. Aku selalu pagi raya cari tu jelah kesukaan aku, benda lain dah tak pandang dah.
Tapi menu best makcik suami masak is ayam masak palembang. Sedap full stop. Suami yang tengah jaga makan konon diet pun bukan main makan banyak kali. Aku? Tak payah cakaplah, aku mana main diet diet ni. Ececeh.

Malam tu baru keluarga suami sampai. Dorang raya kat Jengka dulu. Teringat arwah abah mertua, tak sempat raya bersama.
Tiba-tiba sebak :(





Dah malam baru nak ambil gambar, tu pun suruh anak buah ambil. Thanks Pendi :)
Baju raya pakai baju nikah haritu. Baju sahaja aku tukar sebab rasa macam baju nikah aku retis sangat.
Kami kan pengantin baru tetapi basi.  Ehem.

Pasal baju nikah pun aku tak review lagi kan hehe sorry.


Tengah malam tu terus balik Melaka, tak best betul baru nak feeling gosip gosip.

Esoknya, suami pagi dah pergi kerja. Boring okay boring, tapi nasib baik suami balik tengahari macam tu terus tak boring hewhew.

Tak menyempat tukar baju, ajak aku pergi Family Store sebab nak pergi barang dapur yang tak ada. Ingatkan raya kedua ni lengang la kan, tapi eh apa pasal ni ramai sangat orang ni? Tak apa, kita rileks je ye. Aku je rileks, suami dah macam,

"Jomlah balik serabut la", kata beliau.

Yela, man is always a man. 
Baru ingat nak beli ayam barang seekor ke, sayur seikat ke. Terus lumpuh semangat aku nak tunjuk skill memasak -_-'

Lepas tu pula keluarga suami cakap nak datang. 
Aku dah gelabah,

"Nak masak apa ni? Jomlah beli apa apa ke masak sikit"

"Tak payah susah susah. Kita beli KFC".




Sampai je diorang di rumah kami, semua dah,

"Wah, pandainya Jimah goreng ayam KFC. Pandainyaaaaaaaa"

Hahaha.
Sentap okay sentap.







6 comments:

  1. kak jemah dah dua entry update..saya nie sempat draft je publish tak juga...
    huhuhuhu biasa r kak dah kawen rasa lain bila raya...
    huhuuhu

    ReplyDelete
  2. hahahaha..baca dari atas tp bila ayat last mmg sadissss..pandai zimah..ce bg resepi ayam kfc tu.. ce bg ce bg.. :P

    bila nk review baju nikah? pastu jd baju raya pulak..cantik pulak tu..cpt la review :D

    ReplyDelete
  3. haha... memang sentap. idea sape la tu makan kepci je ni~
    dah up story raya. mine belum lagi~

    ReplyDelete
  4. Samalah kita..beraya belah suami...hilang azab menggosok bj raya...hahahha....tp mmg rindukan ngan masakan mak pagi raya....xpe jimah....suami memahami...malas lah tu die nk serabut2...kfc jadi pilihan..hehehe

    ReplyDelete
  5. Haha comel je macam kene menganjing pulak kan, dah gurau kasar pasal kfc ni hee.. selamat hari raya ziema♥

    ReplyDelete
  6. hehehehe. comel. eh, rmai yg da kawen recycle blk bj kawen. comeL jek =)

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.