Plan nak pergi Humble Chef.
Benda ni plan antara aku dan Kasmi, sebab rumah kitorang sebelah je hahaha entah apa-apa dahlah dulu masa zaman belajar suami dan tunang Kasmi sebelah katil, eh boleh pula rumah aku dan Kasmi sebelah ye. Allah, I love you :)
Mulanya nak pergi Jumaat malam, tapi tunang Kasmi, Hafiz ada pula event kena organize ke join aku tak ingat. Kalau tak suami aku pun kena duty sabtu siang. Aku dah mula geram.
'Kejadah apakah yang melanda, dahlah hari minggu lepas suami kena duty kecewa aku sobss', protes aku.
Aku dah macam sabar Hajemah, sabar. Rilek sudah. Padahal dalam hati aku dah menyumpah.
Tapi nasib baik, tak jadi. Oleh sebab isnin suami kena hadiri kursus sebulan (matilah aku kerinduan), dapatlah beliau menghabiskan masa
Sabtu malam tu, pergi satu kereta. Senang.
Kebetulan Ikin dan tunang, Bob baru balik dari Mid Valley beri barang kahwin, jadi ajak la sekali nafsu semua kan dah meronta ronta nak makan lamb chop. Kemain, nak kahwin hujun tahun ni. Sabar ye korang, kahwin ni memang best gila harharhar.
Sampai je Ikin dan Bob dah tunggu, hampa betul seat yang kitorang booked dah diambil orang. Tulah kan, booked 8.30, padahal 8.30 tu baru gerak dari rumah LOL padan muka. Mengadaplah orang makan, nasib baik lah ada family tu dah tinggal sisa sisa je nak habiskan makan.
Jadi, cop tempat, lalu golongan perempuan pergi beratur order makan. Sweet tak? Sweet sangaaaaat kan? Sebab kitorang dah pernah makan sini, tu yang sweet sangat beratur order. Tiba tiba, 'Eh sayang, tak cukup duit lah'. Terus suami I hulur duit. Haa yang tu sweet manja sangat HAHA. Sayang abang.
Kambing pujaan hatiku.
Masa dah sampai semua sopan pakai pisau garfu bagai. Hujung hujung, eh kita ni Melayu la. Mari lah kita beramai ramai pakai tangan makan kambing itu.
Siapa yang nak pergi sini, aku cadangkan lamb chop ni. Murah sahaja, RM20. Ada spagheti sekali confirm kenyang. Akulah yang kenyang, korang tak tahu lah kan.
Eh kata kenyang? HAHAHA.
Yang brownies aiskrim tu Kasmi punya. Sedap sedap.
Yang sebelah tu, shephard pie ehem.. aku punya.
Haha, kata kenyang penipu penipu.
Lepas tu tak habis lantaran kekenyangan, nasib baik ada tukang habiskan :)
OK dah habis tak menyopan, mari bersopan kembali.
Eh, baru perasan tangan suami aku.
Entah lah, tu dia berusaha nak pegang apa tu aku pun tak tahu. Merayap sangat tangan tu amboiii.
Akhir sekali,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ehemmm.. kenalah letak gambar berdua.
Pergi tau Humble Chef.
Murah dan sedap! Eh dah macam iklan promosi pula.
P.S. Korang, minta tolong doakan for my little nephew, anak blogger Faezah. Semoga semuanya selamat untuk keluarga kami, Insyaa Allah :'(