Followers

September 24, 2013

Ada Orang Lain

Cerita 1

Sara (bukan nama sebenar) bercinta lama dengan Hadi (bukan nama sebenar). Hadi sayang Sara, begitu juga sebalikmya. Semua begitu indah, kedua dua keluarga pun dah berbincang tentang masa depan mereka. Tapi semua yang indah indah itu hilang, bila Hadi meninggalkan Sara dengan tiba tiba tanpa sebab, padahal Hadi telah lama membuat onar di belakang Sara sebelum hubungan mereka berakhir lagi. Paling kesialan, Hadi memilih perempuan lagi satu dan mereka berkahwin, enam bulan kemudian. Sara? Dah jumpa lelaki lain, dan sudah berkahwin.

Cerita 2

Wati (bukan nama sebenar) sudah berkahwin dengan Azhar (bukan nama sebenar), dan menetap di suatu daerah di utara tanah air. Hidup mereka cukup bahagia; Azhar bekerja manakala Wati surirumah sepenuh masa. Semasa Wati berpantang anak kedua, Azhar dilihat semakin menunjukkan kebaikan beliau sebagai suami dan ayah. Wati rasa senang, istimewa dan segala macam perasaan indah dilayan sebegitu rupa. Padahal hakikatnya Azhar cuba mengambil hati untuk meminta izin Wati berkahwin dengan janda yang dikasihinya semasa Wati tiada kerana berpantang di kampung.
Pengakhirannya, mereka bercerai kerana Wati tak sanggup berkongsi kasih. Azhar, yang entah lelaki jenis apa itu, memilih berkahwin dengan wanita itu selepas beberapa bulan berpisah.

Cerita 3

Asyraf sudah berkahwin dengan Dayana, atas pilihan keluarga dan mungkin dasar suka sama suka. Semua meraikan mereka, waima bukan peminat sekalipun. Muncul Sakinah, watak baru dalam hidup mereka. Tanpa apa-apa, Asyraf senyap senyap ke negara seberang dan menikahi Sakinah, di luar pengetahuan Dayana. Tiada kisah berpisah, cuma kisah berkongsi. Poligami.

Cerita 1 itu sebenarnya pasal aku dengan mantan dulu.
Cerita 2 pula kawan aku.
Cerita 3, pasal artis sorang tu.

............................................

Benda benda macam ni, baik sebelum mahupun selepas kahwin, orang perempuan mesti takut.
Termasuk aku. Takut yang sampai suka fikir bukan-bukan.

Bukanlah maksudnya aku nak bias, seolah olah lelaki semua kat dunia ni tak guna. Ada je aku jumpa lelaki baik, alim, nerd dan berakal. Tapi tak ramailah.

Tapi bila sentuh bab ada orang lain, yang buat tu lelaki; dan perempuan yang terkena tempias itu adalah golongan perempuan baik, taat, setia dan sebagainya buat aku rasa terfikir banyak kali.

Kenapa lelaki tu tinggalkan perempuan tu?
Kenapa mesti perempuan baik dapat lelaki jahat?
Kenapa perempuan lagi satu suka nak ambil hak orang?
Kenapa?
Kenapa?

Emosi tak? Ke aku sorang yang emosi?

Tanya suami,

'Best ke poligami ni eh?'

Dia jawab,

'Entah'.

Dia diam. Senyum. Terus peluk aku.

Bodoh juga aku tanya soalan ni kan?

Dibuatnya dia jawab best? -_-'




Tapi jujur aku cakap.

Mana mana perempuan, dua benda ni dia takut.

Bercerai.
Berpoligami.







1 comment:

  1. Sweetnya akak..suka baca blog akak sbb mcm baca novel.hehe. semoga akak bahagia ye :)

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.