Followers

September 18, 2013

Of The Weekend

Macam aku cerita sebelum ni, aku dan suami tinggal berasingan. Aku kat KL, suami kat Melaka dan kami ada masa untuk berjumpa dan bermesra di hujung minggu sahaja. Untung kalau suami ada meeting kat KL, bolehlah jumpa tapi jarang sangatlah. Maka, nak tak nak masing masing kena berkorban.

Kalau minggu ni dia datang KL, minggu depan aku pula ke Melaka. Tu belum masuk lagi kalau nak balik Jengka, rumah keluarga suami.

Balik kerja Jumaat, kelam kabut sebab lepas Maghrib aku suruh adik aku hantar ke LRT Putra. Sampai Masjid Jamek, transit kat LRT STAR sampailah ke stesen bas. Itupun kalau ada tiket. Pernah satu hari tu, aku beratur nak beli tiket. Tiba tiba tiket habis, menangis aku kat situ haha tragis betul. Patah balik naik LRT semua tu, lepas tu esoknya aku berani mati pergi sana balik. Nasib baik ada bas, terus berbunga hati. Balik KL pun sama, kalau suami tak dapat hantar aku naik bas.

Kalau nak cakap penat, terus terang aku cakap penat.
Tapi aku seronok, aku rasa enjoy. Tambahan, aku dah biasa sorang sorang macam ni. Berdikari kata orang, ditambah dengan perasaan melonjak lonjak nak jumpa orang tersayang.

Tapi tulah, baik suami mahupun abah aku, semua macam bising bercampur risau. Risau yang macam macam rasanya; rogol, ragut, kemalangan dan apa saja kemungkinan yang orang lelaki fikirkan pasal perempuan.

Ingat dulu, masa zaman tengah gatal, menyewa dengan Ifa dan Ikin. Suami kursus kat Kluang. Boyfriend mereka pula kat JB. Sanggup hantar aku kat Kluang siang tu, lepas tu dorang pun gelenyar kat sana. Petang macam tu, balik terus ke KL, bawa kereta dah macam apa. Esok pergi kerja muka macam tak siap hehe.

Semua tu demi cinta. 

Puiihhh. Cinta la sangat.




Tapi dah kahwin ni, aku rasa gelenyar tu kena tolak tepi. Penat ke, malas ke, waima tak gelenyar sekalipun kena juga hadap. Benda ni dah lebih kepada tanggungjawab. Suami pun macam tu aku rasa. Penat ke, jalan jem ke, harga minyak naik ke, harus tolak tepi.

Pernah la aku merajuk, tapi pergi juga sebab macam kesian campur rindu. Konon konon nak juga lah buat rekod, tak nak manja manja jual mahal segala. Hujung hujung, eh termanja pula terus terbatal niat itu. Anje pulak titeww niewww mencik auwww. (manja pula kita ni benci tau)




Nilah tempat aku romen habiskan hujung minggu bersama suami tercinta.
Belum lengkap lagi, tapi cukup sempurna pada mata aku :')


Lantas aku rasa tak nak buat rumah ni tempat bermanja hujung minggu.
Nak duduk hari-hari lah.

Jadi surirumah. Eh.









3 comments:

  1. eh? haha..btl la jimah..demi cinta katanya..sama la kita pun..ms bercnta tgh hari panas terik pun boleh dating..skrg ni tgh hari tggu redup sikit bru kuar dating..hahahaha..husband sampai pernah ckp 'ms bercinta semua sanggup haha' :D

    tempat habiskan hujung minggu (yeke) tu simple yet comfy la :)

    ReplyDelete
  2. sama la.. sy pun pjj, weekend je jumpa.. sob3.. kdg2 2x weekend bru jumpa.. T_T

    ReplyDelete
  3. Salam.Really like to read and view your blog.Keep it up :) Take care.

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.