Followers

December 16, 2013

Entry Lambat Lebih Dari Seminggu

Sepatutnya entri ini aku taip pada 7 Disember haritu, tapi..tapi.., oleh kerana laptop suami bawa ke office, maka hari ini barulah berkesempatan nak update entri. Haih kenapa entah aku ni, makin lama makin malas nak update blog. Mungkin patut tutup blog ni.

..............

Yes, alhamdulillah.
We met a year marriage life.

Baru setahun. Masih baru, masih belajar. Malah, semakin belajar mungkin.
Bila kawan-kawan wish, semua cakap rasa macam kejap. Tengok- tengok, eh dah setahun rupanya aku menjadi isteri encik Adli si pengarang jantung buah hati kesayangan.

Mungkin sebab sebelum ni kami berjauhan, ataupun kami masih lagi berdua belum ada apa-apa lagi hehehe, pandai-pandai je aku ni membuat kesimpulan. Tapi betul, rasa sekejap.

Rasa macam baru semalam aku bangga bila suami lafaz nikah sekali sahaja hewhew.
Rasa macam baru semalam aku menangis yang beria bila salam cium mak abah, mengenangkan betapa susahnya mereka membantu aku bila kecewa ditinggalkan mantan dulu.
Rasa macam baru semalam suami add aku di Facebook, konon nak berkawan padahal dah berkenan nak menggatal dengan aku ehemm.

Hari Sabtu, keluar makan bersama. Tak ada surprise pun, entahlah macam malas pun ada. Buruk betul perangai aku ni, selalu jadi watak isteri looser tak romantik. Lagipun, sebenarnya seminggu sebelum anniversary suami ada latihan kat Johor. Maka seminggu aku juga aku di rumah emak. Puas fikir nak buat kejutan apakah, lalu lama kelamaan memilih untuk makan sahaja. No cake, candle, card or even homemade cooking. Tahun depan kot, insyaAllah hehehe.



Nak makan kat mana pun menjadi masalah, lalu kami ke MidValley.

Macam biasa, aksi cliche laki bini.


Beria aku posing cover jerawat segala, hujung hujung dia ambil gambar dari jauh. Bertuah punya waiter.


Alamak alamak ada orang tengok (sambil suami buat buat tengok handphone tanda cover)

Ok lagi sekali.



Dear,
Terima kasih untuk setahun cinta :')
Tak pernah kurang, malah rasa makin bertambah.










6 comments:

  1. Alhamdulillah...semoga semakin bahagia...

    ReplyDelete
  2. Happy first anniversary Ziema...May Allah shower your marriage life with His blessing, prosperity and happiness..stick together through thick and thin, ups and downs...ameen....

    p/s:so pretty your akad's ensemble... ;)

    ReplyDelete
  3. Syukur Alhamdulilah :) May live happily ever after.Amin yarabal alamin...

    ReplyDelete
  4. happy anniversary jimah :) baju nikah kamu memang cantik melampau2..hehehe..lagi2 veil tu :D

    ReplyDelete
  5. sekejap je masa kan..selamat hidup bersama, dan hope rezeki baby menyusul ;)

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.