Followers

December 20, 2013

Remembrance : Our First Night

Selepas outdoor photoshoot yang berakhir pada pukul 6.30 petang, yang diakhiri dengan aktiviti kami lepak minum bersama shooters bersama baju pengantin, yang diselangi dengan lawak pemilik kedai berkenaan yang mengatakan nanti kami basah sebelum waktunya gara gara hujan menitik eee malu aku dahlah aku seorang je perempuan ciss, dan kami melintas jalan bersama sama di kala hujan lebat yang mungkin mengingatkan orang tentang Runaway Bride tapi bridegroom ada kat sebelah apa ni tu bukan runaway lah pfftt, kami pun pulang ke rumah aku.

Berdesup balik, sebab nak dekat maghrib kan, risau pula nanti apa pula kata saudara mara pasal kami. Sampai sampai depan pintu rumah, suami suruh aku masuk, segan katanya.
Masuk sahaja, kelihatan saudara mara memenuhi segenap ruang tamu sambil menikmati makanan baki kenduri kami.

Tak sempat suami nak bermesra dengan mereka, lalu kami pun ke bilik; salin pakaian, mandi. Alhamdulillah, aku berpeluang jadi makmum suami. Pertama kali, rasa awkward juga peluk suami masa pakai telekung. Awkward sangat tapi best hehehe gatal.

Malam tu saudara mara masih ada lagi, masih makan lagi adakah keturunan aku ni suka makan makan? Aku ke dapur, tolong apa apa yang patut, hidangkan makanan, basuh pinggan, melayan kerenah anak saudara yang minta bungkuskan itu, ini, sambil tak berhenti memuji aku yang cantik di majlis persandinganku, budak-budak kan, semua nak excited kahwin kahwin ni.

Suami membawa diri, bersembang dengan pakcik dan makcik, dengan berkain pelikat. Semasa makcik sekelian sibuk nak melihat hantaran dari suami yang berupa kuih karas berbentuk BURUNG, sambil dikelilingi telur telurnya, lantas sahaja makcik cakap, 'Cantik lah burung Adli ni'. Ah, satu rumah ketawa disusuli aku yang menjawab, 'Ha ah kan eh banyaknya telur dia'. Mereka ketawa lagi tanpa aku sedar aku telah memalukan suami tssk ampun ye bang tak sengaja hewhewhew.

Habis makan, kami meminta izin untuk memulangkan baju sanding kami kepada abang Amir, wedding planner kami. Terima kasih abang Amir dan isteri, susah payah datang dari Melaka. Sungguh, aku sangat suka dengan wedding aku. Walaupun taklah gah mana, tapi tetap aku rasa wedding aku sempurna. Hehe, biasalah semua orang nak puji wedding sendiri.

Habis semua, balik semula ke rumah. Saudara-mara sudah beransur pulang, esok masing-masing mahu pulang ke Perak dan Johor. Tinggallah kami, mengemas apa yang patut. Niat di hati nak melakukan acara  buka hadiah, akan tetapi sebab kepenatan, lantas kami tangguhkan sahaja.

..........................

Lusanya, kami ke Bukit Tinggi. Pre hornymoon honeymoon, tak sempat nak honeymoon bagai, suami sibuk begitu juga aku :)










2 comments:

  1. kelakar la part burung dan telurnya tuh.. tergelak sorang2 nie ha.. :D

    ReplyDelete
  2. hoho.. malu je kan.. mesti merah2 muka hubby..hihoho

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.