Sorry for no-so-long hiatus.
Sebenarnya, minggu lepas suami warded seminggu.
Mulanya demam haritu, yang dah pergi klinik tak kebah-kebah. Risau aku sebab siang dia okay, tapi bila malam panas sangat sampai tilam dia pun berbahang lepas tu menggigil gigil.
Bila seminggu macam ni, aku suspek suami kena denggi sebab dia baru balik kursus dan kebetulan kat situ ada kes denggi.
Sabtu, suami ajak ke klinik. Tapi aku rasa baik pergi hospital terus, ambil darah. Lain macam hoi demam ni, takut aku dahlah nak raya, nanti kang ada juga tajuk 'Suami isteri romantis beraya di hospital'. Hoh, taknak lah aku dahlah tahun ni suami dapat cuti seminggu T_T
Lepas check bacaan darah macam tu, confirmed suami kena tahan. Tak tahulah masuk air tu sebab dehydrated ke ataupun sebab darah tu entah aku tak pasti, tapi lama juga aku tunggu sampai tersengguk depan tv.
Lepas tu suami whatsapp, kena warded terus sebab suspek denggi. Haa, kan dah agak dah ni mesti bukan demam biasa ni.
Petang tu aku balik, packing baju suami segala.
Lepas tu kang terfikir, eh ni nak kena tidur sekali kat hospital ke macam mana ni? Nasib baik rumah aku ke hospital dekat sangat, tapi tak bestlah tidur seorang diri kan. HEHEHEHE
Okay, tanya nurse lalu beliau mengatakan penjaga dibenarkan teman pesakit.
Aku jangka warded kejap je ni, sebab bacaan darah suami taklah teruk mana. Aku dulu masa kena denggi tiga hari je pun hewhew tak rasa macam kena denggi.
Esoknya, doktor pakar datang.
Semangat ni nak tahu progress dengan harapan dapat keluar awal.
"Doktor, denggi saya macam mana?", tanya suami.
"Eh, denggi awak negatif. Awak kena KENCING TIKUS ye", balas doktor sambil senyum.
What?!!
Aku tengok suami. Suami tengok aku.
Seriously, ingatkan denggi je pun. Terus call family aku dan suami bagitahu kondisi dia. Abah suruh aku request transfer hospital KL, sebab aku pun kat sini sorang sorang uruskan suami. Kalau kat KL ada lah family tolong tengokkan ke apa.
Tapi bila tanya doktor, jawapannya tak boleh. Okay fine, i hate you! Arghhhhhh!!
So, duduklah kami di hospital tu seminggu. Mujur aku tak kerja. Nasib baik juga suami warded kat hospital tentera, so tak adalah prosedur tu ketat sangat ke apa. Cuma masa suami dah sihat, yang hanya tinggal empat hari nak habiskan antibiotik, aku kena sound dengan makcik sister pagi buta masa nak teman suami mandi. Dia punya teguran tu macam berbaur perlian, siap suruh aku berbuka sorang sorang kat rumah tak payah nak teman suami. Eh, suka hati aku lah. Kau jeles sebab kau tak dapat berbuka dengan laki kau kan?? Huh.
Aku punya rutin seminggu macam tulah.
Sahur dan berbuka pun kat hospital. Mandi je aku balik rumah sebab malas nak bawa baju ganti.
Selasa tu both families datang melawat. Family in law balik hari sebab jauh kan dari Pahang. Family aku lepak rumah sampai berbuka.
Biasalah orang lelaki kan, bila sakit dia punya manja tu lain macam.
Eh ,ke laki aku sorang je yang berperangai sedemikian rupa??
Selfie sekejap bila kebosanan melanda.
Bosan hoi. Eh, bukan aku nk cakap jaga suami aku bosanlah kau ni tak baik berdosa tau. Bosan sebab kitorang kongsi bilik dengan lagi sorang patient ni, kena minor strok. Dahlah tv tak ada, lepas tu aku rasa keluarga patient ni orang Melaka juga, so habis satu kampung melawat dia.
Dengan suara makcik-pakcik bertanya khabar, lepas tu kawan-kawan dia yang konon caring padahal bising je lebih, ditambah pula suara kanak kanak cranky yang terjerit menangis. Aku dan suami mampu bersabar jelah. Bulan Romadon katanya.
Cukup seminggu, yahoooo suami bole discharged!
Alhamdulillah, aku rasa macam seronok sangat. Bahaya tahu tak kencing tikus ni?
Bukan aku saja yang seronok. Ada lagi orang yang lebih seronok nak balik sampai sanggup bawa kereta HAHA
Bila orang tanya macam mana suami boleh kena lepto ni, kitorang ada dua assumption;
Air tebu bazar Ramadhan.
Air tin stesen minyak tepi highway.
Dua tempat ni kitorang ada pergi, tapi aku rasa kemungkinan besar dari air tebu. Sebab air tebu ni suami sorang je yang minum masa kitorang berbuka ramai-ramai kat rumah kakak ipar.
Dan yes, banyak kes lepto adalah dari air tebu tssskkk -_-'
So korang, hati-hati lah ye kalau minum air tebu. Susah nak tahu tebu di bersih ke tak. Lagi satu, kalau beli canned food/drink, pastikan cuci dulu permukaan tin tu sebelum diguna.
Kalau demam yang tak kebah, terus pergi hospital ye. Macam kes suami ni, sangat tak sangka dia kena leptospirosis yang sebenarnya lagi bahaya dari denggi. Boleh bawa maut tau, ishh nauzubillah.
Dah tu je.
Jaga kesihatan ye kawan kawan. Raya lagi berapa hari je ni.
Oh ye, masa suami discharged ni, kita diuji dengan tragedi MH17.
Doakan kita semua kuat untuk dugaan yang Allah bagi dalam pelbagai cara, bentuk dan rupa, sesuai dengan kemampuan kita ye :'(
Ameen.