Alhamdulillah, tahun ni dapat sambut Ramadhan tahun kedua dengan suami.
Ramadhan pertama kat rumah mak abah, sebab suami kan kursus sebulan kat PD tu. Jadi tahun ni seronok sikitlah sebab semua berkumpul ramai-ramai, lagi lagi aku sebab suami ada sekali yahooo. Eh, mahu tak excited. Tahun lepas siap ada drama air mata tau kau jangan tak tahu. Siapa yang duduk jauh dengan suami sahaja faham perasaan bini-bini ni tau.
Sebenarnya kursus suami berbaki sampai esok. Tapi memandangkan aktiviti hujung-hujung ni pun dah kurang, jadi suami decided nak aku ikut balik Melaka sekali dan dia berulang-alik selama seminggu ni.
Eleh, tu alasan formal je dia bagi kat mak abah aku.
Sebenarnya, dia rindu aku lepas tu boring tidur kat bilik
So, Ahad lepas berbuka tu terus gerak ke Melaka.
Sampai je, terjah kedai makan beli lauk untuk sahur. Biasalah, rumah dah tinggal sebulan lebih, barang dapur pun memang tak sempat beli hehe.
Setakat ni okaylah, tak pernah missed sahur lagi.
Juadah berbuka pun setakat ni aku masak. Mengada sangat nak beli macamlah aku ni wanita bekerjaya. Dahlah duduk berdua je. Ah, alasan je kau ni. Orang lain tu siap sempat gentel buat kuih lagi, nampak sangat aku ni contoh suri rumah pemalas yang suka memberi banyak alasan.
Oh ya, cakap pasal kuih ni, semalam pergi bazar Ramadhan dengan harapan dapatlah beli kuih muih yang sedap.
Nampaklah bingka labu, terus terbayang labu yang manis dan lemak itu. Sambar juga karipap pusing.
Bila berbuka, makan, terus terbantut selera sebab rasa tepung je lebih. Karipap yang sepatutnya rangup tapi macam lemau dan keras.
Kecewa betul.
Serius kecewa.
No wonder lah Azwan Ali gelar bazar Ramadhan ni 'sampah'. Yup, it sounds harsh, tapi aku faham maksud yang dia nak sampaikan. Ini bukan masalah puasa, tak boleh agak sukatan dan rasa tapi aku rasa lebih kepada berniaga asal boleh. Stress aku. Takpelah, aku anggap tu rezeki dia.
Okay sambung cerita balik.
Bila turn masak lauk berbuka, benda aku paling risau ialah takut lauk tawar ke, terlebih masin ke. Tapi bila tanya suami, dia cakap okay je. Siap puji lagi sedap aku masak ehem.. Terus kembang kuncup
Ke, sebenarnya lauk aku tidaklah sesedap mana, malah mungkin tak sedap langsung tapi dia nak jaga hati aku yang mudah rapuh ini? -_-"
Lagi satu kan bila nak fikir idea lauk berbuka, asal tiap kali aku tanya je;
"Tak kisah pun nak masak apa, kita makan je apa sayang masak".
Ahh, tak kisah memanjang.
Kang aku tak kisah memasak macam mana?
Gambar cliche bila Ramadhan
Selamat berbuka! :)
Sempat kau bermonopod jims. Tabah tahun ni ada Darwish, xde gambo cliche pakai telekung dgn abg. Mlm ni nk wat r,tmbh darwish skali aci x..lol..
ReplyDeletetrue. some yg berniaga ada yg ambik kesempatan. ni bukan takat tawar atau masin. tapi tak sedap lansung sampai Konfius dia nak masak apa apa sebenarnya ni. kalau org yg dah biasa masak takde nya lauk jadi camtu.
ReplyDeleteKemain monopod ko ! HAHA. Alaaaa sedapnya kak jimah masak.
ReplyDeleteDah cuba makan kuih keria gula melaka? :)
ReplyDeleteZiema..eh2..telekung kita samalah...tetiba je kan..hahaha..
ReplyDelete