Followers

March 30, 2014

Anak Angkat Dua Bulan

It was three months since my last entry haha nampak sangat dah makin malas nak update blog. Masa kerja dulu eh, sempat je nak menaip berhenti kejap lepas tu sambung balik. Kalau rasa tak sempat esok sambung semula ya Allah apa ajelah perangai gitu. Padahal duduk rumah makin senang lenang, banyak masa terluang.
Adakah ini petanda aku seorang isteri yang begitu komited terhadap tugasnya dan juga suami kesayangannya yang tercinta itu? Muehehehe (muntah)

Hai korang! :)


Well, makin bertambah komited aku sekarang.

Since aku letak gambar ni kat instagram dan FB, ramai ingat aku ambil anak angkat. Rileks rileks, aku belum tahap sampai ambil anak angkat lagi dan masih lagi berusaha for my own baby sobbss insyaAllah one fine day.

This adorable cheeky baby named Aryan.

Sebenarnya benda ni tak plan pun. Tiba-tiba suami tanya, "Nak tak jaga Aryan?"

Dan bila suami cakap yang emak Aryan beria sangat nak aku jaga, I can't say no. Terus rasa jatuh kesian kat Aryan and his mummy. Lagi satu, aku dan suami sebenarnya dah lama geram dari kejauhan dengan budak ni everytime emak dia bawa kalau ada event kat unit suami aku. So, tak perlulah nak geram geram dari kejauhan dah lepas ni. Asal depan mata je, habis semua muka dia aku cium, puas hati betul.

Oh ya, emak Aryan ni pun askar, dan sedang berkursus tiga bulan. Sebelum ni emak dia hantar ke kampung kat Kelantan nun dah sebulan, dan oleh sebab rindu sangat kat anak tak sanggup berpisah lama lama, maka aku dengan rela tolong jagakan dia. Hujung minggu baru emak dia ambil. Kesian kan?


Jaga dia tak susah, agaknya dah biasa dengan orang luar kot. Cuma ehem, first day jaga dia while suami aku bekerja, tiba tiba aku menangis kegelabahan. Hahaha bila ingat balik entah apa apa siap whatsapp suami suruh balik cepat sambil berjurai jurai air mata biasalah aku kan drama queen. Aryan terpinga pinga je tengok aku masa tu hehe sorry ye nak, mak angkat kau memang macam ni.




Masa mula mula nak jaga dia, paling risau mak aku la for sure. Jaga anak orang sampai tidur sekali, boleh ke ni. Alhamdulillah, setakat ni okay je walaupun malam pertama kami dimulai dengan susu habis tumpah atas tilam dia patutlah cepat habis aku ingatkan budak ni kuat sangat hisap susu. So bad I am tsskk -_-"

Bawa dia pergi jalan ke, makan ke orang pandang pelik, kenapalah anak diorang ni muka lain hewhew. Dahlah terlebih peramah, siap jerit jerit ish ish Aryan.

Bila dia cranky tu kadang kadang geram pun ada, sebab kita kan tak tahu dia nak apa. Buat semua benda tak kena, betul betul menguji kesabaran. Lagi pula bukan anak sendiri kan.Tapi Aryan give me a lot of reason to smile, lagi lagi bila aku tengah sedih ke, macam give up ke. Tengok dia, cium pipi dia terus berubah mood aku. Betullah kata orang, tengok baby hilang semua rasa negatif. Kenapa ye ada orang yang senang mengandung, anak sorang setahun, tapi asyik merungut je jaga anak? Emosi aku tahu tak?

Ada satu masa emak Aryan whatsapp dengan aku (everyday whatsapp sebab nak tengok gambar budak kecik tembam ni) dan taip,

'You choose the right decision not to be a working mother'.

Aku tak tahu nak react macam mana.

Aku rasa emak dia cakap bukan atas alasan ibu yang bekerja, tapi sebab tuntutan kerja emak dia sendiri.
Kursus yang makan masa berbulan segala, to be frank aku tak sanggup walaupun aku belum ada anak. Siapa siapa wanita dan ibu yang kerja macam ni, aku sangat hormat dan kagum :)

Terus rasa tak nak kerja selama lamanya.

Boleh tak abang?
Eh terpanggil abang lagi pula.




4 comments:

  1. Ya Allah. Teringat masa pergi offshore kak jimah. Nangia kot tetiap malam. Huhu.

    begum

    ReplyDelete
  2. ingatkan anak sedara jemah.. bestnye.. ish..sedihnye jd mak die.. kalau x tak sangup kot..huhu

    ReplyDelete
  3. so cute baby Aryan :)

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.