Followers

July 24, 2014

Dugaan Ramadhan: Leptospirosis

Fuh, dah seminggu baru nak cerita.
Sorry for no-so-long hiatus.

Sebenarnya, minggu lepas suami warded seminggu.
Mulanya demam haritu, yang dah pergi klinik tak kebah-kebah. Risau aku sebab siang dia okay, tapi bila malam panas sangat sampai tilam dia pun berbahang lepas tu menggigil gigil.
Bila seminggu macam ni, aku suspek suami kena denggi sebab dia baru balik kursus dan kebetulan kat situ ada kes denggi.

Sabtu, suami ajak ke klinik. Tapi aku rasa baik pergi hospital terus, ambil darah. Lain macam hoi demam ni, takut aku dahlah nak raya, nanti kang ada juga tajuk 'Suami isteri romantis beraya di hospital'. Hoh, taknak lah aku dahlah tahun ni suami dapat cuti seminggu T_T

Lepas check bacaan darah macam tu, confirmed suami kena tahan. Tak tahulah masuk air tu sebab dehydrated ke ataupun sebab darah tu entah aku tak pasti, tapi lama juga aku tunggu sampai tersengguk depan tv.
Lepas tu suami whatsapp, kena warded terus sebab suspek denggi. Haa, kan dah agak dah ni mesti bukan demam biasa ni.



Petang tu aku balik, packing baju suami segala.
Lepas tu kang terfikir, eh ni nak kena tidur sekali kat hospital ke macam mana ni? Nasib baik rumah aku ke hospital dekat sangat, tapi tak bestlah tidur seorang diri kan. HEHEHEHE
Okay, tanya nurse lalu beliau mengatakan penjaga dibenarkan teman pesakit.

Aku jangka warded kejap je ni, sebab bacaan darah suami taklah teruk mana. Aku dulu masa kena denggi tiga hari je pun hewhew tak rasa macam kena denggi.

Esoknya, doktor pakar datang.
Semangat ni nak tahu progress dengan  harapan dapat keluar awal.

"Doktor, denggi saya macam mana?", tanya suami.

"Eh, denggi awak negatif. Awak kena KENCING TIKUS ye", balas doktor sambil senyum.

What?!!

Aku tengok suami. Suami tengok aku.
Seriously, ingatkan denggi je pun. Terus call family aku dan suami bagitahu kondisi dia. Abah suruh aku request transfer hospital KL, sebab aku pun kat sini sorang sorang uruskan suami. Kalau kat KL ada lah family tolong tengokkan ke apa.

Tapi bila tanya doktor, jawapannya tak boleh. Okay fine, i hate you! Arghhhhhh!!


So, duduklah kami di hospital tu seminggu. Mujur aku tak kerja. Nasib baik juga suami warded kat hospital tentera, so tak adalah prosedur tu ketat sangat ke apa. Cuma masa suami dah sihat, yang hanya tinggal empat hari nak habiskan antibiotik, aku kena sound dengan makcik sister pagi buta masa nak teman suami mandi. Dia punya teguran tu macam berbaur perlian, siap suruh aku berbuka sorang sorang kat rumah tak payah nak teman suami. Eh, suka hati aku lah. Kau jeles sebab kau tak dapat berbuka dengan laki kau kan?? Huh.

Aku punya rutin seminggu macam tulah.
Sahur dan berbuka pun kat hospital. Mandi je aku balik rumah sebab malas nak bawa baju ganti.

Selasa tu both families datang melawat. Family in law balik hari sebab jauh kan dari Pahang. Family aku lepak rumah sampai berbuka.





Biasalah orang lelaki kan, bila sakit dia punya manja tu lain macam.
Eh ,ke laki aku sorang je yang berperangai sedemikian rupa??


 
Selfie sekejap bila kebosanan melanda.

Bosan hoi. Eh, bukan aku nk cakap jaga suami aku bosanlah kau ni tak baik berdosa tau. Bosan sebab kitorang kongsi bilik dengan lagi sorang patient ni, kena minor strok. Dahlah tv tak ada, lepas tu aku rasa keluarga patient ni orang Melaka juga, so habis satu kampung melawat dia.

Dengan suara makcik-pakcik bertanya khabar, lepas tu kawan-kawan dia yang konon caring padahal bising je lebih, ditambah pula suara kanak kanak cranky yang terjerit menangis. Aku dan suami mampu bersabar jelah. Bulan Romadon katanya.

Cukup seminggu, yahoooo suami bole discharged!
Alhamdulillah, aku rasa macam seronok sangat. Bahaya tahu tak kencing tikus ni?


 
Bukan aku saja yang seronok. Ada lagi orang yang lebih seronok nak balik sampai sanggup bawa kereta HAHA
 


Bila orang tanya macam mana suami boleh kena lepto ni, kitorang ada dua assumption;

Air tebu bazar Ramadhan.
Air tin stesen minyak tepi highway.

Dua tempat ni kitorang ada pergi, tapi aku rasa kemungkinan besar dari air tebu. Sebab air tebu ni suami sorang je yang minum masa kitorang berbuka ramai-ramai kat rumah kakak ipar.
Dan yes, banyak kes lepto adalah dari air tebu tssskkk -_-'

So korang, hati-hati lah ye kalau minum air tebu. Susah nak tahu tebu di bersih ke tak. Lagi satu, kalau beli canned food/drink, pastikan cuci dulu permukaan tin tu sebelum diguna.
Kalau demam yang tak kebah, terus pergi hospital ye. Macam kes suami ni, sangat tak sangka dia kena leptospirosis yang sebenarnya lagi bahaya dari denggi. Boleh bawa maut tau, ishh nauzubillah.

Dah tu je.
Jaga kesihatan ye kawan kawan. Raya lagi berapa hari je ni.

Oh ye, masa suami discharged ni, kita diuji dengan tragedi MH17.
Doakan kita semua kuat untuk dugaan yang Allah bagi dalam pelbagai cara, bentuk dan rupa, sesuai dengan kemampuan kita ye :'(

Ameen.





July 11, 2014

Demam Ramadhan

Sebenarnya dah masuk empat hari suami demam.
Tapi demam dia ni lain macam, kejap okay lepas tu datang panas balik.

Mula-mula tu kena, aku ingat demam anje anje so biarlah, beli panadol kat 7e je.
Esoknya dia punya panas, terus aku bawa pergi klinik. Oleh sebab puasa, doktor terus cucuk bontot sebab suhu tinggi sangat. Doktor cakap ni demam virus, bukan demam sebab cuaca. Balik tu, aku suruh tidur. Alhamdulillah, malam tu kebah lah sikit. Tu pun tak berapa selera makan.

Bila turn makan ubat, tanya aku;

"Nak makan ubat mana?"

Eh, aku ke yang jumpa doktor tadi? Nampak sangat taktik nak manja-manja. Padahal doktor bagi dua jenis ubat je pun. Sabar jelah aku tsskk -_-'

Esoknya, pergi kerja macam biasa.
Suami balik kerja, terus panas balik. Risau jemah tahu tak?
Puas aku suruh berbuka, makan ubat tapi tak nak. Sayang kot nak kena ganti. Okaylah, aku suruh tidur bagi rehat. Bila tanya nak makan apa berbuka nanti, suami kata tak selera.

Ok fine.
Aku pun tak selera nak masak heehee.

Kebetulan suami bawa balik bubur lambuk dari kem.

Bagus sangat. Kena pula dengan orang demam kan. Sesuai la konsep bubur bubur ni.

Lepas tu, teringat orang cakap barli bagus untuk sejukkan badan.
Terus tenggek atas api.




Aku tambah ayam goreng dengan kentang. Uishhh, sedap juga berbuka makan lauk macam gini kan? Hari-hari makan ni pun tak apa. Jimat pun jimat.  Kalau raya nanti orang tegur aku kurus, boleh la jawab,

"Kitorang makan bubur lambuk je puasa tahun ni", sambil senyum bangga.

Lepas tu mesti orang kutuk aku kan?
Surirumah paling pemalas pernah orang jumpa. HAHAHA takdelah main-main je. Gila apa hari-hari makan bubur. Orang sakit kat hospital pun makan chicken chop segala.

Semalam, alhamdulillah tak panas.
Happy okay. Siapa tak sayang laki hoi

Tapi malam tu, panas datang balik. Hadoilah, aku dah fikir bukan-bukan. Ni demam apa ni? Aku risau satu je, takut denggi. Bila aku tanya ada sakit badan ke, sengal ke, dia cakap sakit pinggang jelah. Aku dulu macam tu juga, dia tangkap pinggang dulu. Lepas tu baru sendi-sendi. Ke, demam urat ni?

Hari ni pun walaupun dah tak panas, dia masih cakap tak larat.
Aku rasa sebab puasa, dan ubat tak ambil dengan konsisten, tu yang demam dia kejap ada kejap tak ada.
Tapi tulah, yang aku paling risau denggi. Kalau esok tak kebah, aku dah nekad ajak dia pergi ambil darah.

Kesian aku tengok.
Makan pun macam tak selera.
Tapi tadi balik dari kerja request nak makan Domino's.

Eh ni demam jenis apa pulak ni?

 
 
Cepat sihat please! :(


July 3, 2014

Ramadhan Yang Tak Aneh Dah

Sekuel Ramadhan tahun lepas. Kau dah kenapa tiap kali Ramadhan nak aneh-aneh ni hah?

Alhamdulillah, tahun ni dapat sambut Ramadhan tahun kedua dengan suami.

Ramadhan pertama kat rumah mak abah, sebab suami kan kursus sebulan kat PD tu. Jadi tahun ni seronok sikitlah sebab semua berkumpul ramai-ramai, lagi lagi aku sebab suami ada sekali yahooo. Eh, mahu tak excited. Tahun lepas siap ada drama air mata tau kau jangan tak tahu. Siapa yang duduk jauh dengan suami sahaja faham perasaan bini-bini ni tau.

Sebenarnya kursus suami berbaki sampai esok. Tapi memandangkan aktiviti hujung-hujung ni pun dah kurang, jadi suami decided nak aku ikut balik Melaka sekali dan dia berulang-alik selama seminggu ni.
Eleh, tu alasan formal je dia bagi kat mak abah aku.
Sebenarnya, dia rindu aku lepas tu boring tidur kat bilik tak dapat peluk aku sorang sorang HAHAHA.

So, Ahad lepas berbuka tu terus gerak ke Melaka.
Sampai je, terjah kedai makan beli lauk untuk sahur. Biasalah, rumah dah tinggal sebulan lebih, barang dapur pun memang tak sempat beli hehe.

Setakat ni okaylah, tak pernah missed sahur lagi.

Juadah berbuka pun setakat ni aku masak. Mengada sangat nak beli macamlah aku ni wanita bekerjaya. Dahlah duduk berdua je. Ah, alasan je kau ni. Orang lain tu siap sempat gentel buat kuih lagi, nampak sangat aku ni contoh suri rumah pemalas yang suka memberi banyak alasan.

Oh ya, cakap pasal kuih ni, semalam pergi bazar Ramadhan dengan harapan dapatlah beli kuih muih yang sedap.
Nampaklah bingka labu, terus terbayang labu yang manis dan lemak itu. Sambar juga karipap pusing.
Bila berbuka, makan, terus terbantut selera sebab rasa tepung je lebih. Karipap yang sepatutnya rangup tapi macam lemau dan keras.

Kecewa betul.
Serius kecewa.

No wonder lah Azwan Ali gelar bazar Ramadhan ni 'sampah'. Yup, it sounds harsh, tapi aku faham maksud yang dia nak sampaikan. Ini bukan masalah puasa, tak boleh agak sukatan dan rasa tapi aku rasa lebih kepada berniaga asal boleh. Stress aku. Takpelah, aku anggap tu rezeki dia.

Okay sambung cerita balik.

Bila turn masak lauk berbuka, benda aku paling risau ialah takut lauk tawar ke, terlebih masin ke. Tapi bila tanya suami, dia cakap okay je. Siap puji lagi sedap aku masak ehem.. Terus kembang kuncup bontot hidung aku.

Ke, sebenarnya lauk aku tidaklah sesedap mana, malah mungkin tak sedap langsung tapi dia nak jaga hati aku yang mudah rapuh ini?  -_-"

Lagi satu kan bila nak fikir idea lauk berbuka, asal tiap kali aku tanya je;

"Tak kisah pun nak masak apa, kita makan je apa sayang masak".

Ahh, tak kisah memanjang.
Kang aku tak kisah memasak macam mana?



Gambar cliche bila Ramadhan
 
 
 
 
Selamat berbuka! :)