Followers

June 26, 2011

Orang Tua di Hujung Usia #Part 2

:)

Ingat tak entry hari tu yang pasal orang tua? ok nak sambung balik

Jumaat lepas aku tengok Imam Muda lalu sayu hati aku. sakit dada aku tahan sebak. nak menangis kang kena hanjing dengan adik adik aku maka tahanlah air mata aku itu melihat betapa hensemnya Imam Muda eh salah betapa caringnya Imam Muda dengan mereka itu.

Like I said before. both my grandfathers were died long time ago yet Im always wishing if they are here right now. yes now!

Nak dengar atuk bercerita zaman kegemilangan beliau tembak tembak komunis di kala muda. nak mandi sungai sama sama. nak tolong atuk petik buah kopi untuk dijual kepada apek. nak hulur kepala bagi atuk hembus asap lepas tu feeling feeling kepala kau terbakar sebab kepala kau ada asap. oh Tuhan.. sedihnya :'(

But everything was gone and the memory remained me how lucky for those who are still have their own grandfather.

Tapi kenapa kau buang macam tu bodoh lah kau ni!

Aku buka balik album masa aku pergi rumah orang tua kat Melaka.


kak lea panggil dia atuk Sudirman tapi sampai sekarang aku tak tahu bahagian mana yang Sudirman tu.
errr tapi atuk ni hensem hehe :)


ni kak lea yang suruh aku buat peace ni. tapi atuk tu kewwwll gilewww la! hidup atuk!


nenek ni lah yang aku cakap hari tu. pssst. shes never been married yet tau.
nenek duk dengan saya la eh. nak nenek!! waaaaaa :'(



'Haish haish jangan nangis lah', kataku sambil memujuk diri sendiri..


"Nobody can do for little children what grandparents do. Grandparents sort of sprinkle stardust over the lives of little children." -Alex Haley-


R.I.P.. Al Fatihah ....
#Abdullah bin Ali Mohammed
#Hj Mahat bin Manap


thanks sebab baca :)

love, ZIEMA



June 24, 2011

Masuk Hospital

:)

Salam semua!

Wahh lama gila rasanya tak hapdet blog aku ni rasanya almost two weeks. many things happened previously and yes masuk hospital! tapi bukan aku lah sorry sikit nak masuk hospital. kadar antibodi aku masih kuat untuk menentang segala penyakit mahupun virus virus. rasanya last aku masuk wad 6 tahun lepas sebab kena denggi cilaka punya nyamuk dah lah masa tu aku baru dua minggu kerja sebagai sorang promoter pasar raya.

Owh berbalik kepada tajuk memang betul masuk hospital tapi bukan aku. ni ha laptop aku ni entah apa ke pasal entah button untuk wireless tak dapat on. sekali masuk hospital kena RM250.. duhhh

So guys apa cerita?

Aku tak ada cerita la. lately sangat busy dengan segala kenduri kendara bilalah kenduri kendara aku ni.
Busy dengan tugas aku sebagai penganggur terhormat yang acap kali ditanya soalan bila nak kerja nak kerja kat mana kerja yang macam mana sesuai dengan bidang anda dan apa apa lah malas aku nak ingat.

Like my cousin said to me,

'Cakap je belum ada rezeki' (sambil senyum)

Nah! kalau sorang dua tanya memang! memang aku masih mampu menjawab sambil senyum. tu kalau tanya aku masa aku tengah masak masak ke memang aku lempar cili kat muka kau. nak? ok tak nak diam diam je.

Ooops emosi pula saya ni.

Maka bagi mengisi masa lapang aku pun menjadi pengapit dengan harapan dapat berkat lalu kahwin dengan segera.
Ala bagus apa jadi pengapit nanti kau dapat pahala walaupun tak dapat duit walaupun pedih telinga kau menahan soklan makcik makcik bila kau nak kahwin sibuk lah tanya orang kau tak tahu betapa sentapnya aku bila kawan kawan dah kahwin! huh


berkata dalam hati
bilakah giliran ku duduk atas pelamin


Tahniah untuk semua rakan rakan handalan taulan sekalian yang sudah sah menjadi isteri kepada seorang suami. sesungguhnya menjadi isteri kepada seorang suami itu indah. cukup indah.. (kenapa ayat aku macam hadith ni)

Tiba tiba dah rasa macam tua bila kawan kawan dah tunang kahwin segala. yang nak dapat anak apatah lagi anak dah masuk dua orang..

Oh Tuhan..
Tuanya aku T_T


Thanks sebab baca :)

love, ZIEMA





June 3, 2011

Orang Tua di Hujung Usia

:)

Aku ni sensitif kalau cakap pasal orang tua. bukan nak tunjuk yang aku ni macam lah bagus konon prihatin dengan warga tua tapi memang aku akan cepat terasa dan berubah air muka bila cakap pasal dorang ni.

Aku cakap ni pun sebab atuk dan nenek aku dah tak ada. memang mak abah aku yatim piatu. serius kalau teringat dorang bergenang genang air mata aku ni macamkan tak boleh nak sedekah al Fatihah asyik menangis je kerjanya haih..

Sensitif aku macam mana?

Aku pernah nampak orang tua bawa motor dalam hujan yang lebat sangat padahal aku dalam kereta sambil tu menangis tak tentu pasal mengenangkan apa jadi kat orang tua tu dek kebasahan.

Masa pergi bandar Melaka konon konon nak tour naik beca tapi bila tengok pakcik tu mengerah kudrat mengayuh beca (aku berat sangat ke?) terus menangis masa tu juga lepas tu taubat dah tak nak naik beca.

Masa on the way nak balik rumah cousin aku kitorang boleh patah balik semata mata nak beli buah yang orang tua jual tepi jalan padahal tak ada la sangat nak makan buah tu tapi kesian.

Masa opah and atuk aku meninggal dari saat mereka hembus nafas terakhir sampailah dikebumikan air mata ni tak henti henti keluar (even tengah baca Yasin) and again tak reti reti nak sedekahkan al Fatihah ke doa ke apa menangis je tahu bodoh betul.

Paling aku tak boleh lupa masa aku join higher committee kolej aku buat lawatan ke rumah orang orang tua (ke orang tua tua) masa Ramadhan.

Sebelum pergi sana kitorang semua dah macam, 'nanti mesti aku nangis dengar cerita dorang sedihnya wuuu..'


Terbayang drama Melayu yang selalu tunjuk orang tua termenung jauh mengenangkan anak anak lepas tu menangis bila tiba hari raya.

Lepas solat tarawikh kitorang diberi masa untuk beramah mesra dengan mereka and to tell you the truth..

Aku tak menangis langsung!


They are not as i imagine. memang kau tak ada peluang nak sebak ke terkenang mak abah kau ke apa sebab dorang tak sikit pun nak mengadu kena buang dengan anak or rindu kat anak siap ada yang cakap dia sendiri prefer nak duduk situ. siap boleh gelak gelak buat lawak lagi gembira betul mereka itu.

Even ada yang tak kahwin langsung so tak ada siapa yang jaga sampaikan aku rasa macam nak cakap
'Nenek jadilah nenek saya.. Saya nak sorang nenek wuuuu...'  :'(

So aku tak faham kenapa ada yang pilih nak hantar parents ke rumah orang tua dengan alasan sibuk.. tak larat nak layan.. tak ada masa and so on..

And masa kat sana pun ustaz kat situ cakap most of penghuni kat situ adalah ibu bapa kepada para jutawan hartawan damn lah! T__T

Yes memang aku admit jaga orang tua ni susah

Imagine kau kena suap makan nenek kau yang dah turn like budak 4 tahun yang degil tak nak makan terjerit jerit padahal tak tahu apa dia nak

Imagine kau kena jawab soalan sama setiap 5 minit disebabkan nenek kau nyanyuk melayan dia bercerita benda sama rasa macam nak tegur tapi tak sampai hati

Imagine kau kena tahan bau hancing busuk semua sebab atuk kau dah tak boleh berjalan mampu terbaring je

Tapi kenapa mesti nak hantar ke sana even kau bagi alasan
'Saya jenguk mak saya tiap tiap bulan'
'Saya bagi duit ubat makanan kat ayah saya walaupun saya sibuk'


Dorang tak nak duit kau even masa kau. yang dorang nak kau. tangan kau. mata kau. mulut kau..

And aku rasa orang orang tua yang aku tengok tu semua tipu aku. yang saja senyum sambil puji anak masing masing padahal dalam hati melonjak lonjak nak habiskan sisa usia even mati pun di sisi mereka.

Memang betul orang kata

Mak sorang boleh jaga 10 orang anak tapi 10 orang anak belum tentu boleh jaga mak sorang *sigh

Na'uzubillahi min zalik..



thanks sebab baca (^_^)

love, ZIEMA