Followers

November 21, 2010

Amoi, Awek, Malay Guy dan Mat Salleh

  Seorang amoi dan awek menaiki bas ekspres. secara kebetulan seat mereka sama. awek duduk tepi tingkap manakala amoi di sebelah beliau. owh ya. mulut amoi itu sangat lah bising seperti bertih jagung sehingga membuatkan awek seperti sedikit menyampah melayan beliau. lagi pula awek sedang leka membalas mesej justeru mengganggu konsentrasi beliau untuk menaip hanya kerana melayan amoi bersembang.


Tapi demi menyahut seruan kerajaan untuk kempen 1 Malaysia maka awek pun melayan amoi berkenaan. soalan pertama yang ditanya amoi,

"You mau pergi klang ke?"


"Eh tak lah. i mau pergi shah alam"


"Owh. i mau jumpa ejen mau discuss nak beli factory. i tolong my fiancee"

Dalam hati awek berkata, "pemalas punya fiancee. ada ke suruh amoi yang pergi".


Seakan mendengar omelan awek, amoi mengatakan fiancee beliau orang australia. lah patutlah menyuruh amoi yang settle semuanya. awek yang pada mulanya malas melayan seakan berminat dengan cerita amoi.

Kata amoi beliau mengenali fiancee semasa chatting. kira cinta alam maya la ni. amoi mengatakan beliau sendiri tidak menyangka akan berjumpa dengan fiancee. bak kata amoi,

"I think that God loves me. maybe this is my fate. i percaya pada jodoh"

Awek seakan bersetuju dengan kata kata amoi.

"You know what. before this i pernah kenal dengan foreigner ni from US. dia cakap nak transfer USD800,00 dalam akaun i. kalau you lah jadi dia. you nak ke senang senang bagi duit kat orang? tak nak kan. masa dia call i dia cakap dah sampai Malaysia and suruh i pick dia. tapi i rasa he's trying to cheat me. i call MAS. diorang cakap ada booking on 25th tapi cancelled 26th. how smart kan dia tu? tapi i rasa God knows everything. He save me from that US guy".


"Eh. taste you ni memang foreigner kan?'


"I pun tak tau. before ni i pernah ngan Chinese. tapi chemistry tak ada lah."


"I noticed satu benda lah. Asian guy not same as Mat Salleh kan?"


"Haha. you perasan kan? you pernah dengan Mat Salleh ke?"


"Eh no lah. i baca through books. and someone's experience. dulu ada lecturer i ni Chinese and husband dia orang Ireland. she said that Mat Salleh ni very sensitive. appreciate woman. even dah kahwin pun husband dia still bukakan pintu kereta untuk dia. kalau Malay guy sory la ha ha".


"Emm. tapi i nak tanya lah. ni bukan nak racist ke apa ke. kenapa Islam bagi Malay guy kahwin 4 eh? i kesian lah kat Malay women".

Alamak amoi ni. awek cuba explain sebaik mungkin walaupun awek tidak lah sehebat mana ilmu agama beliau. amoi bagaimanapun seakan memahami explanation awek. tambahan awek pula,

"Tapi tu lah. i rasa Malay guy sekarang guna alasan tu nak kahwin 4. tapi tak boleh being fair. tu yang ramai gaduh. tak bahagia. diorang dah manipulate. ramai kahwin lebih tu sebab gatal je ha ha. tapi kan i tengok Mat Salleh tak macam tu pun. once dia dah ada someone yang dia sayang, tak cari lain kan?


"Betul lah. alah bukan Malay guy je. Asian guy macam tu. tak sincere. yang penting trust. my fiancee pun nasib baik tak macam tu. you tak ada boyfriend ke?"

Awek tersentak. terdiam.
"Actually dulu i ada. we have been together for 5 years. he betrayed me!".


"What? how come macam tu? see? God loves you actually. Hes looking from above and he knows everything. how dare kan dia?".

Perbualan amoi dan awek berlanjutan sehingga bercakap mengenai hal keluarga. kerjaya. masa depan.
Lalu awek yang mengantuk tidak terlayan untuk bersembang meminta diri untuk tidur. sedar sedar sahaja awek sudah sampai destinasi beliau.

Awek tergesa gesa turun namun sempat say good bye  dan good luck kepada amoi. akan tetapi awek lupa nak bertanya nama amoi walaupun 3 jam di dalam bas. whoaa!!!

........................................................

Owh lupa pula.
AWEK itu adalah SAYA :)

Peace! ! ! ! ! ! !

love, ZIEMA

November 19, 2010

Untungnya Perempuan Cantik

  Satu hari Miss K telah berkata kepada Miss M.

"Eh M. untung kau ni kan. cantik. cun. comel. untung lah siapa dapat kau. tak macam aku ni. rupa tak ada. bukan kata muka aku. bayang bayang aku pun orang tak sudi nak tengok."


"Kau ni K. ada ke cakap macam tu? tak baik tau. berdosa. apa kau cakap?? untung jadi CANTIK?? apa yang untungnya?"

Perempuan CANTIK.
Fitnah terhadap dia sangat banyak. dek kerana kecantikan dia. selalu dipuji. selalu dikeji. ada yang menyanjung dia. ada yang menghina dia. tanpa sebab. tanpa alasan. yang manis dia perlu simpan. yang pahit harus dia telan. hanya kerana dia cantik. . . . . . .

Perempuan CANTIK.
Apabila dia berkelakuan sedikit jelik. habis dikata orang. "Muka je cantik tapi perangai....". harus diingat. dia bukanlah sempurna. dia juga ada kekurangan. tidak lah perlu dia sembunyikan kekurangan yang dia ada. hanya kerana dia cantik. . . . . . .

Perempuan CANTIK.
Jika satu hari dia ditinggalkan oleh cinta hati. mengapa perlu dipersoalkan. cantik tidak semestinya membawa bahagia. kebahagiaan bukan diukur dari paras rupa. bukan juga dari tubuh badan. tapi dari jiwa yang tulus. hati yang ikhlas. malangnya ramai yang mempermainkan dia. hanya kerana dia cantik. . . . . .

Perempuan CANTIK.
Jikalau dia tidak dimiliki dan memiliki sesiapa. ada yang menuduh dia macam macam. penggoda. perampas. sedangkan bukan dia yang mahukan semua itu. bukan salah dia jika ada perkara terjadi. bukan kehendak dia jika jadi begitu. hanya kerana dia cantik. . . . .

Perempuan CANTIK.
Menjadi kesalahan jika dia memilih pasangan yang tidak cantik pada pandangan orang lain. dikata tidak pandai memilih. buta. sepatutnya memilih si polan itu. tapi orang lain tidak sedar. bukan rupa paras yang dia mahukan. dia mahu melengkapi dan dilengkapi. dia tidak mahu dipermainkan oleh si polan. mestikah lelaki kacak untuk dia? hanya kerana dia cantik. . . . .

................


"So K. kau jangan cakap untung sangat jadi perempuan cantik ni. tak ada siapa yang nak jadi cantik. tak ada siapa yang tak nak jadi cantik. kau patut bersyukur dengan apa yang kau ada."

"Ala M. aku tengok kau hepy je ni. best apa jadi cantik ni. orang selalu mengorat. jadi tarikan. best kan?"

"Aku bersyukur rupa macam ni M. tapi kalau aku lah. baik aku jadi biasa biasa je. tak ada lah orang kutuk aku. banyak pahala aku dapat keh keh keh".


Tak salah jadi perempuan CANTIK.
Tak salah jadi perempuan TAK CANTIK.

Yang penting sedar diri. berpijak di bumi yang nyata.
Apa saja yang kita miliki ini hanya pinjaman sahaja.
Tak ada siapa yang sempurna.


love, ZIEMA





November 18, 2010

NO ROKOK ROKOK!!

  Semalam kan masa nak ambil suratkhabar lama kan nak buat alas nak gunting cili kering kan saya ternampak satu iklan ini tau. OK juga la mesejnya. kira saya faham la apa yang cuba disampaikan.

sila klik kalau tak jelas.
Iklan ini agak sesuai ditujukan khas buat papa papa jahat sekalian.

Saya suka part yang 'Buat ini jika ada orang merokok'.
OK juga idea berkenaan. mesti sesiapa yang berkenaan tersentap dengan tindakan saya itu.
Jadi silalah jangan nak maki ke sumpah saya ke sebab saya apply apa yang disarankan oleh iklan itu.

OK sekarang mahu kongsi pendapat juga idea tentang iklan merokok ni.
Ingat lagi kan iklan ni?
 TAK NAK! Apa yang kau tak nak? lepas tu tunjuk rokok bengkok. huh.
Ape kejadahnya? kalau kau hisap rokok kau sentap tak agak agak? sory saya tak ada perasaan.


OK sekarang mahu memberi pandangan mengenai iklan kat Malaysia ni. *macam bagus bagus je kan*
Dulu masa semester 4 saya ada ambil subjek Public Relation. kira belajar la pasal social responsibility ni. ada juga chapter mengenai iklan. so kata buku teks itu iklan itu hendaklah pendek dan mesej sampai kepada para pembaca sekalian. kira macam kau boleh la buat orang tergamam juga berfikir 19 kali hingga membuatkan pembaca itu insaf. 

Tapi sory to say. iklan kat Malaysia ni memang sekadar hiasan la. teringat semasa kat highway mana entah. dia nak bagitahu dadah itu merbahaya. bagus lah. tapi yang buat saya macam nak tergelak tu. dia tulis 'Dadah adalah neraka. Anda cuba anda sengsara'. lebih kurang macam tu la. lepas tu background kat board tu ada gambar pil pil berterabur diikuti ada api yang marak. adeh macam ni budak sekolah pun boleh buat weh. ha ha ha.

Jadi cuba google-ing iklan iklan berkenaan bahaya merokok ini.
Hasilnya, 

Tahu kan salah satu ingredient dalam rokok tu ada TAR? susah sangat sebab dalam paru paru kau tak nampak. ha ni ha akak tunjuk depan biji mata kau!


tahu tak apa fungsi lighter berkenaan? sila pahamkan sendiri ye. dah besar.


siapa siapa yang nak mati cepat tu kan sila lah merokok dengan banyaknya ye.


bapak bapak ibu ibu semua yang ada di sini!! ceh nyanyi dangdut pulak.
jangan bodoh pula. bukan la nanti anak kau keluar muka macam rokok. nak anak sihat stop merokok ye wahai bapak bapak ibu ibu.


faham kan ini gambar apa? malas nak explain lebih lebih.
smoking can affect your SEX life


jangan salahkan Tuhan mahupun takdir ataupun tuduh bini kau mandul kalau dah 10 tahun kahwin tak dapat anak lagi.


nampak tak apa dia tulis tu? ? ?
kau memang bodoh juga kejam kalau merokok depan anak bini kau sebab kau on the way nak hantar mereka ke kubur. suka kan?


Sekian sahaja pendapat saya mengenai iklan bahaya merokok.
Saya sudah menjalankan social responsibility saya :)

Iklan sekadar medium sahaja untuk menyampaikan pandangan juga mesej tertentu.
Tapi benda ni berbalik juga kepada individu terbabit. kau buat lah iklan berjuta ringgit pun tapi kalau orang tu tak nak terima mesej itu nak buat macam mana kan.

Akhir kata.
Pecah kaca patah sikat.
Sudah baca harap bertaubat!
Whoa!!

SAY NO TO ROKOK! ! ! ! ! ! !


love, ZIEMA