Followers

November 19, 2010

Untungnya Perempuan Cantik

  Satu hari Miss K telah berkata kepada Miss M.

"Eh M. untung kau ni kan. cantik. cun. comel. untung lah siapa dapat kau. tak macam aku ni. rupa tak ada. bukan kata muka aku. bayang bayang aku pun orang tak sudi nak tengok."


"Kau ni K. ada ke cakap macam tu? tak baik tau. berdosa. apa kau cakap?? untung jadi CANTIK?? apa yang untungnya?"

Perempuan CANTIK.
Fitnah terhadap dia sangat banyak. dek kerana kecantikan dia. selalu dipuji. selalu dikeji. ada yang menyanjung dia. ada yang menghina dia. tanpa sebab. tanpa alasan. yang manis dia perlu simpan. yang pahit harus dia telan. hanya kerana dia cantik. . . . . . .

Perempuan CANTIK.
Apabila dia berkelakuan sedikit jelik. habis dikata orang. "Muka je cantik tapi perangai....". harus diingat. dia bukanlah sempurna. dia juga ada kekurangan. tidak lah perlu dia sembunyikan kekurangan yang dia ada. hanya kerana dia cantik. . . . . . .

Perempuan CANTIK.
Jika satu hari dia ditinggalkan oleh cinta hati. mengapa perlu dipersoalkan. cantik tidak semestinya membawa bahagia. kebahagiaan bukan diukur dari paras rupa. bukan juga dari tubuh badan. tapi dari jiwa yang tulus. hati yang ikhlas. malangnya ramai yang mempermainkan dia. hanya kerana dia cantik. . . . . .

Perempuan CANTIK.
Jikalau dia tidak dimiliki dan memiliki sesiapa. ada yang menuduh dia macam macam. penggoda. perampas. sedangkan bukan dia yang mahukan semua itu. bukan salah dia jika ada perkara terjadi. bukan kehendak dia jika jadi begitu. hanya kerana dia cantik. . . . .

Perempuan CANTIK.
Menjadi kesalahan jika dia memilih pasangan yang tidak cantik pada pandangan orang lain. dikata tidak pandai memilih. buta. sepatutnya memilih si polan itu. tapi orang lain tidak sedar. bukan rupa paras yang dia mahukan. dia mahu melengkapi dan dilengkapi. dia tidak mahu dipermainkan oleh si polan. mestikah lelaki kacak untuk dia? hanya kerana dia cantik. . . . .

................


"So K. kau jangan cakap untung sangat jadi perempuan cantik ni. tak ada siapa yang nak jadi cantik. tak ada siapa yang tak nak jadi cantik. kau patut bersyukur dengan apa yang kau ada."

"Ala M. aku tengok kau hepy je ni. best apa jadi cantik ni. orang selalu mengorat. jadi tarikan. best kan?"

"Aku bersyukur rupa macam ni M. tapi kalau aku lah. baik aku jadi biasa biasa je. tak ada lah orang kutuk aku. banyak pahala aku dapat keh keh keh".


Tak salah jadi perempuan CANTIK.
Tak salah jadi perempuan TAK CANTIK.

Yang penting sedar diri. berpijak di bumi yang nyata.
Apa saja yang kita miliki ini hanya pinjaman sahaja.
Tak ada siapa yang sempurna.


love, ZIEMA





2 comments:

  1. muahahhaha...i like thisss!!!! hasil karya sndri ke ape ni? hehe

    ReplyDelete
  2. jadi cantik kene kutuk dpt pahal free je kene kutuk pahal dorg sume kat kite :3

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.