Followers

September 23, 2011

Cinta Muka Buku

Tahu kan lagu ni? Ala yang Najwa Latif nyanyi tu. Cinta kat muka buku ececeh. Sedap kowwtt lagu ni sementelah encik kapten pun seduced aku guna laman muka buku *malu*




OK fine aku macam tiba tiba risau dengan lagu ni.

Well tahu lah kan yang nyanyi ni sorang budak sekolah yang akan ambil SPM tahun depan so dah tentu peminat kau budak sekolah yang orang cakap baru nak up kan.

Aku macam rasa budak budak sekarang percaya yang laman muka buku tu dah boleh jadi main medium kalau kau nak cari pakwe/makwe. Add je siapa siapa (even tak kenal langsung), approve, chat kejap, lepas tu tanya soklan soklan lazim. Esoknya sambung balik chatting, tukar tukar nombor telefon lepas tu set date and tempat nak jumpa.

Lepas tu?
Lepas tu?
Lepas tu?

Pandai pandai kau fikir.
Aku cakap ni bukanlah aku ni baik sangat. Hey siapa tak pernah kan bercinta cinta masa zaman sekolah ni? Kalau dulu rasanya pakai YM takpun paling lapuk pakai IRC. Betul ke IRC ni haha. Correct me if I'm wrong sebab aku tak pernah berminat pakai benda tu. Even akaun YM pun aku tak ada. Well akulah perempuan ketinggalan arus teknologi.

Dulu aku rasa teknologi ni macam kurang sikit lah. Pakai handphone pun lepas sekolah. Sesi balas balas surat itu adalah common di usia aku hewhewhew.

Budak sekarang aku tengok bukan main hebat!

Peluk cium adalah benda biasa. Pakai baju sekolah selamba pegang tangan. Keluar rumah malam malam pun ada apa hal. Mak abah kat rumah membebel bebel pun kau dah tak hairan yang penting cinta muka buku kau berjalan lancar.

Bila dah terbabas masa tu lah kau gelabah nak nangis nangis bunuh diri bagai.

Well tak salah kot nak cari cinta kat muka buku. Even dengan kapten ni pun dia view aku through my friend so aku bukanlah selamba main sapu. Selidik dulu background dia. Macam mana perangai dan perwatakan mamat tu. Kalau boleh biar ada someone trusted yang ada relation dengan dia and kita so that apa apa hal kalau dia buat dajal kat kita ke boleh lah mengadu kat orang tu.

Tapi nasihat aku kalau tak kenal tu.

TAK PAYAH NAK CINTA MUKA BUKU sangat!

Pergi buka buku teks yang kau pinjam dari SPBT iaitu Skim Pinjaman Buku Teks itu. Kerja sekolah cikgu bagi tu siapkan walaupun aku adalah salah sorang murid pemalas macam gamp selalu tak hantar kerja sekolah (sory cikgu). Ingat sikit duit mak abah kau laburkan dari kau tadika sampai sekolah menengah.

Banyak disadvantages berbanding advantages ye adik adik. Paham tak?

Lagipun manusia sekarang makin kejam.
Aku rasa setan sekarang pun geleng geleng kepala tengok perangai pelik manusia sekarang.
Setan betul!


thanks sebab baca

love, ZIEMA



1 comment:

  1. alaa ! tak sempat cinta muka buku! dah nak kawen da. tssk. HAHA.

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.