Followers

September 28, 2011

Manusia

Bila dah berumur 24 tahun ni kan rasa macam semua benda susah. Lagi lagi bila dah bekerja ni semua benda serba tak kena. Senyum salah takut dikata perempuan merenyam gatal gedik. Buat muka serius pula ada yang menjaja jaja cakap aku ni sombong lah tak ikhlas kerja lah apa lah.

Manusia sekarang ni macam macam perangai.

Jadi orang paling bawah pun rasa macam hina sangat. Buat salah sikit pun macamkan besar sangat dosa dibuat. Sebab satu mulut sahaja berpuluh telinga yang tadah percaya bulat bulat.

Bila di atas bukan main disanjung sanjung. Kalau kat bawah bayang bayang kau pun orang tak ingin nak tengok.

Susahnya bila dah berumur 24 tahun ni.

Kalau umur 4 tahun.
Mesti sedang bermain main dengan jiran sebelah. Paling paling pun kena marah dengan mak sebab nakal sikit. Kot. Takpun kena la bantai sikit sebab according to mak aku la kan aku ni keras kepala sikit. Kot. Hwehewhew.

Kalau umur 14 tahun.
Zaman zaman sekolah. Masa ni aku rasa indah je pergi sekolah balik sekolah bersukan weekend je pergi sekolah lagi. Eh apa pasal aku rajin sangat pergi sekolah ni? Ehemm. Gaduh dengan kawan kawan tu biasa la esoknya baik balik.

Bila dah 24 tahun.
Considered dewasa. Kalau ikut umur mak aku ni dah dua orang anak. Dah boleh kahwin ni ehem ehem. Tapi bila considered dewasa ni haruslah perangai macam orang dewasa kan?

Yang aku geram kalau perangai tu macam kan budak tadika baru nak kenal huruf. Paling sajak kalau buat perangai macam bukan manusia. Nak consider apa? Binatang? Ish tak baik kowttt.

Tapi itu lah dia lumrah manusia akhir zaman ni. Kalau dosa tu on the spot kena kat kau mesti aku rasa manusia ni baik sangat. Like kalau kau mengata ke tiba tiba mulut kau berkudis kudis ke. Kalau fitnah orang muka kau jadi macam hanjing ke. Uishhh hyperbola nya balasan yang aku bayangkan tu!

Terfikir.
Jadi suri rumah kan seronok.
Paling paling jiran mengata kau sebab rumah kau cantik sangat.

Tapi...
Jadi suri rumah laaaaagi susah!
Haih.

thanks sebab baca :)

love, ZIEMA

2 comments:

  1. tak ada yang senang dlm dunia ni dik.. nak mati pun susah jugak.. sabarla ye dan bersyukur dgn apa yang kita ada..

    ReplyDelete
  2. Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI...
    Bila jadi baik, ORANG MELUAT...

    Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM...
    Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAA NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?..."

    Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA...
    Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN...

    Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGOS...
    Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR...

    Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'...
    Bila kita pakai 'dedah sana-sini'.. ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free...

    Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!....."
    Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?.."...

    Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"...
    Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"..

    Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka.. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata.. ingat pesanan ini :- Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula.. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan Allah SWT terhadap kita.. bukan pandangan manusia

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.