Followers

November 2, 2011

Claustrophobia . Batophobia

Aku rasa manusia normal tentu ada perasaan takut. Or perkataan yang sesuai adalah fobia.
Tak kisah la takut dengan binatang ke orang ke apa ke.
Yang penting takut. Takut yang amat.

Macam aku ada dua benda yang aku fobia.

Narrow space.
Or nama saintifik lagi berbelit lidah ialah Claustrophobia.



Aku perasan benda ni masa aku tingkatan empat.
Masa tu aku dan rakan rakan pergi camping dan mandi di Lentang.
So masa nak balik tu kira mandi manda untuk terakhir kali la.
Sekali nampak macam gelongsor yang bulat tu yang tertutup macam terowong tu.

Adoi kenapa google gambar gelongsor macam ni tak jumpa bodoh betul lah gambar macam tu pun tak ada.

Masa tu kan zaman zaman remaja girang gembira lepas tu macam batak jakun jumpa gelongsor tu terus aku dan rakan rakan nak cuba.
Orang naik dari atas aku pula dari bawah lepas tu meniarap niarap macam sedang berperang.

OK tiba tiba stuck.
Macam tak muat ia aku tahu masa tu badan aku agak gempal berbanding sekarang tambahan pula terowong tu agak sempit. Ia lah sempit tak tipu.

Nak patah balik tak boleh. Dah la gelap.
Jantung aku dah laju. Oksigen tak cukup. Dah macam pening pening.
Lepas tu teruskan juga dengan gigih sambil macam nak menangis menyesal kerana memilih untuk masuk gelongsor terowong itu.
Dah keluar aku rasa macam wah heaven!
Sumpah tak nak masuk tempat macam itu. Sumpah.


Batophobia
Nama kampung ialah takut tempat tinggi.




Ini memang dari aku kecil lagi.

Kalau berada di tempat kejadian lutut aku menggeletar lepas tu jantung kemain laju. Perut macam ada rama rama terbang di dalamnya.
Kalau aku berdiri kat balkoni lagi sajak sambil terbayang balkoni tu tercabut dari bangunan tu lepas tu aku jatuh. Scary tak?

Kalau nak suruh aku naik tangga or berada di tempat tinggi yang besi besinya separas pinggang dan boleh memuatkan kepala untuk terjulur keluar kirim salam sahaja. Kemungkinan untuk aku jalan macam perempuan baru lepas beranak adalah tinggi. Pheww

Eh kau takut apa ye?
Lepas ni kalau orang tanya apa ketakutan kau.

Jawab sahaja,

Claustrophobia dan Batophobia.

Tentu mereka tergamam dengan pengetahuan saintifik kau.

Alahai tak tercapai hajat aku untuk tinggal di kondominium mewah di tengah KL.
Alasan.
Ni kalau kapten baca tentu beliau berkecil hati.

Sorry sayang kita gurau je.
Tak kisah tinggal kat mana pun asalkan awak ada sebelah saya.
Muntah.


thanks sebab baca :)

LOVE, ZIEMA





1 comment:

Komen lah sukahati kau nak komen.