Followers

November 11, 2011

Kisah Pak Non dan Kak Chom

Sebelum tu jangan tanya kenapa dipanggil Pak Non dan isteri beliau dipanggil Kak Chom bukan Mak Chom.
Dan jangan ditanya apakah nama asal Pak Non adakah Shahnon atau Zainon. Begitu juga dengan Kak Chom. Kemungkinan nama beliau Chombi atau lebih melayunya Umi Kalsom.

Aku bukan nak cerita tentang asal usul nama mereka sungguh tak remaja bila membincangkan hal nama orang tua lainlah kalau nama beliau Muhammad Rayyan Alexender Yusuf ataupun Nur Cinta Qaisara Rose. Ok lagi tak ada kena mengena.

Isnin lepas aku ke rumah anak yatim ada program korban di sana.
Maka berkenal kenallah aku dengan mereka mereka yang aku tak pernah kenal.

Dan telah kenal dengan Kak Chom yang umurnya lebih kurang mak aku.

Kak Chom tinggal di Penang. Pak Non pula tinggal di Kolumpo atau dalam bahasa bakunya Kuala Lumpur.
Jauh sungguh jarak mereka.

Banyak yang kami bualkan. Daripada laksa Balik Pulau hingga pasemboq di Padang Kota.
Sembang punya sembang akhirnya tiba waktu untuk bertanya hal anak anak. Aku saspek anak beliau yang paling sulung sekolah menengah.

'Anak Kak Chom yang sulung berapa tahun?'


'Kak Chom tak dak anak', jawab beliau sambil tersenyum.

Dang!
Bangangnya soalan aku tentu beliau terkesan. Mungkin sedih bercampur kecewa. Rasa bersalah terus bertandang seperti tetamu yang bertandang di hari raya.

Jangan persoalkan mahupun tolong jawabkan siapa yang mandul dalam kes ini.

Kak Chom cantik. Mungkin tak dak rezeki depa untuk menimang anak. Mungkin juga jarak jauh antara depa menyusahkan usaha depa untuk menimang anak.  Ini teori sains. Teori Islamik ialah Allah belum kurniakan rezeki. Tumpang kasih anak penakan sajalah naa. Eh terspeaking utara pula.

Kak Chom menyuarakan keinginan untuk mengambil anak angkat. Oh sungguh murni usaha Kak Chom itu. Yelah kalau dikira usia Kak Chom itu tentu sukar untuk mengandung dan melahirkan.

Aku kagum dengan Pak Non itu. Sungguh setia beliau dengan Kak Chom.
Tidak seperti kebanyakan lelaki sekarang yang anak baru menginjak dua orang tetapi ada hati mencari madu untuk isterinya. Paling sajak kalau diceraikan semata semata isteri sudah tidak bergetah macam dulu. Bangang betul.

Lantas aku teringat mak abah aku. Sangat lantas.

Itulah kisah Pak Non dan Kak Chom.
Suami isteri yang bahagia tanpa anak.


P.S. Ini kisah betul tanpa ada unsur tipu tipu mahupun editing. Tak nak percaya sudah.


thanks sebab baca :)

LOVE, ZIEMA

No comments:

Post a Comment

Komen lah sukahati kau nak komen.