Kalau azam tu tak tercapai ada yang bawa ke tahun hadapan dan begitulah seterusnya entah bila nak capai aku pun tak tahu.
Tapi itu dulu la. Dulu.
Sekarang macam tak nak letak target. Bukan tak ada matlamat hidup tapi rasanya letak azam tu nanti macam buat kita mengharap dan bila tak dapat akan kecewa sangat. Itu aku lah. Aku ni jenis kalau pasang impian ke mesti letak high expectation lepas tu kalau tak dapat dia punya kecewa tu rasa macam diri ini useless.
Kelakar kan? Entah apa apa betul aku ni.
Tapi betul.
Dulu aku pernah letak target.
2010 aku nak bertunang and by 2011 aku dah jadi isteri orang bahagia bersama suami dan anak. Aku letak target bukan semata mata target tapi dengan usaha dan perancangan.
Tapi iyelah kita ni manusia yang merancang. Bila Allah kata rancangan kau salah maknanya Dia akan betulkan dengan cara yang kau tak pernah bayangkan akan kena dekat kau. Mungkin pembetulan itu akan nampak dan rasa sangat sakit.
Tapi sila lah percaya cakap aku. Lepas itu kau akan rasa macam 'Owh nasib baik azam aku tu tak jadi kalau tak tentu hidup aku tak macam sekarang'
Dannnn sila percaya lagi sekali yang lepas itu hidup kau akan lagi bahagia.
Bukanlah aku nak cakap kalau nak bahagia kau kena lalui satu fasa derita gila. Bukan. Cuma yang aku nak cakap once kau dah rasa apa itu derita. Yang bila apa yang kau nak kau tak dapat. InsyaAllah ada jalan terang kat depan kau.
Cepat atau lambat sahaja.
Ingat tak quote ni.
"Bila Allah makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu.
Bila Dia lambat makbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu.
Bila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang terbaik untukmu."
Rasa kejap sahaja 2011 berlalu. Rasa macam baru kenal encik kapten.
Lagi 14 hari will be his fiancee.
Allah.
Terima kasih.
thanks sebab baca :)
No comments:
Post a Comment
Komen lah sukahati kau nak komen.