Followers

January 26, 2012

The Event

Entri pertama tentang engagement. Ececeh pembuka kata bukan main sopan lagi. Sebenarnya tak tahu nak mula dari mana. Sebelum bertunang macam macam benda terfikir nak post tapi sekarang kan errr apa aku nak cakap ni?

Ok lah start dari pagi 23 Januari lah.

Pukul 8 pagi mak dah kejut suruh bangun. Ya Allah rasa mengantuk gila sebab tidur pukul 4 pagi tssk tssk. Sebab malam tu juga nak siapkan semua hantaran termasuk sirih junjung segala. Lepas tu nak siapkan jahit manik kat baju lagi. Padan muka aku nak sangat DIY semua benda kan tapi aku puas hati. Sangat puas hati dengan hasilnya.





Plan encik Adli sampai rumah sebelum Zuhur tapi sebab ada saudara beliau tersesat maka majlis bermula pukul 2.30pm.

OK cantik sangat sebab MUA pun sampai dalam pukul 11.30a.m. Dapatlah aku bermekap dengan senang hati lalalala sebab bila aku tanya MUA tu berapa lama mekap ni dengan senang hati jawab sejam setengah. Lama kowtttt

Jadi masa rombongan sampai tu aku lepak dalam bilik seorang diri sambil sambil betulkan shawl lepas tu sikit sikit tambah eyeshadow lepas tu kurangkan sikit warna lipstik. Bosan terasa lama sangat sebab rombongan berbalas balas pantun sambil ketawa ramai ramai tapi kenapa aku sahaja yang tak ketawa?

Tak boleh jadi ni.



Hahaha. Baru lah boleh dengar segala suara dengan jelas.

Lepas tu terdengar wakil rombongan lelaki sebut puteri Nur Hazimah dan putera Mohd Adli alololo comel betul lah pakcik ini . Lepas tu aku macam dengar kaki Gunung Senyum la puncak Bukit Chagar la eh eh apa ni kedengaran seperti mahu menjungle tracking pula.

Dah penat duduk aku berdiri sebab macam berdebar sikit. Sikit jelah bukan teruk sangat debaran aku tu pun. Then tiba tiba wife cousin aku masuk.

'OK dah boleh keluar'

Eh eh betul ke ni rasa macam kenapa tak berborak balas balas pantun lama sikit oleh itu dapatlah aku menghilangkan kegusaran aku.

OK serius.
Masa keluar dari bilik tu aku macam, oh ramainya orang (padahal tak ramai mana pun). Apa aku nak buat ni? Kena berdiri tegak dulu ke. Nak kena senyum senyum tengok semua tetamu ke. Ataupun salam salam dulu ke. Ke kena lambai lambai sikit tanda aku lah watak penting dalam majlis ini. Serius hoi tak tahu nak buat apa.

Kemudian aku memilih untuk duduk terus.

Selepas beberapa minit. Ting! Dah sah jadi tunang orang.
Eh eh eh betul ke? Rasa macam main sarung sarung cincin. Tak sangka dah halfway to the next journey. InsyaAllah.



"Ya Allah, jadikanlah aku dikasihi pada hati hati mereka yang beriman dan gembirakanlah aku dengan kekayaan sehingga seratus dua puluh kebaikan. Allah adalah sebaik baik pemelihara dan Dia amat mengasihi daripada segala galanya". 




thanks sebab baca :)

9 comments:

  1. sweetnye kaler baju!! rse nak mkn;p

    ReplyDelete
  2. TAHNIAH sayang...
    semoga dikuatkan jodoh hingga majlis ijab qabul dan seterusnya selamat menjadi pasangan kekasih dgn cop HALAL!!! ;)

    ReplyDelete
  3. cantik. warna baju pun lawa.tahniah ;)

    ReplyDelete
  4. jimmsss! what happened to ur fb? pfftt. kegilaan sama kah? pape pn. tahniah si cantik, dan aku nak tgk gambar lg. sikit jek :(

    ReplyDelete
  5. tahniah si cantik! *huggss* account fb kau dh kenapa? kegilaan sama? pfftt. nak tgk gambar lg. sikit sgt. aku tunggu dgn sabar ni heee :))

    ReplyDelete
  6. hahahaha ko, aku, aimie, sama je.. kluar je bilik tak tau nak buat apa.. masa nak kluar bilik tu macam neves gila dan blank.. tiba2 rasa macam, eh aku tengah buat apa skang ni? haahha


    selamat menghadapi musim2 pertunangan! :D

    ReplyDelete
  7. wah nice lah ur veil! kalau kaler kontra memang cantik kan :)
    ziema berani try contast color ni, so xde prob lah! ;)

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.