As told by kawan aku Airina Qaisara bukan nama sebenar, maka aku telah gigih ke Klinik Kesihatan Setapak. Thanks Yusnuriza for the information. Eh terbagitahu nama pula.
Kenapa aku cakap gigih?
Masa sampai tu aku nampak orang beratur panjang sampai ke luar pintu, tapi bila memikirkan aku adalah hanya ingin menjalani ujian saringan lalu aku terus ke kaunter dengan yakinnya.
'Kak, saya ada appointment HIV Test'
'Kena beratur ambil nombor dik'
Malunya.
Mesti orang yang beratur ketawakan aku. Ingatkan tak perlu beratur, rupanya aku silap. Once sekali dah masuk dalam Klinik Kesihatan ni, kau akan dilayan sama macam pesakit lain. Mungkin lain klinik lain prosedurnya.
Sampai sahaja di kaunter, nurse bagi borang dan kad untuk diisi. Nampak la beberapa pasangan mengisi borang sama sama. Aku sahaja seorang diri hewhew.
Lama duduk di situ. Sejam lebih mungkin, menunggu masa untuk dipanggil. Sambil sambil tu mata melilau melihat gelagat orang ramai. Ada yang bawa bayi, untuk pemeriksaan bulanan mungkin. Kesian tengok, dah lah sesak, air cond pun nazak. Ada pula yang berkerusi roda. Serius klinik ni sempit sebab dalam shop lot. Kat situ la farmasi, kat situ la kotak kotak ubat bersusun. Aku sampai pening pening. Taubat tak nak pergi sini lagi.
Owh ya, tunggu punya tunggu, pelik kenapa nombor aku tak naik. Pergi ke kaunter rupa rupanya kena submit borang dulu. Patutlah nombor aku tak dipanggil. Rasa bodoh sekejap. Nurse siap perli perli. Shadap la kau nurse, dah lah gemuk nak perli aku pula. Eh tapi rasanya dia bukan nurse sebab pakai baju biasa. Jangan risau, nurse di situ baik baik tau.
Lepas dah submit borang, terus disuruh ke bilik nombor 8 untuk diambil sampel darah. Mungkin masa dah suntuk, jadi tak banyak pun soalan dia tanya. Haha bagus juga, risau aku kalau ada soalan soalan tentang HIV segala. Dia hanya tanya ni kali pertama ke aku kahwin. Amboi kau muka aku ni nampak macam mak janda ke haipp. Jadi, melalui kit tu nyatalah aku disahkan negatif HIV.
Kemudian aku disuruh hantar borang semua ke bilik 3. Baik kakak nurse ni, senyum sahaja. Tunggu dalam 10 minit siap. Masa dipanggil untuk ambil result test tu,
'Awak, adik ni kirim salam'
Haih la dik, wa'alaikumussalam.
Akak kau ni lagi dua bulan je nak kahwin.
Hi3x.. sempat lg mamat tu yek!!
ReplyDeletehaha.. tang last tu kelakar... hihihi.. saham tinggi lagi tu.. =)
ReplyDeleteTula pasal menyempat lagi la budak ni hehehe :)
Deletekalau ada kad kawin, hulur tang2 tu jugak.. :p
Deleteahaha~ siap mention nama palsu dan nama sebenarku.. cesss! hahaha. btw part mak janda tu mmg buat ak ketawa terbahak2. haha.. btw, ak punya Jawi dah settle 19/9 aritu, then tiba2 family lelaki request nikah awal. cuba ko teka bilaaa?? (Klu : 10)
ReplyDeletep/s: Sila ucapkan selamat pengantin baru dkt ak skrg jgk!! Wahahaa.. tp jgn post dkt FB sbb ak masih belum menghebahkan lg. hehehe ;P
Amboi cepatnya settle. Aku rasa sebab settle cepat tu yang family lelaki nak cepatkan kot hee. Ok la aku teka 31/10. Hahahaha
DeleteYela yela selamat pengantin baru Yusnuriza Yusuf teheee
KK Setapak kan maunya tak ramai. Memang ramai gila tau sabar jelah haihh
ReplyDeletehahahahhaa..
ReplyDeletesempat kim salam ....
yaeee...akhirnya cik jimah bjaya dgn jayanya buat hiv test...
ReplyDeleteamboiiii...tinggi ag ek saham cik jimah ni..:)
Hehehe tq Eja..
DeleteBudak budak biasalah tu :p
haha bukannn.. jawapannye 20/10!!! lg 8 hari wehhhhh... hahaha giler kann..?? diorg request awalkan sbb nenek dia tgk tarikh 24/11 tu awal muharram.. ktorg follow je since kebetulan dah settle sume pun.. heheh tp ak tk btau sesape lagi.. biar surprise :P
ReplyDeletehehe tQ jimat.. doakan sumenye bejalan lancar ye. (^^)v