Followers

October 25, 2012

Korban Perasaan

Sesiapa yang kenal aku dari sekolah mesti faham dan masak dengan perangai aku. Tanyalah mana mana kawan aku yang rapat dengan aku, betapa buruknya perangai aku masa itu.

Sebab baran aku, aku pernah cederakan jari seorang kanak kanak yang mengganggu aku nak siapkan kerja kursus Kemahiran Hidup aku. Siap kena maki dengan seorang cikgu sampai hari ni aku ingat.

Same goes bila aku sekolah menengah. Aku pernah maki seorang budak ni, gara gara menipu nak buatkan baju dorm. Konon macam aku mewakili rakan rakan yang teraniaya lah ni, sampaikan budak tu histeria. Tak tahulah histeria sebab kena maki dengan aku ke atau sebab tertekan dengan kisah order baju itu.

Zaman universiti, selalu yang jadi mangsa baran aku ialah ex kekasih. Ala, yang tinggalkan aku tiba tiba tu. Walaupun dia tinggalkan aku sebab orang lain, yes aku akui baran aku ni mungkin antara sebab cinta dia beralih tempat.

Tak tahu la sebab aku anak kedua ke (ceh alasan), mak selalu tegur perangai aku yang senang melenting, dan susah terima pendapat orang lain. Tapi sebab aku ni keras kepala, dan ego tinggi, pada aku semua orang salah. Aku seorang sahaja yang betul. 

Dulu aku ni jenis, kalau aku nak tu memang aku akan dapatkan tak kira. Kalau aku tak dapat aku akan menggila. Aku tambah sekali dengan mulut aku, memang gila kuasa dua. Bila teringat balik perangai aku sejak dari dulu, aku malu sendiri. Betul. Aku tak pernah fikir perasaan orang, sebab pada aku, aku patut tidak membiarkan orang sesuka hati memaki perasaan aku.
Yes, memang betul kita ada hak untuk perasaan kita sendiri. Dah bengang, sakit hati kena lah melepaskan marah kan? Buat apa nak pendam pendam lepas tu merempan seorang diri? Itulah pendapat aku dulu.

Tapi bila dah meningkat usia, dan sudah masuk ke alam pekerjaan, persepsi aku berubah. Sampaikan officemate aku yang dulunya satu sekolah dengan aku pelik, 'Eh ziema kenapa kau diam je ni? Eh kau lain sangat la. Dulu mulut kauuuuuuuuuu'

Hahaha. Aku pun tak percaya itu aku sekarang.

Tipulah kalau aku tak ada perasaan marah dan sakit hati. Kalau hati aku ni ada rekod, mesti dia dah listkan jenis-jenis kemarahan aku. Tapi aku memilih untuk diam. Banyak benda memang terpaksa telan, banyak mengalah. Paling-paling pun aku akan menangis, dan biarkan marah aku pergi. Sebab aku tahu, sangat penat marah orang. Aku dah rasa, aku tahu lah.

Susah? Entahlah, aku tak pernah target apa-apa untuk kurangkan kegilaan aku ni. Mungkin sebab dulu aku pernah kena tinggal, dan Adli pun jenis tak pernah buat aku gila disebabkan dia yang cool gila macam tak ada perasaan, aku muhasabah diri. Duduk atas sejadah, tengok TV, tengok muka muka orang yang sayang aku, perlahan lahan buat aku terfikir. No I'm not saying yang aku ni perfect enough. Tapi aku cuba. Tak salah kan mencuba?

Kita kena belajar. Pengorbanan itu perlu. Serius, bila kau buat macam tu kau akan rasa lega. Hati kau tenang. Sebab dari awal lagi hati kau dah sejuk, orang lain pun sejuk. Kalau kau mengganas dengan baran kau memang betul mula mula kau panas membara, kemudian slow-slow sejuk. Tapi hati orang kau rasa akan sejuk macam kau ke? Mungkin lah sejuk depan kau sebab nak jaga hati kau, tapi belakang kau?

Belajarlah berkorban untuk orang lain. Tak susah pun.

Eh.
Salam Aidiladha :)



12 comments:

  1. ziema...setuju..anak kedua mmg mcm tu kot..hahaha...sama ngan cik mah...tp sekarang dah semakin matang kot...lebih bnyak bersabar n berdiam n muhasabahkan..hehhe...insyaAllah mesti ade hikmah sebalik ni..sbbnya kn praktis jadi isteri solehah dah ni..xmo marah2 n melenting2 kan..hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hope sangat kita dapat berubah kan?
      Tak banyak sikit pun jadilah cikmah. For our good sake :)

      Delete
  2. beb..anak kedua mmg cmni.. xbleh terima pendapat org lain..suka menerima xsuka memberi..siyes.. tqah pon anak second.. tp ego melangit.. pastu jenis dendam.. tp slow2 try nak ubah.. tp sangat susah..mungkin berdiam salah 1 cara untuk mengelakkan org sakit ati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup Tqah susah sebab dah terbiasa kan? Slow slow boleh.
      Yup betul tu kalau susah sangat diam je. Lagi bagus :)

      Delete
  3. hurmm anak kedua? laki aku baikkk je, aku yg baran.. hahaha..

    haa bagusla jimat.. ni persediaan mental utk jadi isteri ;) dan juga jadi ibu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha mesti laki kau dari dalam perut dah baik :p
      Yup i learn from it babe. Persediaan mental tu penting, lagi lagi kalau nak jadi ibu kan? teheee

      Delete
  4. nory pon anak nombor dua....nak nombor 2 ni sifatnya "air"...tapi nory plak jenis yg agak clumsy...kelam kabut je memanjang...hhehe

    salam kenal yer..

    ReplyDelete
  5. Hehehe ziema pun clumsy lagi lagi nak dekat kahwin ni. Nasib baik tunang jenis cool hahaha. Selalu kena marah dengan dia sebab gelabah sangat :p

    Salam kenal juga :)

    ReplyDelete
  6. betul 2 ziema.. saya dulu pun camtu.. keje nak marah je.. sekarang bila ingat2 balik, ya ALLAH.. teruknya perangai dulu.. kesian yang jadi mangsa kita kan.. tapi yang bagusnya, sekurangnya kita dah berubah ke satu sisi yang baik.. takpela, yang buruk jadikan sempadan.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buruk kan? :( takpe, at least kita sedar dan cuba ke arah yg baik :)

      Delete
  7. ziema same mcm linda, sebelum ni dah 2 3 kali putus cinta sebab linda panas baran n terlampau degil. Tak pernah kesah pasal org lain. Tapi semenjak start keje dlm call center, nak tak nak linda berubah jadi sbar. lame2 da malas nk marah2 org..better diam, x pun nangis. Hihi..nasib baik linda dpt tunang yg penyabar :)

    ReplyDelete
  8. Betul betul. Sama macam ziema jugak,melayan kerenah customer ni mmg ajar kita bersabar :)
    Good, bagus tunang linda. Hope korang happy.

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.