Followers

December 26, 2012

Prosedur Dokumen Perkahwinan KL

Sebelum nak review tentang big day aku, rasanya first thing yang aku nak share adalah tentang pengalaman aku menguruskan hal-hal dokumen nikah ni. Dokumen nikah, pada aku adalah part yang sangat penting sebab kalau dokumen tak lengkap, maka macam mana kau nak nikah kan?

Pada aku prosedur borang nikah KL sangat mudah. Tak ada interview segala, mahupun sesi soal jawab bersama orang JAWI. Hanya suami sahaja yang perlu melalui proses interview oleh KAGAT. Gigih pinjam buku hantaran tunang demi untuk menyediakan diri ditemuduga. Ceh, buruk siku. Dan alhamdulillah, mungkin kerana dugaan aku membuat persiapan sendiri, maka Allah bantu aku dengan permudahkan urusan borang nikah ni. Sangat mudah, sampaikan aku banyak kali suruh abah call Ustaz Zaki, selaku jurunikah kami untuk reconfirmkan hal borang aku tu.

Actually borang nikah aku sangat senang urusan dia. Yang leceh sikit, borang suami sebab ada dua borang beliau kena settled which is dari KAGAT dan MAIM. Nak tunggu borang KAGAT approved segala, beliau kena tunggu sign CO, then barulah boleh proceed dengan borang MAIM. And again, alhamdulillah urusan suami juga dipermudahkan. Jadi, aku kongsi serba sedikit tentang pengalaman aku mengenai borang nikah kami :)


|
|
Download borang JAWI (perempuan) dan isi
|
Attach borang lelaki
|
Hantar borang kepada kadi untuk dapatkan pengesahan
|
Hantar borang ke JAWI


1. Borang JAWI (perempuan)
  • Kebenaran berkahwin 2 salinan (Bapa, Perempuan dan Lelaki)
  • Lafaz izin dan wakalah (Bapa dan Saksi)
  • Pengesahan tandatangan Wali (Bapa)
  • Pengesahan tempat tinggal (Perempuan) Kalau alamat dalam I/C lain pun tak apa, yang penting tempat tinggal kau sekarang.
  • Ujian Saringan HIV (Perempuan)
Dokumen lain-lain
  • Sijil asal dan salinan kursus kahwin
  • Photostat I/C perempuan dan bapa
  • Sijil nikah ibu bapa perempuan
  • HIV result

2. Borang KAGAT ( lelaki)



3. Borang MAIM (lelaki)
  • Kebenaran berkahwin
  • Ujian Saringan HIV
 Dokumen lain-lain
  • Sijil asal dan salinan kursus kahwin
  • Photostat I/C lelaki
  • Surat akuan bujang
  • HIV result
  • Borang KAGAT yang dah approved

5. Hantar borang lelaki dan perempuan ke JAWI.
 
 Part ni yang aku rasa Ya Allah, blessed gila urusan kami. Lepas abah serah kat Ustaz Zaki untuk dapatkan tandatangan beliau, terus macam tak ada apa-apa. Aku yang tengah bridezilla ni kemain risau. Bukan kah urusan submit borang ni adalah di bawah kelolaan bakal pengantin atau wali? Lepas saja abah call Ustaz depan aku, dengan lancar ustaz jawab, 'Settle'. Aku punyalah bersyukur, tak perlu nak bersusah pergi ke sana ke mari. Betul kata orang, niat kalau baik, Allah permudahkan :')


Right after kau nikah, jurunikah akan brief pasal sijil nikah dan kad nikah. Sijil nikah original salah seorang boleh ambil lepas 7 hari nikah hari bekerja. Nak buat kad nikah, dua dua kena datang untuk ambil gambar.



Surat yang mengesahkan aku bini Adli. Sampai Adli terfikir, 'Jom kita sewa hotel budget, kena tangkap basah best juga. Dah sampai balai baru tunjuk surat ni. Boleh saman orang pejabat agama.'

Eh. Laki aku ke ni? -_-"








24 comments:

  1. hehe..selalu lepak hotel bajet sekarang tp xde pulak org dtg ketuk pintu :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tahu kot dalam bilik tu pengantin baru hehe. Best juga kalau kena serbu kan?

      Delete
  2. yeah...ni yg dicari2...tq ziema bg prosedur....hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hoho.. rasanya macam tak lengkap je cik mah. Just nak share, takut ada yang terkurang. Anyway welcome :)

      Delete
    2. cik mah , kl ke sel eh.? klu sel dh kene isi online borang nikah..

      Delete
    3. cik bin...cik mah nikah kat k.l...i.c pun k.l...heheheduduk je selangor..hahha

      Delete
  3. Laaa yeke. Sabar jelah tok kadi ni. Nasib baik tak kena tangkap khalwat ke kan. Naya :p

    ReplyDelete
  4. same je mcm incikSuami..elok je pas nikah terus bg cadangan cmtu...hehehe

    ReplyDelete
  5. owh,ingt kn trus dpt...jd bhaya gak la ek
    tp johor sy xtau mcm mane...hehehe
    kena tnya ni
    kang naya je g honeymoon xde surat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula tak tahu la kan Johor macam mana. Setiap negeri berlainan kot prosedurnya :)

      Delete
    2. kat johor ada interview kt pejabat agama. sometimes it can be so simple, and sometimes it can be tough too. ;)

      Delete
    3. yup dear
      bru setel 31.12 ritu
      kelakar gak
      time sy simple je dia tnya
      mgucap,niat mandi wajib,rukun nikah,al-fatihah
      after tu wat pbyrn
      almost rm17+rm10 xslap tu hari
      hehe
      1jam bru borang siap
      time dat day ada kena pyh2 gak soalan...cian dorg

      Delete
  6. Thanks for the info,berguna giler untuk saya yg blur tak tawu nk mula dr mane. Btw, KAGAT tu ap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome Laila. Owh. KAGAT tu short form untuk Kor Agama Angkatan Tentera. Borang ni untuk askar sahaja :)

      Delete
  7. this really helpful.. thanks kak jemah!=p

    ReplyDelete
  8. kes cik bin sama dgn diyana jg..
    xde langsung bg salinan sementra surat nikah..
    spi arini pn x g amik2 lg..hahaha.. gamble x?..

    mybe nk g esok. if x sempat kne la g mgu dpn.
    maklumlaaa, cik bin kat putrajaya, surat tu kat gombak, nk kne g amik time ari keje jek..huhu...


    ReplyDelete
  9. Perghhh... Askar nk kawen pon kena interview kan. Cik ceril bsk tah mcm mne la ni.. Tunang pon ckp bukan senang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup leceh sikit sebab dorang pun kena interview dengan ustaz kat KAGAT nun huhu. Sabar ye hehe :)

      Delete
  10. salam kite nk tumpang tny leh x? utk borang
    i. Lafaz izin dan wakalah (Bapa dan Saksi)
    ii. Pengesahan tandatangan Wali (Bapa)

    kan ade butiran saksi. so mase pendaftar nikah 2 nk sign kn bwk saksi sekali ker?

    ReplyDelete
  11. Salam kite nk tumpang tny utk borang Lafaz izin dan wakalah (Bapa dan Saksi) mase jumpe pendaftr 2 kn ade ker sekali saksi yang sign borg tersebut?


    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam syg :)
      Boleh je tanya. Yup should be saksi kena tandatangan depan kadi/pendaftar :)

      Delete
  12. THANK YOU for the direction ;)

    now dah tahu mcm mane . hehehe. thanks sys ;)

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.