Aku pernah. Kawan aku masa zaman belajar diploma kat Lendu dulu.
Semalamnya punyalah bergembira dalam kelas, esoknya tahu tahu meninggal sebab accident. Aku tahu tu pun sebab abang aku, yang kebetulan nak jumpa aku lalu tempat kejadian. Galak bercerita bagai, siap lagi aku cakap, 'Biasalah tu budak budak kampung bawa motor laju sangat.'
Sekali bila kawan-kawan aku cakap, terus terdiam aku.
Aku ni macam ada tabiat sikit. Kalau ada orang meninggal, aku suka tengok gambar dia balik. Tengok lama lama. Lepas tu, kalau dia ada FB ke, apa ke aku suka baca. Lepas tu kang, mula lah aku terfikir macam mana dia kat alam sana. Aku terfikir pula, apa perasaan orang yang sayang dia ek? Eh memang la sedih, tapi maksud aku macam mana dia harungi benda tiba-tiba ni. Lepas tu kan, aku mulalah terbayang macam mana kalau aku kena? Cukup ke amalan aku? Kuat ke aku kalau aku yang diuji macam tu?
Benda ni akan berlarutan dalam seminggu macam tu. Yang masa kawan aku meninggal tu, lama juga lah. Aku sampai nak mandi, boleh terbayang macam mana kalau aku tergelincir, tiba tiba jatuh lepas tu meninggal. Terus behave okay cara-cara nak mandi. Bodoh je rasa. Nak tidur pun, terbayang macam mana kalau esok aku tak bangun langsung? Eh tapi si Lea kawan aku tu lagi bagus. Dia boleh tahan mata sebab terbayang hantu kawan aku tu datang. Boleh?
Sama cerita dengan senior suami aku, yang baru sahaja komen gambar kami laki bini di Facebook tempoh hari. Dua hari lepas tu, meninggal kemalangan jalan raya. Yang aku sangat kesian, isteri beliau ni dalam pantang lagi, anak sulung. Baru sebulan rasanya, entah aku tak pasti -_-"
Aku jadi bungkam kejap. Macam mana kalau tu aku?
Aku kalau macam sentap sentap dengan suami ke, terasa hati ke, rasa dipinggirkan ke haha mengada siap nak rasa terpinggir pula hewhew. Inilah ubatnya. Walaupun tak berapa nak ubatlah
Aku selalu dengar orang cakap, jadi isteri askar ni kena kuat. Mungkinlah rasanya, bila kau, even dah jadi isteri dia, masih bukan priority. Dan aku bukan cakap ni atas dasar aku ni anak polis ke, isteri askar ke, bukan.
Tapi, pada aku, jadilah isteri siapa siapa. Askar ke, manager office ke, buruh binaan ke, hatta penganggur sekalipun, perempuan bila-bila masa kena kuat. Kuat untuk hadapi benda yang tak pernah kita fikir, malahan terlintas sedikit pun.
Oh ya, pray hard for Lahad Datu, even Sabah. Even Malaysia pun. Tolong ye.
Aku cuma minta manusia buka mata luas luas, betapa kadang kala orang yang kita gelar anjing itulah yang sanggup buat apa saja demi negara. Anjing yang patuh sahaja kepada tuan dia. Anjing yang sanggup mati atas nama tuan dia. Itulah dia anjing yang anda selalu hinakan.
Aku tak sedih langsung pun dengan politik Malaysia ni, baik pembangkang, mahupun kerajaan.
Tapi aku lagi sedih tengok anak bini menangis meratap di sisi keranda suami dan abah mereka.
Aku bayangkan kalau itu aku. Yang dalam keranda tu abah aku. Suami aku. Abang aku. Adik lelaki aku.
Kau ada terbayang tak? :'(
serius,aku xboleh tgk berita tentang kematian pejuang2 negara tu,aku pun akan nangis skali...asri ckp briged dia da kna standby coz anything can happen skrg,tu yg buat aku makin cuak...pray 4 them especially our police n army,hopefully xkan ada pertumpahan darah lg lpas ni..
ReplyDeleteala ziema..sedih la. cukup la beberapa hari ni asyik berita psl anggota2 kita di Sabah terkorban..dan skrg xtau apa citer..makin reda atau x. nape bg soalan mcm ni. smlm saila emosi sgt bila baca hal2 Lahad Datu, bergenang2 air mata. pastu byg kan kalau suami saila di sana..ntah pulang ntah tidak..xleh nk byg kalau suami saila syahid..mmg dh pasti syahid,tp saila mcm xkuat nak teruskan hidup tanpa dia.. :(
ReplyDeletebenci lah ziema ni :(
eh,plus..jgn benarkan mereka2 panggil wira2 penyelamat/penjaga keamanan kita anjing yer..anjing tetap comel,tp xleh samakan dekat wira2 kita (PDRM + Army).
ReplyDeletehuhuhuhu..org yg kt sbah ni senak perut pikir hal en.maritim yg kena stndby.walaupun stnby dkt base sepanggar je ttp kecut jgk ati bila pikir hal die.sekarang ni setiap kali lepas solat, doakan die selamat air mata mesti mengalir laju.ni kalou keadaan kt sabah xokey lagi die nak anta org n baby balik smnjung.berat je rasa ati nk tgl die kt sni.tp nak buat mcm mna.kita risaukan die, tp die seribu kali isau hal kita n anak tgl kt umah.skarg ni anything can happens.so, redha je la kna balik smjung...
ReplyDelete