Followers

March 13, 2013

Nak Eksplain Sahaja

Ok lah aku nak point benda ni mewakili pasangan baru kahwin. Yang dah lama kahwin pun ok juga nak baca. Yang akan kahwin digalakkan baca. Yang belum kahwin diam kau toksah bising bising.

Ni kira macam sesi meluah rasa lah kan, tak ada apa pun. Lebih kepada nak eksplain kaedahnya.
Nak mula dari mana eh?
Ok la aku mulakan dengan bismillahirrahmanirrahim.

Aku rasa, ramai kot yang tahu macam mana hidup lepas kahwin aku dengan suami. Jarak jauh lagi, lantaran suami aku tengah berkursus nun jauh di Johor Bahru. Tak adalah jauh mana pun, kalau memandu tu adalah dalam empat jam. Oh ya, suami aku tu kursusnya empat bulan sahaja. Tak lama pun, kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang berjauhan setahun. Empat tahun.

Oh ya, lupa nak khabarkan. Oleh kerana suami aku berkursus, maka janganlah kau anggap suami aku tu menghadiri kursus motivasi ke, kursus bina jati diri ke, takpun kursus memasak. Suami aku ni baliknya dua minggu sekali, ataupun tiga minggu sekali, bergantung kepada kesuka hatian orang yang bagi cuti itu.

Ala rileks la kak Jimah, walaupun jauh di mata dekat di handphone.
No no no.

Nak tengok bila laki aku mesej?
Selalu tengah malam, yang aku dah tidur tak sedar diri. Takpun awal pagi, yang aku belum sedar lagi. Eh, kami bukan berbalas mesej ye kawan kawan. Dia bagi mesej, aku balas dan... habis. Gitu je, tak ada apa pun. Mesej pun rahmat kalau dapat hari hari. Kalau tak, tunggu lah dua hari ke, barulah keluar mesej laki aku. Call? Oh, jauh sekali ye kalau dah namanya mesej pun jarang.

Ok habis kat sini.
Sekarang aku nak eksplain pasal soalan mengandung mengandung ni.
Aku tak marah, jujur. Tapi yang aku sebal ni bila orang macam, 'Come on lah Ziema dah tiga bulan takkan tak ada apa apa. Kena usaha kuat ni HAHAHA'. Itu okay lagi, aku anggap itu gurauan kasar sahaja. Lepas tu, dia pula yang mengomen, 'Tulah kau pilih lagi askar, kan dah kena duduk jauh jauh. Kesian kau'.

Eh, aku sikit pun tak rasa kesian kat diri aku. Aku bangga lagi adalah.
Aku bangga sebab aku BERDIKARI. Buat semua benda sendiri, tak adalah nak harap laki aku je semua kan. Bangga tau, bangga gila hewhew gila sarkastik aku.

Yang pasal perut berisi ni, entahlah. Takkan everytime orang tanya, aku nak jawab,
'Masa laki aku balik aku datang bulan'.
'Alamak, aku missed waktu suburlah masa romen romen'
'Nak buat macam mana, romen sebulan pun dua kali'

Takkan aku nak tunjuk ovulation cycle aku bila, period aku bila, laki aku balik ke tak minggu ni. Aku OKAY je sebenarnya tak adalah tertekan sangat. Baru tiga bulan kahwin, ina masih di kuku. Nak banding dengan orang yang dah kahwin tiga tahun, yang tidur sekatil tiap tiap malam, aku OKAY je. Apalah sangat kan. -_-"

Tapi gitulah. Aku bosan pasal soalan rezeki anak ni. Penat nak mendengar, apatah lagi menjawab. Sebab yang tanya tu, ramai yang dah kahwin. Takpelah, mungkin dia tak pernah jauh dengan suami dia, ataupun dia ni kategori subur kot. Fikir positif jelah. Aku salute dengan kawan aku ni, who is military's wife juga. Kau ingat senang eh nak dapat anak? Nak buat memang la senang hewhew.

Doakan jelah yang baik baik untuk kami. Tak nak doa, ucaplah yang baik, itu pun dah kira doa kan?



Suami.
Selalu akan jadi suami, malah lebih mungkin :')


PS. Tahniah untuk semua rakan blogger yang baru sahaja pregnant. Alhamdulillah.

PSS. Nak bagitahu aku geram tengok barang baby comel sangat haha. Aci tak kalau nak beli saja saja?

PSSS. Lagi satu aku geram juga tengok set pinggan mangkuk tupperware segala ni. Aci la kan, sindrom bini bini ni ;)

PSSSS. Gambar dah tak banyak. Nak tengok sila follow instagram aku :) Eee perasannya ayat.







14 comments:

  1. same la masalah kita jimah...


    engat senang ke nak buat anak..
    penat tahu tak!!..

    ReplyDelete
  2. fuh, bernas nak mati entry jimah..siap explain romen2 lagi,hambek kau..

    sama la saila pun, kita x stress org keliling lak nak stress..tp jwpan saila 'rileks dulu' mujarab giler..xde dh soalan seterusnya atau tips2 mendpt anak blablabla..siap xde sape nk tny2 dh..

    annoying..

    ReplyDelete
  3. ermmm sy hari nie genap 3 tahun, tapi sekatil hari2 baru dua tahun, lagi 1 tahun pjj....tapi tetap belum ada rezeki anak...kadang2 rimas jugak org dok tanya mcm lah ank tu boleh petik dekat pokok geram sangat kedang2 tu....tapi sabarrrr nk jugak menjawab tapi tak terluah last2 diam......

    ReplyDelete
  4. Tak paham dengan manusia mcm ni kan.
    Org pregnant cepat pun jadi isu "expressnya"
    Dah, kau nak apa lagi? Lambat salah, cepat salah. Lum kena btg hidung sendiri sebab tu sedap je cakap.

    Eh, I pulak emo. Huu

    ReplyDelete
  5. pelik kan dgn manusia sekeliling ni?

    kdg2 kita ni fikir 3 4 ratus lapun puluh juta kali sebelum nk tnya kwn2 dah pregnant ke blm.
    sebab soalan tu sensitip kot.
    ingt senang ke dpt anak kalau Allah belum nak bg rezeki lg.

    walaupun kita belum kahwin lg tp takut sgt2 after kawen nnt ada org yg dh sibuk nak kira kita ni subur ke tak.

    i is emo! grrrrr.

    ReplyDelete
  6. yessss..kita mengalami perkara yang sama..
    kadang2 sampai geram bila org tanya "bila lagi?"
    haiishh..mana lah kita tau bilanya rezeki tu akan dpt sbb bukan kte yg tentukan..haiishh..sabar jela kan dgn mereka2 ni..

    ReplyDelete
  7. haih...untung ap jd army wives..im proud...

    belum ad rzki lg...ad la hikmahnye tu

    ReplyDelete
  8. ko beli barang baby patu bagi aku. aci kan? ^_^

    ReplyDelete
  9. persetankan semuanya! hikhik..
    dorang tak berada di tempat kite apa dorang tahu. busy body sangat. cakap dekat mereka, 'korang Tuhan ke yang tentukan bila masa aku akan jadi ibu?'
    emo plak kite~

    ReplyDelete
  10. lama2 ko akan biasa jims dgn keadaan mcm ni,it's all take times...tapi aku memang xboleh blah kalau org salahkan aku kawen dgn askar yg sebabkan hidup aku mcm ni..hah,yg tu memang aku rasa nak lempang laju2 je org tu,nsb baik org tua,so telan je air liur yg pahit tu byk kali...huhu

    ReplyDelete
  11. samalah kita zima. Kadang2 orang pandai cakap je tak merasa apa yang kita rasa. Rezki Allah tade sape tahu kan. Eh rasa nak copy entry ni je.. hahaha

    ReplyDelete
  12. biarkan je ziema.. penat nanti dorg stopla.. orang yang bertanya ataupun yang suka nak amik tahu ni sebenarnya satu je.. dorang kurang percaya yang rezeki kita sebenarnya di tangan ALLAH.. cepat ke lambat ke takde sape yang boleh tentukan atau ramalkan.. kalau dah dia cakap kun fa yakun, yang mandul pun boleh mengandung..yang elok2 mengandung pun boleh gugur.. so be hepi, enjoy the life.. :)

    ReplyDelete
  13. tak pe..sabor banyak banyak..aku pun nak masuk dua tahun dah..bercinta puas puas dulu..kita kita yang kawin tak sempat kenal abis suami sebelum kawin je yang paham..

    *bila dah pegnen, jangan lupa inform kat orang yang paling banyak tanya tu..baru dia puas hati kot..* hehehe..

    ReplyDelete
  14. tak pe..sabor banyak banyak..aku pun nak masuk dua tahun dah..bercinta puas puas dulu..kita kita yang kawin tak sempat kenal abis suami sebelum kawin je yang paham..

    *bila dah pegnen, jangan lupa inform kat orang yang paling banyak tanya tu..baru dia puas hati kot..* hehehe..

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.