Followers

April 26, 2011

Tanya Penganggur

:)

Owh yes. aku lah tu si penganggur yang duduk di rumah sahaja menternak lelemak sekalian.
Kerja aku bangun tidur, breakfast, masak tengahari, tidur, minum petang, makan malam, tengok TV dan berangan nak kahwin.

Tak lupa juga mengadap lappy sambil sambil mencari kerja ececeh padahal facebooking je lebih.
Haih susah betul cari kerja tanpa ada kabel mahupun orang dalam. *sigh

Lepas tu berangan.....................

Kalau lah bapak aku CEO sebuah company gempak takpun pakcik aku possess higher position kat mana mana company yang mengamalkan nepotisme maka tak perlu lah aku gigih nak cari kerja juga interview.

Kalaulah aku ambil jurusan medic confirm sekarang aku dah jadi doktor muda atau ambil pendidikan sekarang tentu menjadi seorang guru yang garang gigih mendidik anak bangsa takpun belajar kat UPNM mesti aku dah jadi young army officer sekarang yang tak perlu nak melalui segala proses cari kerja.

Tapi hakikatnya.... hummmm

Dengan orang sekeliling yang asyik menanya

'Eh dah dapat kerja ke?'
'Kalau boleh kerja la dekat dengan rumah je'
'Macam mana sekarang? nak kerja apa?'

Tersenyum sambil maki dalam hati

'Saya nak kerja sapu sampah depan rumah makcik. boleh??'

Konvo pun belum lagi tapi tekanan macam aku ni dah menganggur lama sangat

Serius tertekan

Rasa macam nak gantung kat leher je..


PERHATIAN!
Saya memang tengah cari kerja dengan gigih. sila jangan nak tanya lebih lebih nak kena terajang ke?? kalau nak sangat saya kerja sila tolong saya cari kerja dari tak ada kerja nak menanya saya doploh pat jam bila nak kerja. pergi buat kerja masing masing!! sibuk je nak tahu orang dah kerja ke belum..huh



Rindu zaman belajar


belajar sambil berangan jadi director.. pfffttttt


Tapi tu pun orang masih nak tanya lagi

'Bila habis belajar?'

Sabar.

'Bila nak kerja?'

Sabarrrrr.

'Bila nak kahwin?'

Sabarrrrrr lagi.

'Bila nak mati?'

Tu kalau kau tanya tu memang lah. memang kau yang nak mati.


P.S. Percaya rezeki tu ada di mana mana. cepat atau lambat je (^_^)


love, ZIEMA


5 comments:

  1. hahaha, risau lak aku kot2 aku pon kena tanye macam tuh. damn!

    ReplyDelete
  2. tu la pasal.
    menci menci menci!!!

    ReplyDelete
  3. mmg ssh nk carik keje skrg nie..

    ReplyDelete
  4. UiTM ade bukak jawatan kosong.. p isi borang cepat..

    ReplyDelete
  5. hu3...sama la kita cik zimah.
    sya pun tgh menggur ni...
    tension gilak bila ramai tnya dh kerja ke belum...
    rasa nak je taruk sign board kata kita belum keje...
    hu3...

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.