Followers

May 31, 2011

Makan makan bersama jejariruncing and kawan kawan

:)

Kelas tak tajuk aku? ada macam feeling feeling artis tak bila dapat makan dengan orang famous amous?

Cakap besar kan aku ni macam lah makan kat hotel padahal tepi jalan lantaklah ada aku kisah?

Sabtu kelmarin aku berada di KL menjadi sorang pengapit kepada kawan aku dengan harapan aku terkena tempias dan badi pengantin lalu encik kapten tidak teragak agak mahu meminang aku mengikut adat Melayu turun temurun contohnya seperti merisik meminang bertunang diikuti dengan nikah dan sanding apa yang kau merepek ni bongok! haih..

So lepas je majlis lepak kejap rumah Kasmi sambil tengok anak buah baru lahir alahai comelnya rasa nak cium cium (tipikal anak dara yang konon pantang tengok bayi). kemudian aku harus bergegas pulang ke Muar menghadiri kenduri cousin maka Kasmi memutuskan untuk turut serta hantar aku ke TBS alah terminal bas yang baru tu kalau kau nak pergi arah selatan kau dah tak boleh dah nak beli tiket kat Puduraya menyusahkan betul lah!

Owh lupa. kenduri kahwin kawan aku tu kat Pulapol so lepas tu je pergi Mindef singgah rumah Erin kejap sebab beliau nak tukar baju. then dari Mindef aku, Erin, Kasmi, Ifa and Ya gerak pergi Kg Baru sebab tunggu Ikin kat sana then sama sama gerak ke Tasik Selatan.

Time sampai TBS tu around pukul 6 lebih so aku decide beli tiket pukul 8.30pm. oleh sebab lama lagi nak tunggu kitorang semua pergi lah ke pekan Sungai Besi lepak makan kat kedai kawan Erin.

Haa senah. yang kat atas tu intro je tau.. hehe

Ok start dengan isi penting.





Ya, aku and Ikin



from left : Ifa, Kasmi, Ya, aku, Ikin
owh mereka pun ada blog tau :)
ala Erin tak ada sebab beliau yang snap picture T_T

sorry for the poor quality of pictures..

Sedap weh makan kat sini siapa siapa nak pergi senang je kau cari stesen LRT STAR SUNGAI BESI lepas tu kedai dia betul betul bawah jejantas sambil sambil tu kau boleh lah tengok kereta lalu lalang takpun boleh cuci mata tengok kadet kadet UPNM yang gagah dan kacak bergaya yang bergegas mahu pulang ke kem Sg Besi itu.

Owh yes! lepas je Ya post entry pasal kitorang ni terus mencanak naik followers aku lepas ni nak makan dengan siapa ek mungkin dengan Fatin Liyana ataupun my fav blogger NurulBadiah Lai..

Dasarrrrrr kau ni ziema! tak sedar diri! 

P.S. thanks banyak banyak kepada new followers.. :)


Thanks sebab baca (^_^)

love, ZIEMA




6 comments:

  1. wahh...terharu...tapi nape my bloglink x masuk bloglist kak ziema..waaa... sedeh2..

    ReplyDelete
  2. ala yeke? waaaa double sedeh :'(

    ReplyDelete
  3. ngan followers blog picisan xnak ke? :p

    ReplyDelete
  4. kalau sya print out awk pnya entry ni, rsanya sampai x kat kdai mkn tu?/hehe

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.