Followers

June 30, 2011

Apa Perlu Dilakukan Kalau si Bekas Datang?

:)

Dua minggu lepas ada la rakan di facebook mencadangkan agar aku buat entry pasal bekas ni. eh bukan bekas mangkuk tingkat ke bekas tupperware yang mak mak suka beli yang selalu ada parti tupperware tu hoi hoi bukan lah!

Pstt.. ni pasal bekas kekasih kau.

Mengikut kajian kebarangkalian untuk bekas mencari kau semula adalah sebanyak 80% lagi lagi apabila bekas tu yang tinggalkan kau seperti kata pepatah sudah ludah mahu menjilat semula.

Pada aku macam ni la. aku letak dua situasi.

Situasi pertama bila kau dan bekas memang sama sama ambil kata putus untuk berpisah. kira macam berpisah cara baik. rasa macam dah tak boleh go on asyik la nak gaduh ke apa ke. so pada aku nak berkawan tu mungkin lah boleh mana tahu kau dan dia akan lagi rapat bila jadi kawan siap boleh keluar dengan boyfriend kau lagi tengok siaran langsung bola sepak.

Yes itu aku rasa boleh. setakat bekas boyfriend apa lah sangat orang bercerai pun boleh berkawan baik tak gitu?

Situasi kedua kalau kau dan bekas berpisah dengan cara jahat.

Take note : cara jahat tu macam curang ke, tipu kau ke, pergi cari janda anak dua ke, tak pun tinggalkan kau macam tu tanpa sebab.

Ok please please please.

Tak payah kau nak jadi bodoh macam lah tak ada akal nak berbaik dengan orang macam ni. yang konon nak bagi peluang kedua ketiga bagai. its enough for you to forgive. cukup sekadar maafkan orang tu dan sila buang dia jauh jauh.

Aku cakap ni bersebab.

Logik akal tak kalau bekas cari kau balik dengan alasan dia insaf dan mahu berbaik baik?

Demm sila percaya yang dia sebenarnya dah tak laku mungkin insaf sikit la bila baru sedar kau ni baik.

Apa kau patut buat?

Ignore ignore ignore! kau layak untuk benda yang lagi baik okay! berlambak lagi benda yang indah indah kat luar sana berbanding seorang makhluk tak indah tu.

Like kau dah sayang dia bertahun tahun tapi dia boleh buat jahat pada kau dalam masa 5 minit. does it worth for you to forgive and forget for only 5 minutes? aku cakap ni bukan lah nak ajar kau berdendam ke apa ke. tapi elok kalau kau pandang ke depan tanpa perlu toleh kisah kisah lampau yang pernah satu masa hancurkan impian kau malahan mungkin keluarga kau.

And to be frank..

Aku pernah lalui segala benda ni. kena tinggal lepas tu bagi peluang yang entah berapa kali dan akhirnya aku dicari semula.

God its damn tired!

Dulu aku selalu fikir kalau buat baik maka orang akan buat baik. sebab tu aku jadi baik sangat sampaikan orang boleh pijak kepala aku. tapi aku ni tak lah jahat betullah tak jahat! cuma sekarang aku lebih berhati hati. manusia boleh jadi sebaik baik malahan sekejam kejamnya.

Guys! hidup kita ni sangat singkat. pergi cari kebahagiaan yang banyak yang sebenarnya mumgkin depan mata kau je.

Dan makanya aku teringat satu hadith yang aku pernah post kat status aku satu masa dulu haip jangan nak cakap aku alim alim solehah eh lempang kang!

Ehem ehem


“Tidaklah aku tinggalkan setelahku fitnah (ujian/godaan) yang lebih dahsyat bagi para lelaki selain fitnah wanita.” 
(sabda Rasulullah s.a.w)


Semoga kaum lelaki dalam hidup aku dipelihara iman mereka. Amin


thanks sebab baca :)

love, ZIEMA


June 29, 2011

Kudapan dan Jajan Di Tahun 90-an

:)

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat kudapan bermaksud makanan ringan seperti keropok yang dimakan di luar waktu makan. begitu juga jajan yang tidak asing bagi masyarakat Johor yang juga bermaksud makanan ringan. ini yang perlu kita tahu sementelah manusia zaman sekarang suka speaking speaking macam omputih tu hebat sangat lalu mengendahkan bahasa ibunda kita. ni kalau cikgu BM aku baca ni tentu beliau menitiskan air mata lantaran terharu dengan anak didik beliau ini.

Sekarang kan macam kecoh kecoh tentang isu budak obesiti dan segala makanan tak sihat yang dijual di kantin hek eleh kalau kat rumah tu kau makan nasi tambah 4 kali pun tak ada kesan langsung tahu tak?

Bila aku teringat balik zaman sekolah kebangsaan dulu macam tak ada pula isu ni.

Ke sekarang mereka menjual makanan seperti spageti, stik, dan nasi beriani gam? ada siapa siapa tahu?

And bila teringat ni (haih asyik nak teringat je kau ni lah).

Ada tak makcik makcik depan sekolah kau jual jual jajan ni?


Limau Kasturi Asam Boi


Lebih kurang macam ni la rupanya. cara kau nak makan kau ambil asam boi itu lalu menyumbat dengan sekuat hatinya ke dalam limau tu lalu menjilat ia sesuka hati kau. kau nak jilat pakai hujung lidah ke tengah lidah kau ke suka hati kau lah, asalkan kau jilat.. errr pesal banyak sangat perkataan jilat ni? does it sound dirty?


Sengkuang




Ingat tak ada makcik jual sengkuang slice lepas tu sapu dengan red paste tu apa tah nama dia aku tak tahu lepas tu ditaburi dengan kekacang. rasa dia heaven! demm terliur aku lah.


Sate Ikan



Ada tak depan pagar sekolah kau pakcik motor tengah kipas kipas something kat belakang motor dia? wah yang ni pun fevret aku. dulu tak silap sebatang 10sen. ni kalau balik sekolah yang perut kau lapar gila babeng confirm layan belum sempat lintas jalan dah habis.. tapi kan dia pakai lidi penyapu tu kan? bila fikir balik macam euwwww...


Nini dan Nyam nyam


      

Nini cokolat celup celup celup! haha. Nini ni femes juga zaman zaman dulu. sekarang ada lagi kot. tapi Nyam nyam ini aku rasa macam dah pupus. ke ada lagi? owh nyam nyam ni macam cereal rice yang kau gaul dengan coklat tu lepas tu makan dengan sudu kecik tu. sedap woooo haha


Roti Krim


Ada siapa siapa ingat lagi tak roti ni? dulu masa aku beli dalam 30 sen ke 40 sen. selalu beli kat babu yang pagi petang hon hon tu. sekarang ni dah ada roti gardenia perasa jagung coklat blueberry semua tu. budak budak dah tak pandang dah haih..


Wahhh rindunya zaman sekolah rendah! nak main kejar kejar sambil angkat kain masa tu tak malu lagi dengan lelaki. sekarang ni saya sorang yang pemalu. sungguh pemalu.. owh malunya :')


P.S. Missing my encik kapten. when will we meet again? :(  *sigh


thanks sebab baca :)

love, ZIEMA



June 28, 2011

Ahmad

:)

Err sebelum tu aku nak minta mahap kat siapa siapa yang suke gilewww kat lagu nieww. wah rempit gileww bahasew sayewww. awww

Pernah tak dengar lagu Ahmad?

Tak pernah? bagus kalau kau tak pernah dengar. aku dengar lagu ni pun masa on the way nak balik kampung kau faham fahamlah bila atas highway tu kejap kejap dengar amoi nyanyi lepas tu tiba tiba dengar orang baca Quran (buat buat tak nak tukar chanel lain). masa ni aku rasa dengar chanel suria ke era ke hot ke tak ingat sebab dah putus asa cari chanel sinarfm. iye aku dengar sinarfm kenapa kau macam baca tu nak terbeliak beliak biji mata?

Ok kejap nak gugel lirik lagu ni


Hai Ahmad....
Ahmad..Ahmad...

Pertama kali si aku malu-malu,
Saat ku dekat ku ragu-ragu
Mungkinkah dia suka padaku
Ah Ah Ahmad...

Ternyata tanpa ku duga-duga,
Aku terima salam darinya
Bergetar saatku membalasnya,
Ah Ah Ahmad...

Dialah idola,
Dialah superstar,
Mampu menggetarkan ranah jiwa

Dia yg ku nanti,
Selalu terpuji,
Ingin ku dekat, selalu ku dekat..

Ahmad...
Kau selalu dihatiku
Ahmad...
Luluhkan keangkuhanku,
Ahmad...
Ingin aku cepat-cepat,
Bercinta dengan lelaki paling hebat..

Ahmad...
Peribadinya sederhana,
Ahmad...
Tiada banyak bicara,
Ahmad...
Ku tak mahu lama-lama,
Mendekat kepadaku dengan segera..


Mula mula aku dengar lagu ni aku ingat yang nyanyi tu group wanita Indon macam kumpulan Ratu ataupun kumpulan Gula gula (yakks) yang sweeeeeet sangat tu (yakks lagi) tapi err salah tekaan saya.

Hai Ahmad
Mula mula intro je dah terus hai Ahmad. ni kalau Ahmad Dhani dengar takpun Ahmad Nawab ke mesti senyum senyum gatal tanda girang dipanggil begitu.

Ah Ah Ahmad
Hoi part ni aku paling sajak! nak geli geli pun ada. nama abah aku Othman. cuba nyanyi macam ni.. Oth Oth Othman.. oh Tuhan aku bersyukur nama abah aku tak terpilih. kalau tak mesti beliau pasang lagu ni doploh pat jam kat ofis. mesti punya lah

Lepas tu aku rasa mesti lagu ni sudah mula dimainkan di kelab kelab dangdut yang sering dikunjungi oleh mereka yang berperut gendut mahupun berkepala botak. tak percaya? owh tolonglah percaya!! euwww

Eh tapi lagu ni best gak layan.. cuma part Ahmad tu macam what the hell is going on??

Errr Ah Ah Ahmad.................



thanks sebab baca :)

love, ZIEMA



June 26, 2011

Orang Tua di Hujung Usia #Part 2

:)

Ingat tak entry hari tu yang pasal orang tua? ok nak sambung balik

Jumaat lepas aku tengok Imam Muda lalu sayu hati aku. sakit dada aku tahan sebak. nak menangis kang kena hanjing dengan adik adik aku maka tahanlah air mata aku itu melihat betapa hensemnya Imam Muda eh salah betapa caringnya Imam Muda dengan mereka itu.

Like I said before. both my grandfathers were died long time ago yet Im always wishing if they are here right now. yes now!

Nak dengar atuk bercerita zaman kegemilangan beliau tembak tembak komunis di kala muda. nak mandi sungai sama sama. nak tolong atuk petik buah kopi untuk dijual kepada apek. nak hulur kepala bagi atuk hembus asap lepas tu feeling feeling kepala kau terbakar sebab kepala kau ada asap. oh Tuhan.. sedihnya :'(

But everything was gone and the memory remained me how lucky for those who are still have their own grandfather.

Tapi kenapa kau buang macam tu bodoh lah kau ni!

Aku buka balik album masa aku pergi rumah orang tua kat Melaka.


kak lea panggil dia atuk Sudirman tapi sampai sekarang aku tak tahu bahagian mana yang Sudirman tu.
errr tapi atuk ni hensem hehe :)


ni kak lea yang suruh aku buat peace ni. tapi atuk tu kewwwll gilewww la! hidup atuk!


nenek ni lah yang aku cakap hari tu. pssst. shes never been married yet tau.
nenek duk dengan saya la eh. nak nenek!! waaaaaa :'(



'Haish haish jangan nangis lah', kataku sambil memujuk diri sendiri..


"Nobody can do for little children what grandparents do. Grandparents sort of sprinkle stardust over the lives of little children." -Alex Haley-


R.I.P.. Al Fatihah ....
#Abdullah bin Ali Mohammed
#Hj Mahat bin Manap


thanks sebab baca :)

love, ZIEMA



June 24, 2011

Masuk Hospital

:)

Salam semua!

Wahh lama gila rasanya tak hapdet blog aku ni rasanya almost two weeks. many things happened previously and yes masuk hospital! tapi bukan aku lah sorry sikit nak masuk hospital. kadar antibodi aku masih kuat untuk menentang segala penyakit mahupun virus virus. rasanya last aku masuk wad 6 tahun lepas sebab kena denggi cilaka punya nyamuk dah lah masa tu aku baru dua minggu kerja sebagai sorang promoter pasar raya.

Owh berbalik kepada tajuk memang betul masuk hospital tapi bukan aku. ni ha laptop aku ni entah apa ke pasal entah button untuk wireless tak dapat on. sekali masuk hospital kena RM250.. duhhh

So guys apa cerita?

Aku tak ada cerita la. lately sangat busy dengan segala kenduri kendara bilalah kenduri kendara aku ni.
Busy dengan tugas aku sebagai penganggur terhormat yang acap kali ditanya soalan bila nak kerja nak kerja kat mana kerja yang macam mana sesuai dengan bidang anda dan apa apa lah malas aku nak ingat.

Like my cousin said to me,

'Cakap je belum ada rezeki' (sambil senyum)

Nah! kalau sorang dua tanya memang! memang aku masih mampu menjawab sambil senyum. tu kalau tanya aku masa aku tengah masak masak ke memang aku lempar cili kat muka kau. nak? ok tak nak diam diam je.

Ooops emosi pula saya ni.

Maka bagi mengisi masa lapang aku pun menjadi pengapit dengan harapan dapat berkat lalu kahwin dengan segera.
Ala bagus apa jadi pengapit nanti kau dapat pahala walaupun tak dapat duit walaupun pedih telinga kau menahan soklan makcik makcik bila kau nak kahwin sibuk lah tanya orang kau tak tahu betapa sentapnya aku bila kawan kawan dah kahwin! huh


berkata dalam hati
bilakah giliran ku duduk atas pelamin


Tahniah untuk semua rakan rakan handalan taulan sekalian yang sudah sah menjadi isteri kepada seorang suami. sesungguhnya menjadi isteri kepada seorang suami itu indah. cukup indah.. (kenapa ayat aku macam hadith ni)

Tiba tiba dah rasa macam tua bila kawan kawan dah tunang kahwin segala. yang nak dapat anak apatah lagi anak dah masuk dua orang..

Oh Tuhan..
Tuanya aku T_T


Thanks sebab baca :)

love, ZIEMA





June 3, 2011

Orang Tua di Hujung Usia

:)

Aku ni sensitif kalau cakap pasal orang tua. bukan nak tunjuk yang aku ni macam lah bagus konon prihatin dengan warga tua tapi memang aku akan cepat terasa dan berubah air muka bila cakap pasal dorang ni.

Aku cakap ni pun sebab atuk dan nenek aku dah tak ada. memang mak abah aku yatim piatu. serius kalau teringat dorang bergenang genang air mata aku ni macamkan tak boleh nak sedekah al Fatihah asyik menangis je kerjanya haih..

Sensitif aku macam mana?

Aku pernah nampak orang tua bawa motor dalam hujan yang lebat sangat padahal aku dalam kereta sambil tu menangis tak tentu pasal mengenangkan apa jadi kat orang tua tu dek kebasahan.

Masa pergi bandar Melaka konon konon nak tour naik beca tapi bila tengok pakcik tu mengerah kudrat mengayuh beca (aku berat sangat ke?) terus menangis masa tu juga lepas tu taubat dah tak nak naik beca.

Masa on the way nak balik rumah cousin aku kitorang boleh patah balik semata mata nak beli buah yang orang tua jual tepi jalan padahal tak ada la sangat nak makan buah tu tapi kesian.

Masa opah and atuk aku meninggal dari saat mereka hembus nafas terakhir sampailah dikebumikan air mata ni tak henti henti keluar (even tengah baca Yasin) and again tak reti reti nak sedekahkan al Fatihah ke doa ke apa menangis je tahu bodoh betul.

Paling aku tak boleh lupa masa aku join higher committee kolej aku buat lawatan ke rumah orang orang tua (ke orang tua tua) masa Ramadhan.

Sebelum pergi sana kitorang semua dah macam, 'nanti mesti aku nangis dengar cerita dorang sedihnya wuuu..'


Terbayang drama Melayu yang selalu tunjuk orang tua termenung jauh mengenangkan anak anak lepas tu menangis bila tiba hari raya.

Lepas solat tarawikh kitorang diberi masa untuk beramah mesra dengan mereka and to tell you the truth..

Aku tak menangis langsung!


They are not as i imagine. memang kau tak ada peluang nak sebak ke terkenang mak abah kau ke apa sebab dorang tak sikit pun nak mengadu kena buang dengan anak or rindu kat anak siap ada yang cakap dia sendiri prefer nak duduk situ. siap boleh gelak gelak buat lawak lagi gembira betul mereka itu.

Even ada yang tak kahwin langsung so tak ada siapa yang jaga sampaikan aku rasa macam nak cakap
'Nenek jadilah nenek saya.. Saya nak sorang nenek wuuuu...'  :'(

So aku tak faham kenapa ada yang pilih nak hantar parents ke rumah orang tua dengan alasan sibuk.. tak larat nak layan.. tak ada masa and so on..

And masa kat sana pun ustaz kat situ cakap most of penghuni kat situ adalah ibu bapa kepada para jutawan hartawan damn lah! T__T

Yes memang aku admit jaga orang tua ni susah

Imagine kau kena suap makan nenek kau yang dah turn like budak 4 tahun yang degil tak nak makan terjerit jerit padahal tak tahu apa dia nak

Imagine kau kena jawab soalan sama setiap 5 minit disebabkan nenek kau nyanyuk melayan dia bercerita benda sama rasa macam nak tegur tapi tak sampai hati

Imagine kau kena tahan bau hancing busuk semua sebab atuk kau dah tak boleh berjalan mampu terbaring je

Tapi kenapa mesti nak hantar ke sana even kau bagi alasan
'Saya jenguk mak saya tiap tiap bulan'
'Saya bagi duit ubat makanan kat ayah saya walaupun saya sibuk'


Dorang tak nak duit kau even masa kau. yang dorang nak kau. tangan kau. mata kau. mulut kau..

And aku rasa orang orang tua yang aku tengok tu semua tipu aku. yang saja senyum sambil puji anak masing masing padahal dalam hati melonjak lonjak nak habiskan sisa usia even mati pun di sisi mereka.

Memang betul orang kata

Mak sorang boleh jaga 10 orang anak tapi 10 orang anak belum tentu boleh jaga mak sorang *sigh

Na'uzubillahi min zalik..



thanks sebab baca (^_^)

love, ZIEMA