Followers

June 30, 2011

Apa Perlu Dilakukan Kalau si Bekas Datang?

:)

Dua minggu lepas ada la rakan di facebook mencadangkan agar aku buat entry pasal bekas ni. eh bukan bekas mangkuk tingkat ke bekas tupperware yang mak mak suka beli yang selalu ada parti tupperware tu hoi hoi bukan lah!

Pstt.. ni pasal bekas kekasih kau.

Mengikut kajian kebarangkalian untuk bekas mencari kau semula adalah sebanyak 80% lagi lagi apabila bekas tu yang tinggalkan kau seperti kata pepatah sudah ludah mahu menjilat semula.

Pada aku macam ni la. aku letak dua situasi.

Situasi pertama bila kau dan bekas memang sama sama ambil kata putus untuk berpisah. kira macam berpisah cara baik. rasa macam dah tak boleh go on asyik la nak gaduh ke apa ke. so pada aku nak berkawan tu mungkin lah boleh mana tahu kau dan dia akan lagi rapat bila jadi kawan siap boleh keluar dengan boyfriend kau lagi tengok siaran langsung bola sepak.

Yes itu aku rasa boleh. setakat bekas boyfriend apa lah sangat orang bercerai pun boleh berkawan baik tak gitu?

Situasi kedua kalau kau dan bekas berpisah dengan cara jahat.

Take note : cara jahat tu macam curang ke, tipu kau ke, pergi cari janda anak dua ke, tak pun tinggalkan kau macam tu tanpa sebab.

Ok please please please.

Tak payah kau nak jadi bodoh macam lah tak ada akal nak berbaik dengan orang macam ni. yang konon nak bagi peluang kedua ketiga bagai. its enough for you to forgive. cukup sekadar maafkan orang tu dan sila buang dia jauh jauh.

Aku cakap ni bersebab.

Logik akal tak kalau bekas cari kau balik dengan alasan dia insaf dan mahu berbaik baik?

Demm sila percaya yang dia sebenarnya dah tak laku mungkin insaf sikit la bila baru sedar kau ni baik.

Apa kau patut buat?

Ignore ignore ignore! kau layak untuk benda yang lagi baik okay! berlambak lagi benda yang indah indah kat luar sana berbanding seorang makhluk tak indah tu.

Like kau dah sayang dia bertahun tahun tapi dia boleh buat jahat pada kau dalam masa 5 minit. does it worth for you to forgive and forget for only 5 minutes? aku cakap ni bukan lah nak ajar kau berdendam ke apa ke. tapi elok kalau kau pandang ke depan tanpa perlu toleh kisah kisah lampau yang pernah satu masa hancurkan impian kau malahan mungkin keluarga kau.

And to be frank..

Aku pernah lalui segala benda ni. kena tinggal lepas tu bagi peluang yang entah berapa kali dan akhirnya aku dicari semula.

God its damn tired!

Dulu aku selalu fikir kalau buat baik maka orang akan buat baik. sebab tu aku jadi baik sangat sampaikan orang boleh pijak kepala aku. tapi aku ni tak lah jahat betullah tak jahat! cuma sekarang aku lebih berhati hati. manusia boleh jadi sebaik baik malahan sekejam kejamnya.

Guys! hidup kita ni sangat singkat. pergi cari kebahagiaan yang banyak yang sebenarnya mumgkin depan mata kau je.

Dan makanya aku teringat satu hadith yang aku pernah post kat status aku satu masa dulu haip jangan nak cakap aku alim alim solehah eh lempang kang!

Ehem ehem


“Tidaklah aku tinggalkan setelahku fitnah (ujian/godaan) yang lebih dahsyat bagi para lelaki selain fitnah wanita.” 
(sabda Rasulullah s.a.w)


Semoga kaum lelaki dalam hidup aku dipelihara iman mereka. Amin


thanks sebab baca :)

love, ZIEMA


3 comments:

  1. betul,betul...kalau dia xmalu nak jilat balik ludah dia,xkan kita nak join semangkuk kan,so ckp kat dia blh blah!;p

    ReplyDelete
  2. dump him..hoho

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.