Followers

July 21, 2011

Nak Bersihkan Nama Aku

OK sebelum tu nak minta maaf kalaulah kan aku ni bermulut celupar ke kurang ajar ke tak beradab ke. Dah lama aku tak meletup macam ni sebab sedang mengajar hati aku tak nak emosi bagai.

Semua sebab facebook. Ok facebook memang lah medium untuk kau nak cerita kat semua orang kan. Kau gembira ke, bengang ke, tak pun nak masuk toilet. Ehem itu bukan aku yang nak cerita segala tindak tanduk seharian ye.

Tapi aku sangat bengang yang amat.
Even kau macam tak tuju kat aku tapi aku terasa sebab aku tak datang.
Iye aku tak datang reunion tu yang kawan kita suggest tarikh tu sebab aku. Ada aku suruh ke dia set tarikh tu sebab aku?

Kat sini aku nak explain dengan lebih detail supaya kau faham ye. Sebab aku adalah sangat sangat sakit hati bila orang jadikan aku alasan even salahkan aku sorang.
Aku ulang ye. Sorang!

Aku mula dengan naik bas dari rumah aku kat JOHOR BAHRU. Bukan Selangor bukan Seremban tapi Johor Bahru. Tempat reunion berlangsung adalah di KUALA LUMPUR.
Aku tak tahu la kan kau pernah ke tak naik bas non stop JB-KL. Ke kau tak pernah naik bas langsung? Meh aku nak cerita kat kau.

JB - KL adalah empat jam ye. Itu pun kalau jalan sangat clear. Kalau tak boleh makan masa sampai lima enam jam. And dari TBS nak ke KL kau kena tempuh LRT yang akan ambil masa setengah jam itupun kalau orang tak ramai lah kan.

And before kejadian reunion tu which was hari Sabtu, Jumaat tu aku ada interview kat SHAH ALAM so bermakna aku direct dari JB - SA yang ambil masa lima jam.
Aku datang naik bas ok. Naik bas..

Memang niat aku nak datang sebab aku dah siap dah decide and bawa baju apa untuk reunion tu. So jangan sesedap mulut sesuka hati kau cakap aku tak nak datang.

Masa hari Sabtu tu aku dah bangun awal dan nak jadi cerita hujan. Konon nak tunggu sampai teduh tapi still hujan sampai pukul 10am. Mungkinlah KL tak hujan sebab tu mulut kau macam gampang. Sebelum tu pula aku kena berkejar ambil gambar konvo aku sebab masa tu dah last date. Dan aku kena rushing sebab tengahari aku kena pergi Melaka pula.  Bermakna kalau aku pergi reunion tu pun aku kena hangkut segala mak nenek beg besar ke sana. Tapi tak kisah lah kan. Kawan kawan punya pasal.

Kalau aku nak pergi ke KL aku kena naik bas dari Seksyen 7 sampai Seksyen 2 then baru boleh naik bas pergi KL. Lepas tu aku mungkin lah kena naik teksi untuk sampai ke tempat reunion tu sebab kat sana tak ada perkhidmatan LRT.

Kau tengok indeed ke tak aku nak pergi?

OK lah mungkin kau tak tahu segala macam kaedah nak pergi sana sebab kau ada kereta. Kalau tak ada pun mungkinlah kekasih hati kau boleh hantarkan. Aku?

Aku ni memang tak ada apa apa. Datang naik bas je. Kerja pun tak ada lagi. Kekasih hati pun bukan depan mata. All the way dari JB ke KL adalah naik bas. Kang mesti cakap. Alahhhh hendak seribu daya tak nak seribu dalih.

Aku berdalih ke?
Owh lupa nak bagitahu kau.
Pasal tarikh tu aku nak make things clear ok.
Tarikh tu bukan aku decide and aku pernah cakap proceed je dengan tarikh lain kalau ramai nak tarikh lain. So sila jangan nak babit babitkan aku dengan segala hal tarikh ni ye cik kak.

Aku sayang kawan kawan aku and aku sanggup datang KL semata mata nak datang reunion macam dulu ni.
Tak pernah lah aku nak ungkit ungkit segala kos dan susah payah tenaga aku nak datang jumpa kawan kawan.

Tapi sebab kau aku terpaksa lah mengungkit ungkit ni.
Tak suka lah bila jadi macam ni kau tahu tak? Rasa macam dah tak best lepas ni kalau tengok muka kau sebab statement gampang kau tu. Kau boleh buat semua orang fikir bukan bukan pasal aku disebabkan statement bodoh kau tu. Serius aku terasa sampai bergenang genang air mata ni.

Tapi tak apalah kan. Benda dah lepas cik kak.
Lepas ni kalau aku macam layan tak layan kau tu tak payah la nak kecil hati ke kan.
Aku memang macam ni tau. Plus aku pun taklah rapat sangat dengan kau kat sekolah dulu.

Sekali dah buat aku bengang sampai bila bila aku akan bengang sebab aku ni bukan perempuan hipokrit.


So aku harap haraplah kau baca dan faham segala butir ayat aku ni.
Kalau nak lagi faham sila lah cuba naik bas dari JB ke KL ni.
Kau sanggup? Mesti tak kan?

Sebab apa?

Sebab kau tu cantik sangat dan ada kelasssssssssssssss
Tak kelasss lah naik bas ni!


thanks sebab baca

love, ZIEMA

4 comments:

  1. sabar ea k.jimah...saya paham perasaan awk kena naek bus dri jb-kl...hihi~

    ReplyDelete
  2. jimah,,,wlupun aku xterlibat langsung ngan reunion ni tp aku paham jerit payah ko nak gerak bersendirian hanya dgn menaiki bas,,,,aku juga senasib ngan ko,,,,so,,just ignore je org yg rase diri die bagus sgt dpt naik kete tu,,,,,hahahaha,,,,,

    ReplyDelete
  3. sabar eh kak jimah. haa tengok. muka dah tak cun!

    *miss youuu!

    ReplyDelete
  4. wahh ziema marahnye ekk... hehe...

    p/s: agak2 kenal x sape yg mengomen ni? :D visit my blog.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih sebab komen guna akal bukan otak :)