Tengok orang DIY wedding mereka membuatkan aku seperti mahu men DIY wedding abang aku nanti.
Idea aku adalah nak membuat guest book corner, akan tetapi tetap menggunakan dahan dan ranting ini sebagai prop utama.
Sebelum itu aku telah menanya lantas meminta izin kat abang aku.
'Nak tanya. Wedding sebelah kita kang ada guest book tak?
'Guest book? Tak ada.. Kenapa? Nak buat apa?'
'Saja tanya.. Sekarang kan ada guestbook bagi tetamu tulis wish. Kalau tak ada orang nak buatkan.'
'Ok buatkan lah hehe. Tq.. Tapi ada ke orang nak isi?'
Masa ni rasa macam, wadehell ada la orang nak isi. Depan depan aku letak bagi orang nampak. Haha.
'Apasal pulak takda orang isi? Kan nanti ramai segala sedara member semua ada.
'Entah... Tak pernah tengok pulak. Time kerja dulu, guestbook tu untuk pelawat yang datang booth time exhibition.'
'Sekarang trend la hehe.. Tak apa nanti orang jaga la guestbook table tu'
Wah aku pandai pandai saja offer diri, sekali guestbook ke mana aku ke mana. Eh.
Tapi kan satu benda yang buat aku terfikir.
Mana nak cari dahan ranting macam tu? :(
Help!!