Followers

December 4, 2010

Abah Saya Seorang POLIS. Ada Masalah Ke?

Lately ni kan banyak sangat kes kes pasal polis yang jelik kan? polis minta rasuah lah. polis sesuka hati dia nak tembak orang lah. polis yang kena tangkap hisap dadah lah. lah lah lah .....

OK. saya adalah anak seorang anggota polis. kadang kadang tu bila baca ke tengok berita ke rasa macam ish .. tak patut la mereka ni. sangat sangat tak profesional bila menjalankan tugas. and bila kawan kawan mengutuk polis polis ini nanti ada yang back up saya,

"Weh .. kau ni asal cakap camtu? bapak ziema ni polis lah"


"Alamak! sory weh .. aku bukan nak kutuk ke apa ke"

Lah. kutuk je lah. sikit pun saya tak sentap. bukan abah saya pun yang buat perangai tu. orang lain. kutuklah kau. memang betul pun. walaupun saya tak tahu sangat apa yang abah saya buat tapi saya percaya abah saya tak macam tu. believe in your dad OK! !

Abah sangat banyak pengalaman. pernah menjadi polis hutan (sekarang orang panggil Pasukan Gerakan Am). duduk kat  kampung orang asli *nasib baik beliau tak jatuh cinta kat sana kalau tak rambutku tentu kerinting kah kah! *..  menjadi one of pioneer yang tubuhkan pasukan karate PDRM sampai beliau sekarang menjadi one of Malaysia Karate Federation's member ..

Pernah menjadi ketua balai kat Ulu Tiram. fuh masa ni memang saya tak suka rutin abah. baru saja balik nak tukar seluar tiba tiba ada emergency call. dah kena pakai seluar balik. kadang kadang balik pukul 5 pagi and kerja semula pukul 7 pagi. banyak sangat kes pecah rumah lah. bunuh diri lah. kejar orang sampai masuk ladang kelapa sawit lah. macam macam lah. and saya tak nafikan kerja kat balai ni sangat terdedah dengan rasuah. tapi alhamdulillah .. mak selalu ingatkan abah .. thank you mak..

And sekarang abah dah tukar ke IPK Johor. kerja kat office saja. tapi itu pun sangat busy selalu outstation. kadang kadang tu kesian juga. tapi nak buat macam mana kan .. dah kerja beliau macam tu. tapi saya tak pernah tengok abah marah marah ke. buat muka tension ke. beliau sangat cool even muka beliau hot. *pebenda aku cakap ni cehh*..

Dengan kerja polis ini juga lah saya belajar sampai tahap ni. kami sekeluarga hidup sangat bahagia. memang lah tak mewah mana pun. tapi saya tak kisah. yang penting abah dah jalankan tanggungjawab beliau. bangga tak? mau nya tak bangga .. korang pun haruslah bangga dengan pekerjaan abah korang ye. tak payah nak malu. OK?

So as a conclusion,
Saya tak ada masalah dengan abah polis saya ni. lantak la orang nak cakap apa. yang penting,
SAYA SAYANG ABAH SAYA :')

tabik spring!!
saya bosan buat kerja.
ambil gambar kejap lah. he he ..


love, ZIEMA


6 comments:

  1. abah awak smart

    hai encik polis

    hehee

    ReplyDelete
  2. hahaha!
    kelakar la nisa ni.
    btw tq! :)

    ReplyDelete
  3. stereotype biasalah...mcm org stereotype aku.. org klantan x bgaul ng dak2 luar.. tp aku bkn mcm tu..hehe. yes, proud with our parents!

    ReplyDelete
  4. i pon tak ske bile org ckp bende yg tak elok pasal police. my atok pon police gak dulu!

    ReplyDelete
  5. yeszaa!!!
    jangan sebab kerja tu nampak hina hanya kerana orang lain yang buat.
    hidup polis!!!!!
    muahahahaha~

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.