Nak buat benda ni memang tak ada dalam plan asal. Asal aku ada plan je macam tak jadi. Lepas tu tiba tiba macam eh jadilah nanti kalau tak jadi menyusahkan semua orang, lagi lagi aku. Eh asal aku membebel ni?
Actually buat benda ni last minute, sebab mak aku tiba tiba nak bagi goodies untuk kanak kanak. Mak ayah silakan ambil segala cenderamata tanda terima kasih dari pihak keluarga. Budak budak makan jajan ye.
Maka 5 Jun lepas aku dah mula cari. Konon konon nak survey kedai, pilih design lepas tu terus ambil. Tapi masalahnya tak ada masa, malahan masa semakin suntuk. Pergi kerja pukul 8 pagi, balik pukul 6 petang. Weekend? Mak busy nak. Rumah dah macam tongkang pecah.
Banyak website aku tanya, tapi most of them fully booked. Dah tutup tempahan. Aku sendiri pun hampir give up. Kalau ada pun, harganya agak mahal untuk cheapskate macam aku.
Tapi alhamdulillah, aku jumpa website ni.
Don't ever trust with online shop.
Sebab aku rasa possibility nak kena tipu agak tinggi. Tapi oleh kerana terpaksa, aku
gagahkan diri cuba juga mencari sambil sambil tu takut juga nak order ni. Mana lah tahu kena tipu ke apa ke kan. Agreement tak ada, tentu merempan kalau dah bayar segala deposit tiba tiba kena tipu. Matilah matilahhhhh.
Jadi untuk mengelakkan aku kena tipu, maka aku telah review maklumat, juga komen bekas bekas pelanggan mereka. Again, alhamdulillah aku rasa mereka ni tak pernah mengecewakan. In fact, masa aku email pun, terus sahaja reply menunjukkan mereka bersungguh sungguh nak berniaga.
Ok aku nak cakap ni. Ni kira tips lah, aku rasa semua B2B pun dah tahu kot. Kau kalau nak tempah ke apa ke, pastikan due date tu jangan bagi masa tarikh kau betul betul nak kahwin.
Contoh macam nak kahwin 1 Julai, kau jangan cakap,
'wedding saya nanti 1 Julai lah. Bila boleh post ek?'.
Make it a weeks/2 weeks awal. Takut nanti kau tak sempat lalu stress sebab benda ni sahaja.
Then, keep on follow up with them. Kalau boleh tanya je apa kau nak tanya.Kalau tak puas hati ke, cakap. Nak alter ke apa ke. Tapi janganlah melampau lampau fussy sangat. Macam aku, sampai dah pos pun aku follow up, sebab selagi tak sampai kat tangan aku, aku anggap jual beli kami belum selesai. Kita kena remind mereka, sebab kadang kadang mereka ni terlepas pandang sikit.
Masa minta design tu, tak banyak masalah. Senang gila, but again kau kena follow up.
Draft
Dah siap yeay!
Dah dapat yeay!
Dah tampal yeay
Aku taklah recommend sangat sangat ceriakadkahwin ni like, hoi belilah hoi kat sini best tau! But then, aku rasa service dia ok dan memuaskan berdasarkan pengalaman aku. Kena lah dengan harga dia yang agak murah untuk orang yang nak cepat macam aku ni hewhewhew.
Itu saja untuk hari ini.
Abang aku dah nikah.
Semoga aku dapat nikah dengan cepatnya lancarnya soon. InsyaAllah
Lupa pula aku. Mereka juga mempunyai kedai instead of website. Yeay! :)