Alhamdulillah, the weekend was so nice. Bagi peluang aku nak cari pahala dengan suami, setelah rasa banyak dosa asyik sentap dengan suami. Budak budak betul rasa pfft.
Aksi cliche suami isteri.
Allah. Terima kasih untuk lelaki ini :')
Allah. Terima kasih untuk lelaki ini :')
Ini adalah kali ketiga dalam tempoh aku jadi isteri, balik rumah mertua. Haha baru tiga kali. Alhamdulillah, abah makin sihat. Dah boleh duduk. Suami siap cakap, 'Muka abah nampak berseri'. Yelah bang oi, dah ada selera makan. Eh aku tak panggil dia abang. Awkward lah, rasa macam aku ni adik kandung beliau -_-'
Gelabah betul aku bila tengok kesan kesan parut sana sini. Bila aku tanya suami, cepat cepat beliau peluk sambil ubah topik.
Salah ke soalan aku?
Aku tak tahu kenapa aku kalau balik rumah mertua ni ada satu macam perasaan. Entahlah, nak describe tak reti. Bukan seronok, bukan takut. Tapi, entah rasa macam.. eh entah lah tak tahu.
My first experience of being daughter in law was overslept!
Celaka kan perbuatan tu? Sedar sedar, kelam kabut aku bangun. 9 pagi. Pukul 9 pagi di kawasan kampung adalah considered lambat ye anak anak. Kat dapur, kakak ipar dan biras sibuk sediakan sarapan. Aku jadi macam blur. Nak buat apa ni? Gosok gigi? Mandi? Ke nak kena minta maaf? Lalu aku terus mengambil keputusan untuk gosok gigi, sambil sambil tanya soalan pasal hal kenduri semalam. Kot. Entah aku ingat ingat lupa. Same goes hari seterusnya. Apa ni apa ni? Mesti ipar fikir aku ialah tipikal anak dara bandar yang meletakkan harga hantaran yang tidak releven dengan badan. Ataupun fikir, aku sesuai menjadi menantu Datuk Datin. Eh.
Tapi lama lama improved lah sikit (perasannya kau ni, dahlah judge salah sendiri lepas tu evaluate pula). Same goes to air teh. Beria aku cerita kat mak, siap kena perli buat malu je teh tak reti buat. Semenjak kejadian teh susu tu, aku berazam untuk menjadi pembuat teh yang sedap di mata
Jadi, dalam masa tiga kali balik rumah mertua, dapatlah aku simpulkan bahawa,
# Bangun awal. Terus pergi dapur, walaupun sebenarnya aktiviti masak dah siap.
# Cari aktiviti rumah agar kelihatan tidak pemalas. Paling selamat, basuh pinggan. Great idea Syizan hewhew
# Biar tak pandai masak. Tapi jangan tak pandai potong lobak. Ataupun menyiang ikan. Itu dah parah.
# Bila orang kat dapur, sila jangan mengadap TV. Pantang.
# Tanya khabar selalu. Jangan mesej atau call keluarga mertua bila ada tujuan sendiri sahaja. Malu kot bila kakak ipar yang call dulu tssk tsskk -_-'
# Layan ipar macam adik beradik kau. Tapi kenapa bila bersembang aku yang banyak cakap, tapi suami diam? Siapa adik mereka sebenarnya?
# Tanya emak mertua tentang resepi yang menjadi idaman para suami. Emak mertua??
Iye aku tahu.
Bertuah ada dua orang kakak ipar yang baik hati.
Tekak rasa pahit tiba tiba. Demm