Followers

January 31, 2013

Peraturan Menantu

Asssalamualaikum :)

Alhamdulillah, the weekend was so nice. Bagi peluang aku nak cari pahala dengan suami, setelah rasa banyak dosa asyik sentap dengan suami. Budak budak betul rasa pfft.



Aksi cliche suami isteri.
Allah. Terima kasih untuk lelaki ini :')

Ini adalah kali ketiga dalam tempoh aku jadi isteri, balik rumah mertua. Haha baru tiga kali. Alhamdulillah, abah makin sihat. Dah boleh duduk. Suami siap cakap, 'Muka abah nampak berseri'. Yelah bang oi, dah ada selera makan. Eh aku tak panggil dia abang. Awkward lah, rasa macam aku ni adik kandung beliau -_-'



Gelabah betul aku bila tengok kesan kesan parut sana sini. Bila aku tanya suami, cepat cepat beliau peluk sambil ubah topik.
Salah ke soalan aku?


Aku tak tahu kenapa aku kalau balik rumah mertua ni ada satu macam perasaan. Entahlah, nak describe tak reti. Bukan seronok, bukan takut. Tapi, entah rasa macam.. eh entah lah tak tahu.

My first experience of being daughter in law was overslept!

Celaka kan perbuatan tu? Sedar sedar, kelam kabut aku bangun. 9 pagi. Pukul 9 pagi di kawasan kampung adalah considered lambat ye anak anak. Kat dapur, kakak ipar dan biras sibuk sediakan sarapan. Aku jadi macam blur. Nak buat apa ni? Gosok gigi? Mandi? Ke nak kena minta maaf? Lalu aku terus mengambil keputusan untuk gosok gigi, sambil sambil tanya soalan pasal hal kenduri semalam. Kot. Entah aku ingat ingat lupa. Same goes hari seterusnya. Apa ni apa ni? Mesti ipar fikir aku ialah tipikal anak dara bandar yang meletakkan harga hantaran yang tidak releven dengan badan. Ataupun fikir, aku sesuai menjadi menantu Datuk Datin. Eh.

Tapi lama lama improved lah sikit (perasannya kau ni, dahlah judge salah sendiri lepas tu evaluate pula). Same goes to air teh. Beria aku cerita kat mak, siap kena perli buat malu je teh tak reti buat. Semenjak kejadian teh susu tu, aku berazam untuk menjadi pembuat teh yang sedap di mata orang ramai keluarga mertua. Bila suami minta buat teh O, kakak ipar senyum sahaja. But yeah, teh O aku jadi. Tak pekat sangat, tak manis sangat. Just nice, bak kata Nabil semasa final Maharaja Lawak.

Jadi, dalam masa tiga kali balik rumah mertua, dapatlah aku simpulkan bahawa,

# Bangun awal. Terus pergi dapur, walaupun sebenarnya aktiviti masak dah siap.

# Cari aktiviti rumah agar kelihatan tidak pemalas. Paling selamat, basuh pinggan. Great idea Syizan hewhew

# Biar tak pandai masak. Tapi jangan tak pandai potong lobak. Ataupun menyiang ikan. Itu dah parah.

# Bila orang kat dapur, sila jangan mengadap TV. Pantang.

# Tanya khabar selalu. Jangan mesej atau call keluarga mertua bila ada tujuan sendiri sahaja. Malu kot bila kakak ipar yang call dulu tssk tsskk -_-'

# Layan ipar macam adik beradik kau. Tapi kenapa bila bersembang aku yang banyak cakap, tapi suami diam? Siapa adik mereka sebenarnya?

# Tanya emak mertua tentang resepi yang menjadi idaman para suami. Emak mertua??

Iye aku tahu.

Bertuah ada dua orang kakak ipar yang baik hati.

Tekak rasa pahit tiba tiba. Demm






15 comments:

  1. hehe..lawak ar baca post ziema ni...
    cuak gak ek ada kak ipar ni...even sue xde akk ipar belah suami,tp sue paham kecuakan ziema tu...
    gud luck dear !~ hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuak sebab arwah mak mertua takde kan hehehe. Anyway thanks :)

      Delete
  2. hahahaha..ziema,sumpah lawak la awk ni! tp tips awk tu mmg 100% btl. dh jd menantu baru ni sume serba xkena..nak jd diri sndri takut terover haha..mcm sy pun selamber badak je terlajak bgn pukul 10am even mak mertua sporting tp sumpah xbt lagi pasni..kehkehkeh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hoi hoi pukul 10 tu haha. Tula pasal kan even dorang sporting pun kena tunjuk kita ni rajin wakaka :p

      Delete
  3. sama la.. kita pun rasa awkward klo balik umah mertua. hewhew. nice tips. boleh guna nanti

    ReplyDelete
  4. wahhh, ada nama kite..... hehehehe.. tapi seriously.. tips yang ziema bagi tu mmg kena aplikasi.. melainkan anda dapat mak mertua yang super2 sporting.. tapi super sporting pun kalau asik memerap je, lama2 jadi buah mulut jugak kan.. kalau dah sume tak reti, bila time sesi memasak tu, paling2 tidak stay jela kat dapur tu.. wat sembang.. tapi mustahil la kan.. xkan basuh pinggan, potong2 pun tak reti kan.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe lagi lagi kalau ada saudara mara pula kan.
      Owh tu kalau tak reti potong2 memang choii la. Hahaha

      Delete
  5. heeee...sejak kawin nbila xpernah lagi masak tuk diorg sume..mst mak fhmi yg masak kat jngka tu..nbila tlg2 je. Basuh pinggan je yg mampu buat,smpai nbila yg bawa perubahan kat fmly sana. Diorg biasa dah mkn longgok je pinggan dlm sink. Bile dah ngandung,semakin dimanjakan.kalau byk pinggan sume kene tlg nbila basuh.hehe...after subuh wajib tdo. Bgn kul 9 ke ats. Mknn mst mak dah siap masak. Ada azam xnk tdo after sbuh n tlg mak kat dapur tp masih terkandas. Hehee..jemput dtg umah ktrg ye! Adli sokmo dtg umah tu sebelum ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus la Nabila ni hihihi. Tapi tapi susah kn lepas subuh nk bgn balik? Bila Ziema liat je nk bangun Adli meyakinkan yang Ziema boleh tidur balik lepas sarapan. Tapiii tak tidur balik pun. -_-'

      InsyaAllah kalau Adli ajak. Dia tak pernah cakap pun cissss

      Delete
  6. aduhla zimah...x larat baca entry ko nie. gelak3 jea aku. hihihi

    ReplyDelete
  7. memang betul sgt rs serba tak kena kat rumah mertua... nak menolong kat dapur mmg tak pandai.. muka i asyik jadi tukang basuh pggn je kat rumah mertua sbb tau buat tu je.. hehe

    ReplyDelete
  8. Haha..lawakkk..tp mmg betul..n ari ni for the first time bgn pukul 10pg..hukhuk..rasa malu arini ngn ibu mentua..hukhuk..

    ReplyDelete
  9. Kihkih perasaan awkward tu sme la

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.