Followers

January 8, 2013

Satu Bulan Satu Hari

Assalamu'alaikum :)

Sudah satu bulan satu hari rupanya. Rasa macam baru sahaja aku dengar suami lafaz akad nikah, salam tangan, cium dahi.  Rasa macam baru saja aku terpanik sebentar bila bangun tidur di rumah keluarga, ada suami di sebelah. Rasa macam baru semalam aku gaduh gaduh kejap dengan suami lantaran emosi tak tentu pasal. Ampun ye bang. Eh, terpanggil abang pula.

Walaupun aku belum sangat dapat jalankan tanggungjawab aku sepenuhnya sebagai isteri, tapi baru aku tahu perasaan isteri kalau dapat gembirakan hati suami. Puas satu, dapat pahala pun satu :')

Hari ni genap lima hari suami pergi kursus. Cet, baru lima hari tapi aku rasa kenapa macam lama? -_-'   Mungkin jarang berbual. Cukup jarang, suami SMS aku pagi dan petang sahaja. Untung kalau dia call, itupun kejap hewhewhew. Tapi betul lah orang cakap, lain kalau bercinta dengan berkahwin ni. Rindu dia lain teheee. Malu.

Selalu kat pejabat kena sakat. 'Ziema nampak letih je ni kahkahkah'
'Sorry bang. Laki aku tak ada lah,' jawab aku.

'Laaa, ni kalau laki balik habislah kau kahkahkah'.

Eleh bang tak kelakar lah. Aku tengah emosi ni. Dan malam tadi boleh pula bermimpi suami berkursus di rumah. Bukan dia sorang tapi ramai, bersepah betul rumah aku tssk tsskk. Sabar aje lah.




Baru satu bulan satu hari. Alhamdulillah Ya Allah.
Dulu dia teman lelaki yang baik. Tapi sekarang dia suami yang terbaik.
Terima kasih Allah :')




10 comments:

  1. kejap je kan masa berlalu....sweetnyer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula pasal sedar sedar dah sebulan :)
      Cik Mah good luck tau! Yeay!

      Delete
  2. same la kite kak jimah..rase lain lpas nikah ni kan..haaa..bile nak diy hiasan rumah plak..teetttt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah lain sangat. Lagi best hikhik :p
      Alaaa bestnya. Doakan kita dapat duduk dengan suami ye. Sekarang ni pun macam geram tengok barang hiasan rumah apatah lagi set pinggan mangkuk.

      Delete
    2. oh yeke..ingt kak jimah dah duduk ngn hubby. xpe..nt dah duduk same..tahan la nak hias umah sendiri..

      Delete
  3. sweetnya :)

    kdg2 kita mmg tak sedar yg masa tu berjalan dgn cepat..

    mcm wed prep,tup2 je 'eh,dah nak kahwin dah ke?'

    aiyyaaaaa ",)

    ReplyDelete
  4. hihi..sekejap je kan..so sweet..
    sabar yer ;D

    ReplyDelete
  5. hehe..sy pun pernah terrremosi gaduh2 dgn suami..tp kena remind blk 'eh,dia suami, bkn bf. xleh emosi marah2 dh' hehe!

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.