Followers

February 4, 2013

Kahwin Dengan Bapa

Menjadi seorang isteri adalah idaman setiap wanita. Lagi lagi orang Islam macam kita ni, orang putih kau tak payah cakap la kan tak kahwin pun boleh dapat lapan belas orang anak dengan selambanya.

Aku kenal dengan suami dalam tempoh yang cukup sekejap, yang memang sekejap untuk orang baru lepas kecewa hewhew. Masa terkantoi dengan abang aku, gambar aku dengan suami berdating di Times Square (eeee tak ada tempat lain ke), abang adalah orang yang pertama tersentap dengan gambar itu. Kemudian, beliau membebel apa entah aku tak ingat. Yang aku ingat, emak aku pun sibuk nak tengok gambar itu lalu beliau turut sama tersentap. Maka berlakulah kesentapan di antara mereka. Siap kena warning,' Kalau abang tahu dia mainkan adik abang, siaplah.' Melting sekejap terasa dilindungi eceh, tetapi dalam masa yang sama takut. Aku tahu, dia pun serik dengan kejadian dulu. Beritahu aku, abang mana yang tak sayang adik?

First thing is, aku kenal melalui Facebook. Ah, diamlah kau tiba tiba pula nyanyi lagu Cinta Muka Buku. Pendapat semua orang, Facebook adalah tempat yang sangat remaja untuk bercinta. Keduanya, aku dilihat seperti menyapu sampah di lantai. Main sapu je lelaki yang aku rasa boleh membuatkan aku gembira. Ketiga, bila aku cakap askar, semua membengis. Kelihatan askar agak buruk di pandangan mata orang.

Aku cuba matikan tohmahan malahan prasangka mereka tentang kami. Wah gitu, dah macam drama.


Unedited picture. Nantilah aku kongsi cerita nikah :)


Abah.

Abah seperti ketinggalan dalam cerita aku dan suami. Entah, mungkin emak ada bercerita itu ini tentang kejadian aku. Abah bukannya orang yang suka membebel apatah lagi berceramah di depan anak anaknya. Kalaupun anak anak ada buat salah, emaklah yang terpaksa menjadi medium di antara kami.

Pertama kali suami datang rumah, dalam perkiraan aku kami baru sahaja berkenal tidak sampai setahun. Datang bukan ada hajat. Sekadar melawat. Masa itu pun suami dah mula berkhidmat dalam kerjaya beliau. Aku tak tahu apa yang ada di fikiran masing masing, pertama kali berjumpa. Yang aku dengar, helikopter, kem, pangkat, komando. Ah, abah ni. Kelakar betul, confuse aku siapa entah yang gugup.

Tapi abah tidak kata ya, ataupun tidak tentang suami. Awal lagi masih. Sekali lagi, emak menjadi medium kami. Bila aku tanya emak, jawapannya ok sahaja. Ok lah tu kot.

Abah tak pernah tanya aku depan depan tentang suami masa itu. Banyak soalan daripada emak, yang aku tahu terselit soalan abah. Aku tahu abah risau. Tapi abah tak tunjuk. Dan aku tahu, suami ada upaya ambil hati abah dengan menelefon bertanya soalan yang perlu. Nama untuk lelaki berbual saja saja seperti perempuan tidaklah ada, lagi lagi aku kenal dua lelaki dalam hidup aku, pendiam. Cukup pendiam.

Bila aku cakap, aku nak kahwin, abah terima. Dialah yang sibuk ke sana ke mari menguruskan hal persiapan kahwin aku. Bertanya itu ini, duduk semeja dengan aku berbincang hal kahwin.

Dan abah pernah tanya. Again, melalui emak. Aku ni nak kahwin dah pandai masak ke? Haha abah ni funny lah. 'Habis, yang dia kat dapur kelentang kelentung sorang sorang tu dia buat apa??', garang pula mak menjawab.




Aku pelik bila dikata mahu kahwin dengan anak, bukan dengan bapa. Siapa bapa untuk mengambil tahu hal anak perempuan? Bodoh.
Memang lah betul kau kahwin dengan anak. Tapi siapa akan jadi wali nanti?

Jiran kau? Pakcik kau? Kawan kau?

Pernah dengar orang selalu cakap,
Kahwin dengan anak bermakna kahwin dengan keluarga sekali?
Itu tandanya kau kena pandai ambil hati sorang sorang. Bukan kahwin dengan keluarga dia. Bodoh lagi.




Dan sekarang beritahu aku, abah mana yang tak sayang anak?

Happy Belated 54th Birthday Abah :')






10 comments:

  1. ouchh...t'sentuh... HAPPY BELATED BIRTHDAY uncle...:)

    ReplyDelete
  2. "kahwin dengan anak, bukan dengan bapa"
    Dialog shanaz kan ni? mmg xmatured lansung la kalu berpikiran mcm tu kan? kt nak kawen mesti dgn 1 family...

    ReplyDelete
  3. betul tu
    teringat pesan papa dlu kat kte..
    cari yg "man" bukan lelaki
    puas bpk apa beza man dgn lelaki
    now dah phm sbb nya
    papa kata andai lelaki tuk ikhlas dia pasti berani utk jmpe famly perm even fmly perm tu act garang atau nampk xsuke...hehehe

    take care ziema ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes betul tu :) Susah nak jumpa lelaki yang gentleman sekarang. Bersyukur kalau jumpa lelaki macam tu kan?

      Delete
  4. arwah abah nory tak sebab nak wali kan nory..abang nory yg ganti tempat abah...rinduu abah..=(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa Nory. Abang will always act like abah, lagi lagi bila abah dah tak ada. Dont worry ok.
      Meh sini peluk dia olololo :)

      Delete
  5. sweet.. abah ziema sama dengan abah sy.. tak penah nak tanya depan2 sy.. mesti medium nya mak jugak

    ReplyDelete
  6. ko tau kan rupa bapak aku camne? garang semacam. dan dia pun baran semacam kan. hahaha.

    laki aku punya gabra, dia takut nak jumpa bapak aku sampai nyaris terlanggar orang time parking masa mula-mula jumpa bapak aku.

    but yaa.. end up benda ni kena pandai amik hati. muka laki aku pun ala-ala sejuk gitu terus sejuk ati bapak aku.

    haha. so betul, kita ni tanggungjawab mak bapak kita sebelum kawen. aku tak puas ati ni statement artis tuttt.. nak kawen ngn anak bukan bapak.

    dia sedar diri ke tak sebenarnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha uncle Havez! After 12 years, dia masih lagi panggil aku Jimat -_-'

      Yeah, apa apa hal pun kena langkah bapak dulu kalau nak ambil anak perempuan. Dah macam ni, aku rasa terus blacklist buat menantu pfft

      Delete
  7. tetibe teringat ayah aku kat umah,rindu!jims,ko memang pandai berkata2,tiap kali baca entry ko mesti tersentuh dgn kata2 ko,thumbs up babe!;)

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.