Followers

April 24, 2013

Kad Nikah KL

Assalamualaikum.

Semalam alhamdulillah, dapatlah aku cuti dengan tiba tiba gara gara suami aku. Oh lupa, suami aku cuti sampai minggu depan HAHAHA best best, lalu kami memutuskan untuk ke JAWI settlekan hal kad nikah. Seperti yang aku cerita tentang prosedur permohonan kahwin dulu, prosedur mohon kad nikah di Kuala Lumpur adalah sangat senang dan cepat ciss kalau tahu macam gini tak adalah aku cuti tiba tiba hewhew.

Sampai sana dalam pukul 12 tengahari sebab aku lambat siap kerana memilih memakai tudung bawal yang kejap senget, kejap lembik eh salahkan tudung pula. Masalah utama di situ adalah parking. Pelik aku, kenapa tak ada parking untuk pelawat, padahal aku rasa setiap hari mestilah ada pelawat kan? Maka, kami memilih dengan yakinnya untuk meletak kereta di tepi jalan sahaja.
Terus ambil nombor dan isi borang risau juga kalau kaunter tutup ke apa ke sebab hampir waktu rehat mereka. Kelihatan beberapa pasangan duduk menunggu giliran, dan aku tengok kakitangan di situ pun ramah dan tenang.



Benda remeh tulis tulis ni selalu bagi kat aku, sampai tahun nikah pun boleh tertulis 2013. Kejadah apa nikah hujung tahun ni tapi nak minta kad nikah dah?
Nasib tak kena marah seperti yang kerap berlaku di kaunter kaunter khidmat pelanggan. Mungkin abang kaunter itu faham keterujaan aku dan suami untuk memohon kad nikah.



Demm bulatnya muka.

Haa nampak tak suami yang cuti tetapi pakai uniform?
Ini semua gara gara konon nak mengelakkan diri dari memakai songkok semasa sesi bergambar, akan tetapi ada saja aku tengok yang tak pakai songkok siap rambut terpacak kolar tak lipat lagi ambil gambar.

Bak kata suami,
'Takpe konon konon tengah kerja la ni, tak pun bergegas baru balik Lahad Datu'
Iyalah bang, iyalah. -_-'


Alhamdulillah, prosesnya tak sampai setengah jam pun, beria aku fikir tentang kebarangkalian cuti lagi semata mata nak ambil kad nikah, rupa rupanya jam tu juga siap. Bila upload kat Instagram, ada yang mengaku anak dah keluar pun tak buat lagi HAHA kelakar je korang ni. Dan ya, kad nikah ni bergantung kepada negeri masing masing, jadi jangan pelik kalau kad dah mohon tiga bulan lepas tak dapat lagi. 

Anyway thanks JAWI :)




Thanks juga sebab kami dapat ni pfftt -_-'


Sukanyaaaaaaa. Suka sangat.






10 comments:

  1. KL buat kat mane ? saya dah 10 bulan kawin pun xbuat-buat huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat JAWI Mila :)
      Betul betul sebelah masjid negara. Pergilah buat kalau ada masa, kejap je pun proses dia :)

      Delete
  2. Dah apply kad jugak..tapi lagi 3 bulan baru dapat..tempat lain boleh je siap cepat, nape la ada tempat lmbt pulak kn..sabar je laa..usung je la sijil nikah besar 2 ke mana2 kalau nk check in hotel..hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah Fifi ikut negeri juga. Ada yang 6 bulan baru dapat hoho :) Nasib baik sijil ada kan kalau tak naya.

      Delete
    2. fifi sijil nikah dah siap ke?knp la kt muo xsiap2 lg..asik bwk yg dpt ms nikah tu je.kdg2 lupe bwk gak...hehehe ;) awk wat kt bp ke?

      ziema.mhp tgangu ruangan anda ;)

      Delete
  3. nory dah 2 tahun kawen, kad nikah takde lagi...
    teruk kan?
    hehe

    ReplyDelete
  4. JAWI mmg laju..
    mine.. 5 bulan dah.. non-hado siap nye (T_T)

    ReplyDelete
  5. haaaa sy pun tak buat lagi hihi....dah 3 tahun kawen asyik lupa jek nk buat adoiii...

    ReplyDelete
  6. warghh ada kat nikah...ptt r berseri2 husband cuti rupenye...

    ReplyDelete
  7. cepat ye kad siap. kami kat JAIS kena tunggu seminggu~

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.