Kejap betul rasa, sedar sedar dah nak dekat setahun dah kahwin. Mungkin sebab duduk jauh kot, tu yang rasa macam pengantin baru ehem..
Well, macam biasalah soalan anak anak ni. Cemuih, bak kata orang utara, tapi aku layankan saja. Nak marah-marah dah malas, takut dikata sensitif sangat, tanya pasal anak pun nak melenting mengada betul.
Bila orang tanya adakah aku merancang, cepat cepat aku betah. Tak, kami tak merancang, walaupun duduk jauh. Plus, we both sangat suka budak budak, lagi-lagi Adli. Cuma, itulah mungkin belum ada rezeki dalam masa terdekat. Yang kelakarnya, ada yang ingat aku mengandung, kenapa entah. Itu kelakar ye, sangat kelakar HAHA.
Ke, sebab aku dah gemuk? Arghh, benci korang -_-"
Aku positif. Mungkin aku kenal suami tak lama, tu yang Tuhan bagi ruang untuk kami habiskan bersama, sebab tahu, esok nanti dah ada anak, masa untuk berdua sangat terhad (sedapkan hati). Kan kan? :)
Well, kami masih okay lagi, tak adalah tertekan sangat, walaupun ada yang mempersoalkan, "Si A tu pun kahwin sama dengan korang kan, duduk jauh kan, tapi dah mengandung". Aku senyum, malas nak jawab soalan tu dan memilih untuk diam. Makin dilayan, makin menyampah.
Eh tapi, okay okay pun, mestilah berusaha hewhew, takkan nak serah pada takdir sahaja kan?
Bila baca tentang orang yang TTC kahwin 3 tahun masih belum ada rezeki, yang gugur banyak kali, yang anak meninggal baru lepas beberapa hari lahir, Ya Allah kesian sangat. Semoga kita semua, para isteri kuat dengan ujian Allah.
Tipulah kalau tak mengharap, tapi apalah sangat harapan kita ni, hamba yang lemah lagi hina.
Cuma aku rasa buat masa ni aku perlu bersyukur sangat.
Ada suami, yang aku rasa semua perempuan idam idamkan.
Yang boleh sayang kita.
Yang sanggup jaga kita.
Yang nak terima kurangnya kita.
Apa lagi yang aku nak?