Followers

October 18, 2013

Bini Clumsy

Oh hai :)
Assalamualaikum.

Terus bagi salam kan, nampak sangat dah berjaman tak update blog. Haha dah lama tak guna perkataan jaman, terus rindu Lea. Lea sekarang dah pandai ehem ehem. Nama ehem pun nak sama dengan nama suami aku. Jaman sangat tau Lea ni.

Malas la sekarang nak update blog, rasa macam tak ada cerita. Selalu update instagram, rasa rasa rindu aku follow lah ye hehe tak malunya promote instagram sendiri LOL.

Wife life?
Well,my life is still.

Pagi bangun pergi kerja, balik kerja. Malam buatlah kerja rumah. Basuh pinggan, lipat baju etc etc.
Esoknya ulang benda sama.

Weekend, kalau suami tak ada apa apa, berjumpalah kami.
Kebetulan, suami sedang kursus sekarang ni. Sebulan saja pun, tak boleh lawan masa lima bulan kursus. Merana aku lantaran kerinduan terhadap suami yang baru beberapa minggu dinikahi.

Dah lama lama macam ni kan korang, baru aku perasan.

Konon nak cepat bersiap, lantas berjalan dengan lajunya. Tak perasan suami tengah charge iPhone, terus tersadung wayar. iPhone terjatuh telangkup. Suami hanya mampu memandang diam.

Dah pakai tudung siap siap cantik bagai nak pergi kenduri, lepas tu eh bukak balik betulkan dalam kereta sebab rasa tak selesa. Dengan jalam jammed tersengguk sengguk aku sampai pening. Pula tu, siap terjatuh jatuh pin kerongsang segala. Stress, terus bad mood.

Kau nak tolong suami pilih gambar kahwin nak framekan, hujung hujung stress dengan suami sebab tak setuju dengan pilihan sendiri.

Niat nak masak yang simple dan cepat, tapi oleh kerana clumsy, kuah basi dalam periuk yang ada kat tepi sinki tertumpah disinngung siku aku. Moody terus.

Kelmarin, basuh baju suami dah lewat petang, tak sempat kering. Esoknya pagi suami nak balik kem, lalu aku pun gantung baju-baju beliau di bilik macam rumah setinggan. Bersungguh suami yakinkan aku, tak perlu gantung biar dia bawa balik sana sahaja nanti basuh semula. Teori aku, keringkan jelah. Esok lipat tak payah nak dua kali kerja. Sambil aku gantung baju, sambil aku bebel tegakkan teori aku kat suami.

Baru perasan yang aku ni clumsy yang teramat.
Selalu tak perasan.
Ke aku buat buat tak perasan? Eh.

Itu pun baru lepas kena tegur suami, sebab sambil aku clumsy aku akan marah marah tanpa aku sedar.
Sungguh, tak perasan. Tsskk tsskkk.

Bila aku tanya kenapa suami diam, lalu dia akan jawab,

'Sayang marah kita.'

'Eh, kita marah awak ke? Mana ada lah'.

Ewah, tak mengaku lagi tu.

Ampun ye bang -_-"



Masih berdua.
Alhamdulillah.





1 comment:

  1. It doesn't matter,most important happily together-gether,saling lengkap melengkapi :)

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.