Followers

October 22, 2013

Review: LAZADA

Knowing me, aku bukan jenis online buyer yang tegar.
Selain daripada masalah traumatik gara gara beli baju yang cantik di depan PC, tetapi buruk di depan mata, aku juga sebenarnya ehemm.. tak ada hatta sekalipun online banking. Dah buat sebenarnya haritu, banyak kali try register tapi tak boleh.
Ke aku yang tak reti?

Jadinya, bila tak ada kejadah segala online banking itu, maka aku terpaksa lah dengan manuallynya, pergi ke ATM berdekatan, semata mata untuk melakukan transaksi duit, ataupun bahasa modennya, cash transaction.

Until one day, aku nak cari car seat untuk anak abang aku yang baru lahir.
And purposely, I'm looking for Sweet Cherry's brand. Affordable, hehe.
Jadi, aku pun ke website Sweet Cherry, dan survey brand yang again, affordable to buy. Tak mampu la makcik kau ni nak beli mahal mahal Awish ehehehee.

Dah klik dah, confirm nak beli, dengan harga almost RM160.
Tanya member aku, dia kata baik survey kat shopping complex ke, kedai dia ke, baru puas hati. Damn, aku malas la -_-'

So, last two weeks, ajak suami pergi Jusco, konon nak beli. Tapi yang ada pun brand yang aku tak nak, kalau ada pun mahal. Damn again, balik rumah dengan hampa. Jadi, minggu depannya, aku nekad beli juga. Online pun online lah, aku malas sangat nak survey harga kat kedai kedai bagai ni.

Then, terjumpa Lazada ni.
Pernah dengar, tapi macam tak berapa nak famous like Groupon, Milkadeal etc. Saja lah nak tengok harga car seat yang sama jenis dan suprisingly aku jumpa yang murah RM100 daripada harga asal, which I got a discount! Semua items ada discount homaigad homaigad!!

Terus klik cepat cepat. manalah tahu dah habis stok ke apa kan hehe gopoh betul.
Aku main main klik je, dengan niat nak booking. Dah siap register, tapi aku tak ada pula buat pre payment lagi. Tapi tapi tapi, esok tengahari dia terus sms tracking code number. Cuak okay, tapi tak apa aku biarkan dulu.


Saja google-ing pasal Lazada, dan banyak aku jumpa complaint and bad experience pasal Lazada. Alamak alamak macam mana ni?

Petang tu, ada call-in dari encik Lazada.

Rupa rupanya nak buat confirmation. Kalau tak nak, boleh cancel masa tu juga. Sempat aku tanya tentang bayaran, dan yang bestnya bayaran adalah cash on delivery (COD). Barang sampai, baru bayar. So tak ada lah kes kena tipu ke apa kan. Lepas tu macam aku ni, tak payah la nak ke mesin ATM bagai nak bank in duit segala. Ok bagus, tu aku suka.

Esoknya, barang sampai!





The best thing is, harga barang termasuk dengan FREE DELIVERY (sebab barang aku RM50 ke atas).
Best tak? Baik kau cakap best.





Tapi aku cakap ni berdasarkan pengalaman aku, pengalaman pertama aku dengan Lazada. Jangan pula lepas ni siapa siapa ada bad experience nanti blame aku ye hehehe. Biasalah online business ni, ada yang sesuai dengan kehendak dan selera kita, ada juga yang tak. Ada yang jenis order hari ini, esok nak juga sampai barang dia.

Mana mana mummy to be yang nak beli barang baby pun uikkk rambang mata tau. Seriyes, discount is merata rata. And, discount dia bukan ada hidden charge ye kawan kawan :)

Eh korang ni bukan sponsored post tau. Blog tak fofular pun fuikkk hahaha.

For Android users, rasa rasa nak senang korang boleh download Apps Lazada ni ok?








Awish dear baby, dah habis mama pantang, ajak mama pergi rumah nenek KL ye.
Boleh acik Jimah pegang selalu.
Untung untung melekat hewhew :)







5 comments:

  1. saila pun x suka beli online..x konfident..huhuhu! tp pernah la beli sekali dua :)
    amin,melekat lah nanti kan,kan,kan :)

    ReplyDelete
  2. kite tak pernah shooping kt lazada. iolls ingat kan dia jual baju. hehe

    ReplyDelete
  3. tak pernah try lagi beli kat Lazada ..pas nih ley try

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.