Followers

October 28, 2013

Belum Lagilah

It's been 325 days since we are married. Kalau tengok kat ticker tu dah 10 bulan, 3 minggu aku jadi bini Adli.
Kejap betul rasa, sedar sedar dah nak dekat setahun dah kahwin. Mungkin sebab duduk jauh kot, tu yang rasa macam pengantin baru ehem..

Well, macam biasalah soalan anak anak ni. Cemuih, bak kata orang utara, tapi aku layankan saja. Nak marah-marah dah malas, takut dikata sensitif sangat, tanya pasal anak pun nak melenting mengada betul.

Bila orang tanya adakah aku merancang, cepat cepat aku betah. Tak, kami tak merancang, walaupun duduk jauh. Plus, we both sangat suka budak budak, lagi-lagi Adli. Cuma, itulah mungkin belum ada rezeki dalam masa terdekat. Yang kelakarnya, ada yang ingat aku mengandung, kenapa entah. Itu kelakar ye, sangat kelakar HAHA.
Ke, sebab aku dah gemuk? Arghh, benci korang -_-"





Aku positif. Mungkin aku kenal suami tak lama, tu yang Tuhan bagi ruang untuk kami habiskan bersama, sebab tahu, esok nanti dah ada anak, masa untuk berdua sangat terhad (sedapkan hati). Kan kan? :)

Well, kami masih okay lagi, tak adalah tertekan sangat, walaupun ada yang mempersoalkan, "Si A tu pun kahwin sama dengan korang kan, duduk jauh kan, tapi dah mengandung". Aku senyum, malas nak jawab soalan tu dan memilih untuk diam. Makin dilayan, makin menyampah.

Eh tapi, okay okay pun, mestilah berusaha hewhew, takkan nak serah pada takdir sahaja kan?

Bila baca tentang orang yang TTC kahwin 3 tahun masih belum ada rezeki, yang gugur banyak kali, yang anak meninggal baru lepas beberapa hari lahir, Ya Allah kesian sangat. Semoga kita semua, para isteri kuat dengan ujian Allah.

Tipulah kalau tak mengharap, tapi apalah sangat harapan kita ni, hamba yang lemah lagi hina.

Cuma aku rasa buat masa ni aku perlu bersyukur sangat.

Ada suami, yang aku rasa semua perempuan idam idamkan.
Yang boleh sayang kita.
Yang sanggup jaga kita.
Yang nak terima kurangnya kita.

Apa lagi yang aku nak?








9 comments:

  1. wat ileks je jiemah..saya nie dah malas nk jwb pertanyaan bila nak berpunya penat dah

    ReplyDelete
  2. betul-itu dah lebih dari dari sempurna. alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. salam perkenalan..
    betul la tu, myb Allah nak bg ziema n husband berdua dulu..
    insyaAllah, ada rezeki satu hari nanti..Amin..=)

    ReplyDelete
  4. rileks brader..... brader rilekss...

    ReplyDelete
  5. salam kak ziema.. hehe eja pn kak..baru kawen sebulan dah ada yang tanya dah ada isi ke belum.. ya allah stress jgk duk pk.. sbb eja pn pjj jgk dgn husband..tp husband eja ckp dgn eja buat x tahu je jgn di pk kan sgt.. org mgg cam tu dah kawen tye anak. dh dpt anak tye bila nk tambah dah tambah tanya knp byk dan kerap sgt beranak.. aiyoo pening22.. pape pn kita sama2 doakan kita dpt baby cpt2 ye.. amin,. semoga Allah permudahkan urusan kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Eja,
      Tulah akak ingatkan dah lama kahwin ni senyap lah tapi masih juga tanya hehehe. Biasalah tu, soalan ni takkan putus.

      Anyway, semoga kita semua bahagia dengan hidup kita bersama suami :)

      Delete
  6. positipnya ko ni..sukalah..=)post2 yg lain pown best..suka baca..May Allah bless u dear.

    ReplyDelete
  7. Allah knows what is the best for you and when it's best for you to have it.Insya Allah.

    ReplyDelete
  8. biasalah mulut orang, tak akan pernah berhenti bertanya...
    nory 2 tahun layan soalan cmtu...
    mmg tertekan kdg2...
    alhamdulillah, skrg dah ada...
    insyaALLAH,tak lama lagi giliran Ziema plak..
    amiiinnnn...

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.