Followers

August 15, 2011

Aku & Tarikh

Aku tak tahu la hanya aku  ke yang ada masalah ni ataupun anda di luar sana menghadapi situasi yang sebegini rupa malahan mungkin serius.

Masalah tarikh.

Macam simple je kan?
Come on lah, tarikh tu biasa la orang ada silap silap ni. Kadang kadang terlajak satu hari takpun terkebelakang dua hari ke. Paling sajak kalau tahun tu terkurang ke kan. Ada apa ke hal?

Masalah aku ni macam entah lah.

Bulan lepas aku ada hantar mesej kat member aku dengan girangnya.

'Sarah. 30 Sept till 2 August ada reunion tau. Save the date!'

Member aku like,
'Kau ni aku tak paham lah. Macam mana pulak boleh bulan 9 ke bulan 8? Mana satu ni? Ke 30 July til 2 August?'

Ok salah. Correction.
30 Sept till 2 Oct. -_-'

Hari tu ada post entry apa entah aku tak ingat.
Selamba je tulis,

'Guys. 23 Sept lepas kan aku ada bla bla bla...........................'
Padehal kita masih di bulan Julai ye kawan kawan. Again. Julai. Ogos pun belum sampai lagi. Nasib baik ada member aku tegur kalau tak malu aku pasal tarikh pun boleh bikin orang memandang sinis terhadap aku. Wadehell lah!

Semalam lagi best.

'Kak jims.. (nickname aku siapa entah yang start panggil nama ni). 24 Sept ni nak jemput datang rumah. Khalaf nak botak (cukur jambul) and open house...'


'Laaaa.. Awalnya botak.. Kata lepas raya?


'Lepas raya la tu'


Erkk.
Entah apa apa je aku rasa sekarang ni.
Maafkan aku kawan kawan.

Masalah tarikh itu di luar jangkaanku. Duhh

Adakah ini petanda penyakit? Simptom lemah daya ingatan?



thanks sebab baca

love, ZIEMA




7 comments:

  1. muehehe... rasanya raaaamai je org yg ada masalah dgn tarikh/haribulan.. sy ni pulak nombor henfon sendiri pon tak hafal, bile nak isi borang pape, dok la terkial-kial.. haha

    ReplyDelete
  2. sangat menarik...masalah tu biasa dihadapi oleh ramai orang.:-)

    ReplyDelete
  3. hahaha.. nie dah kritikal nie kak jims..

    kak ?? hihi..

    ReplyDelete
  4. daun ceri: uit mslh besar tu lupe no fon haha... bahayooooo :)

    ReplyDelete
  5. cikgu azman: biasa eh? fuhhh legaaaaaaaaa :)

    ReplyDelete
  6. iza: agak kritikal la kak iza.

    eh kak? :p

    ReplyDelete
  7. haha. normal kot. memori pasal tarikh ngan hari ni lagi parah bila cuti lama. HOHO. memang tak sedar langsung. haha

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.