Followers

August 12, 2011

Penipu!

Kat Malaysia ni kan, kalau tiba bulan Ramadhan je mesti sinonim dengan bazar. Kau duduk lah celah kampung mana pun. Mesti ada bazar paling koman pun lima enam gerai cukuplah.

Selalu kalau pelancong asing ke datang sangatlah batak tengok bermacam jenis makanan dijual. Aku dulu masa zaman study paling suka pergi bazar. Tak payah nak fikir masak apa ke kan. Rambang mata tengok makanan ni tapi kengkadang dah tawaf satu bazar tu pun tak tahu nak beli apa. Boleh?

Aku suka kalau meniaga ni masak sedap sedap. Confirm esok aku datang balik semata nak beli makanan kau jual.

Tapi aku paling hangin kalau kau jual macamkan semua orang tak pernah makan apa yang kau jual tu. Macamkan kitorang pembeli ni baru lah pertama kali merasa makanan kat Malaysia ni.

Macam haritu. Abah ada beli KERIA. *Aku adalah peminat kuih keria ye kawan kawan.
OK what does cross your mind bila cakap pasal keria? Mestilah lembut kan. Gemuk gemuk sikit. Lepas tu manis and a bit kasar kasar sebab serat keledek ada sekali.


 Sila jangan tengok lama lama.

Lepas baca doa berbuka and makan kurma sikit terus aku sambar kuih tu. Rasa? Macam nak maki!
Dah lah liat yang amat. Keras. Tercampak campak gula keras tu ha masa aku makan.

Eh kau jual kuih getas ke kuih keria ni?

Dah lah mahal lepas tu kau buat kuih macam kan budak sekolah tadika main main plastesin buat bentuk bentuk kesukaan mereka.

Tulah kau. Orang berniaga kau pun sibuk nak berniaga!
Orang berniaga ni dapat pahala. Kau dapat apa?

Ni nasib baik abah aku yang beli. Kalau aku ni kan. Esok aku datang balik buat buat nak beli. Lepas tu aku tanya si penjual kuih.

'Ni seringgit berapa? 
Lepas tu aku picit picit kuih kau.

'Eh kuih keria ni keras lah kak. Kenapa keras ni? Mesti tak sedap.
Dannnnn aku blah terus.

Dia terasa dan terguris? Haruslah. Ada aku kisah?

Bulan Ramadhan ni kan bulan mulia. Tak boleh nak tipikal sangat. Cakap kena jujur..


thanks sebab baca

love, ZIEMA



7 comments:

  1. aku pon sedih sebab dah 2 kali beli roti john semua tak sedap!!!!! rasa macam hape tapi sampai RM 4 or RM 5. :((

    ReplyDelete
  2. dia puasa. tgn dia xdpt uli dgn padu. hahaha. maafkan dia.. :)

    ReplyDelete
  3. ko buat la sndiri makcik.

    ReplyDelete
  4. tak tau lak awak pun dah lama jadi penulis blog..menarik! now cikgu dah follow...keep up ur good work! :-)

    ReplyDelete
  5. mcm harem je kan penjual kat bazar kn?ibu aku pon terkena,da la teringin bebenor nak mkn popia basah,da la bli mahal,RM1.50 1,ble nak mkn rupa kuih 2 basi,cian ibu aku...xjujur betul org2 meniaga ni,menzalimi customer...

    ReplyDelete
  6. agaklah. bosan sebenarnya pegi bazaar hari hari. tapi apa boleh buat ? itu je sumber yang ada. cisscake betol bila indah khabar makanan dari rupa. tak pasal pasal membebel sambil makan -.-' haha

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.