Followers

August 16, 2011

Dua Orang Ustaz Ni

Suka dengar ceramah tak?
Alaaa tentu jawapan korang 'boleh la...' bukan 'suka!!'. Kan kan?

Nak cakap suka sangat dah tentu hipokrit namanya begitu juga aku. Tapi selalu la kan kalau dengar ceramah mesti mengantuk. Macam boring sikit lah. Tak kisah lah ceramah agama ke, motivasi ke, kesihatan ke, kecantikan ke, kalau cara tak kena dah tentu tentu kau fikir empat belas kali nak datang balik.

Macam itu juga aku. Lagi kalau ceramah agama. Aku bukan lah nak kutuk ke apa lagi lagi bulan Ramadhan Kareem ni tapi susah nak tengok ceramah agama yang boleh attract orang khusyuk at least 30 minit. Selalu 15 minit dah terbayang apakah aku perlu hadiri ceramah ini lagi? Atau kena buat buat uzur takpun sangat tak larat lalu tidak dapat menghadiri ceramah itu?

Tapi bukan lah aku nak cakap ceramah agama ni tak bagus gila apa kau ni kan bagus ceramah macam tu boleh meningkatkan ilmu agama kita yang sangat cetek ni -_-"
Tapi mungkin lah penceramah terlalu membaca teks ke hafal ke tanpa ada unsur unsur kelakar lawak lawak yang bikin hati kita geli hati mendengarnya.

Sekarang ni aku enjoy sangat dengan dua orang ustaz ni


# Ustaz Azhar Idrus

Aku kenal ustaz ni sebab Wa. Dia yang mula mula kenalkan aku bila dia buka YouTube lepas tu tunjuk kat aku ceramah ceramah ustaz Azhar ni sampaikan aku boleh ulang balik beberapa kali. Even kadang kadang ada ayat beliau aku tak faham (he's from Terengganu) tapi memang best dengar ceramah beliau. Beliau suka keluarkan soalan orang tanya lantas menjawab dengan pantas. Tak berjela sangat ye. So kira macam pengisian and penyampaian tu padat dan clear.

Owh sila jangan gelabah ye. Beliau memang suka ambil ambil gambar pakai DSLR. Kewwwlll gila kan ustaz ni! ^_^


# Ustaz Kazim Elias

Ustaz Kazim ni aku tak berapa ingat lah kenal kat mana. Eceh ayat macam lah aku pernah berkenalan dengan beliau. Tskk. Hurmm tapi dengar ceramah beliau boleh buat kau tergelak terkekeh sebab beliau buat lawak dengan serius ok! Like, 'Ustaz ni pehal tak senyum langsung padehal buat lawak kelakar sangat!'

Memang cara cara beliau tu buat kau tak rasa dengar ceramah tapi dengar kisah rakyat. Boleh? Kengkadang tu beliau menyanyi lepas tu mengaji beberapa potong ayat alQuran. Tidakkah indah ceramah itu?



Bukanlah aku nak cakap para ustaz dan ustazah sekalian tak best.
Semua ada cara masing masing kan.

Cuma dua orang ustaz ni buat aku tersentap kadang kadang dengan ceramah mereka.

Iyelah kita ni kan kadang kadang leka.
Apa lah sangat kalau dengar ceramah agama kan?

Dengar lagu boleh lama lama. Takkan tak boleh dengar ceramah yang sebentar cuma tu kan?

Renung renungkan :)

thanks sebab baca

love, ZIEMA




1 comment:

  1. ramai suka ustaz azhar idrus, tp aku lagi suka ustaz kazim. aku ada dalam 20cd die. wahh fanatik melampauu.

    ustaz kazim wat lawak muka nak maintain mcm tak bersalah.

    tensen je.

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.