Followers

December 7, 2011

Thinking Of Giving A Doorgift

Aku rasa kalau bertunang ni jarang orang bagi doorgift tapi sekarang macam trend. Jadi terasa ingin bagi doorgift kepada tetamu. Tapi aku rasa tetamu aku pun sebelah pihak lelaki sahaja. Eceh cakap pihak macam rombongan kahwin pula.

Abah ada tanya mak nak ke bagi doorgift bagai kepada tetamu tapi mak kata macam tak perlu kot bertunang je pun.

Tapi aku cakap kat mak nak juga bagi tapi kat family lelaki sahaja yelah sebab mereka datang dari jauh tentu mahukan sesuatu sebagai kenangan. Ke aku je yang berperasaan lebih ni?

First of all kena cari bekas.

Macam sekarang ni trend pakai brown paper bag.



Aku dah survey mana nak beli paper bag ni. Sangat dekat dengan rumah sewa aku. Murah dan kau boleh design suka hati kau nak. Yang penting rajin dan kreatif. Masalahnya kreatif dan rajinkah aku? Tssk



Mini jar ni pun macam praktikal dan sofistikated. Sumbat sumbat, tutup lepas tu hias sikit. Settle. Tapi tak tahu kos dia berapa. Anyone?


Lepas tu tanya kawan kawan nak letak isi apa dalam tu.

Benci betul bila memikirkan segala isi doorgift. Boleh jadi stress.

Ikin kata tak perlu kot nak bagi makanan sebab dah jamu mereka makan. Aku pun tak nak bagi benda benda mengarut macam tuala kecil ke, manik manik juntai, sudu kecil dan sebagainya. Confirm lepas dua hari orang buang. Confirm punya sebab aku macam itu kalau dapat tuala kecil buat lap hingus itu terus aku buang tong sampah sebab kat rumah dah berlambak. Kejam betul aku tentu pengantin kecil hati bila tahu aku membuang tuala tersebut.

Dan terfikirkan sesuatu.

Rasa nak bagi sesuatu yang boleh dibuat kenangan.


Err rasa nak bagi kaktus comel. Comel tak? ^__^


 thanks sebab baca :)

LOVE, ZIEMA



6 comments:

  1. dlu kite tunang bagi doorgift jgk..tp paperbag biase jer.. ;)

    ReplyDelete
  2. beb!jar 2 aku da survey,1jar dlm 70sen kot,kdai paling murah kat puchong,ko tgk link kat fb aku erin bg...dlm nya ko blh isi candy or cookies comel2...nak guna utk bertunang aku rasa xde probhlm kot,aku nye utk wedding,nak bli byk konpem lbih budget aku...hehe..

    ReplyDelete
  3. Hazylsle : Tulah kita pun rase nak kene gak bagi doorgift ni :)


    Tasha: Kan?? Murah gak eh. Tengok dulu macam mana either paper bag or jar. Thanks babe :)

    ReplyDelete
  4. hehehe.. ikin kata..... :P glamer saya taw... hikhik

    ReplyDelete
  5. weh, bape harga paper bag tu kat umah sewa ko? sebab yg aku jumpa sekeping 30 sen..
    bottle jar tu ko leh tengok kat ikea.. banyak murahsss & cantiksss~~~

    ReplyDelete
  6. Boleh tgk kt sini.
    Depends on size. Paling murah RM9/100pcs

    http://wakimpack.blogspot.com/search/label/PAPER%20BAG%20%28BROWN%20AND%20WHITE%29

    Maybe yang kau tengok tu murah sebab takde tapak. Yang ni ada tapak so boleh lah letak barang banyak sikit tak bocor :)

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.