Manusia ni kan kalau dia tak pernah sekali pun rasa apa itu kecewa memang namanya bukan manusia.
Tanya lah sesiapa pun. Orang miskin ke, orang berjaya ke. Mesti paling tidak sekali dia pernah rasa apa itu kecewa.
Macam aku. Pernah.
Kalau nak rasa apa itu kecewa silalah kuatkan diri anda dulu. Jangan jadi macam aku yang meroyan macam nak mamp bila tiba tiba tak bersedia fizikal mental nak hadapi kecewa.
Another two months from now will be my sub-big day.
Dulu aku pernah dipersoalkan kenapa nak bertunang ni.
Bukan ke tu adat. Tak buat pun tak apa.
Paling sajak bila dikata tunang tu nanti tiket untuk lebih bermesra mesra sampai aku pelik kenapa kau nak fikir macam tu? Salah sangat eh bertunang ni? Ke kau pernah ada sejarah keluarga kau terlanjur masa bertunang?
Aku senang.
Kalau rasa bertunang itu boleh mencemar nama kau baik tak payah bertunang. Setel.
Aku ni pun sebenarnya takut nak bertunang.
Memang ikutkan tunang tu bukan wajib. Tapi setakat yang aku tahu tak berdosa selagi kau tak langgar hukum dan buat benda benda yang laki bini buat. Ikut zaman dulu dulu bertunang ni tempoh untuk laki dan perempuan tu berkenalan. Tapi zaman sekarang ni tak ada nak berkenal kenalan dah. Sebab tu orang cakap bertunang jangan lama sangat takut nanti terbuat aksi laki bini.
Aku selalu cakap kat encik kapten.
'Awak kita takut lah nak bertunang ni. Lagi takut kalau kahwin. Takut sangat'
Bak kata beliau kalau takut sampai bila bila tak kahwin.
Hidup ni macam main judi.
Duit yang kau taruhkan tu kira macam nasib kau.
Menang atau kalah itu lah takdir kau.
Orang yang sama sama main judi tu orang sekeliling kita.
Sebab tu orang cakap bila dah kahwin tu jangan terlampau confident macam confirm dia akan jadi milik kau.
Dan sebab tu kita disuruh berdoa, berdoa dan terus berdoa even dah nak mati pun.
Dan aku berdoa.
Semoga aku kuat untuk semua ujian yang aku bakal hadapi.
Semoga aku tidak takut untuk berubah ke fasa hidup yang baru.
Semoga dia dan aku tidak mudah putus asa.
Semoga dia terus sayang aku sampai bila bila.
thanks sebab baca :)
LOVE, ZIEMA
insyaAllaah, jangan takut...mend baik kan, anggap segala yang datang tu, baik ke buruk ke, semuua adalah ujiaan dari Allah, inysaAllah, kita akan belajar redha dan syukur, smeoga segalanya berjalan lancar ye...
ReplyDeleteNak jugak ziema..tapi takut!
ReplyDeleteChegu : Yup betul tu. Just hope that everything going smoothly :)
ReplyDeleteMukapelik : Hahahaha. Apa yang kau nak apa yang kau takut ni? :p