Followers

May 10, 2012

25 Tahun Sudah

Semalam saja saja buka email Yahoo nak tengok kalau kalau ada ke kerja kosong dihantar oleh Jobstreet, sambil sambil buang mana mana email yang tak perlu menyemak betul.

Sekali dapat ni.


Alahai awalnya. Malu aku, terus sahaja printscreen rasa macam orang ramai kat bawah tu pegang belon semua tu berkumpul ramai ramai wish,
Happy Birthday Kak Jimah! 


Tepat pukul 12 pagi. Orang first yang wish ialah Kak Lea, my best friend ever :')
Sumpah terharu, rasa nak peluk beliau tapi tapi jauh. Biarlah, ada masa aku jumpa kau eh Fazliah.

Pukul 1.30 pagi tersedar. Tengok Samsung SII dan Nokia, dua dua kosong. Tentu beliau kepenatan lalu lupa untuk sms aku. Tak mengapalah, takkan aku nak marah marah pula kan.
Pukul 2.30 pagi Nokia berbunyi. Belum sempat cakap apa apa,

'Selamat Hari Jadi Sayang, sorry lambat baru balik ni'.. bla bla bla..

Maaf tunang, mamai sebentar.

Buka facebook.


HEHE mula mula tulis full, lama lama terus short form olololo.
Tak apa tunang. Saya faham awak baru lapor unit :')

Pagi pagi lagi sebelum pergi kerja emak,abah dan abang sms, rasa macam terharu sangat. Begitu juga kawan serumah Ikin dan Ifa, siap email lagi. Owh ya, officemate juga dan kawan kawan facebook. Terima kasih semua. Terharu lagi. (eh rasa macam ucapan dapat anugerah ABPBH pula tehee)



Tapi kan, kenapa entah rasa macam terharu sangat sambut hari lahir tahun ini. Bukan sebab keluarga jauh sementelahan sejak umur 16 tahun aku sudah duduk berjauhan dengan keluarga. Bukan juga sebab tunang tiada untuk sama sama sambut hari lahir aku.

Mungkin sebab aku sudah cukup 25 tahun. Mungkin juga ini hari lahir terakhir aku sambut sebelum aku jadi isteri orang. Isteri orang. Heee.

Tak ada apa yang aku minta untuk 10 Mei 2012 ni.

Cuma aku harap apa yang semua orang wish untuk aku termakbul, InsyaAllah.

Selamat Hari Lahir Ziema.



7 comments:

  1. hepi bday dear!!
    alahai sweetnye ketua kelas kte :p

    ReplyDelete
  2. Tq ciksusu hehe:)
    Hahaha ketua kelas eh.Tak tau pun hihihihhi

    ReplyDelete
  3. yeah!!da sebaya dengan aku,harap2 kawen pun sma baya dgn aku,hehe...enjoy da moment of being single b4 the time end babe...hopefully all ur wish will become true!insyaAllah..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. Tq babe :) InsyaAllah amin.. eh kahwin tahun depan lah maknanya umur aku nanti 26 tahun teheeee

      Delete
    2. Sebaya ngn ikin jgk laaa... hehehehe

      Delete

Komen lah sukahati kau nak komen.