Followers

May 2, 2012

Bukan B2B From Johor Dah

Rasanya kalau yang rapat dengan aku tentu sudah tahu pekerjaan abah aku.
Jadi berpindah randah itu sudah jadi perkara biasa untuk keluarga aku. Bayangkanlah masa tinggal di Johor Bahru enam tahun, empat kali keluarga aku pindah. Penat? Of course. Nak packing segala macam barang barang itu bukan senang.

Jadi bila ada saudara mara tanya, ok ke tak ni nanti kahwin dengan askar ni? Nanti nak kena posting sana sini, pindah banyak kali. Jawapan aku mestilah ok HAHA. InsyaAllah, aku dah biasa dengan benda benda macam ni.

Ok macam dah lari topik ni. Sebenarnya abah aku kena posting KL semula. Kenapa aku cakap semula? Sebab sebelum ni keluarga aku pernah tinggal di KL, sampailah masa umur aku 16 tahun abah kena pindah JB. Yang kelakarnya mungkin rumah yang kami akan tinggal ni ialah rumah yang pernah kami duduki 9 tahun lepas. Whoa! Gila menggamit memori. Tentu nanti sampai rumah itu aku teringat ingat macam macam benda. Like, basuh pinggan dengan tak ikhlasnya tanda protes dengan emak, menangis macam apa sebab frust bercinta (owh gila bodoh baru form 3 kot), kena kejar dengan emak yang nak rotan sebab merajuk sambil hempas pintu bilik hewhew entah apa apa sahaja aku ini.

Maka aku dengan ini mengisytiharkan bahawasanya aku bukan lagi B2B dari Johor, berkuatkuasa 1 Jun 2012.




Dan akan menjadi B2B from KL.




Bye bye JB. Hello KL :')

Tapi tapi. Tak kisah lah kita dari negeri mana kan. Yang penting boleh kongsi dan bertukar tukar idea untuk persiapan kahwin. 

Tuhan. Lagi 9 bulan untuk ke hari itu. Permudahkanlah jodoh kami :)




12 comments:

  1. hhehehe...yeah...zimea dah sama ngan kita..,selamat dtg ke k.l...cewah...hahahha....ala...sama ke tarikh kita t ziema????hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha selamat datang eh :)
      Tula hope tak sama la ye. Boleh pergi kenduri cik mah yeay!

      Delete
  2. betul tu ziema. dari mane bukan isu penting. yg penting perkongsian persiapan itu :)

    ReplyDelete
  3. Ziema..huhu..nsib tmpt kwen xbrubh2..huhu.same as me lg 9bln

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe. Nasib baik belum book mana mana wedding planner lagi fuhh.
      Counting months eh? Nervous kan?? Heee :)

      Delete
  4. serius?? ziema dah booked pape ke dekat JB tu?

    ReplyDelete
  5. Serius la dhiera hehe :)
    Nasib baik belum booked pape lagi fuh fuh. Nasib baikkk

    ReplyDelete
  6. same la pekerjaan ayah kite tuh.. hehe.. naseb baek lame lg n belum booked pape kn.. kalau x haru jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula pasal Dira hehe. kalau dah booked lepas tu deposit segala lagi haru.

      Delete
  7. haha.. hello hai B2B KL.. ex-bride KL kat sini.. kahkahkah ex-bride..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Nanti wedding B2B, ex B2B kena datang tau. Harus! Heee :)

      Delete

Komen lah sukahati kau nak komen.